Seorag pelakon porno berkongsi perjalanannya sebagai pesakit cacar monyet menerusi media sosial.
Silver Steele mendedahkan dia menghidap cacar monyet selepas berkongsi video menunjukkan lepuh tebal pada bahagian bibirnya.
Daily Star/Twitter/ The Silver Steele
Lelaki gay yang memiliki ijazah dalam bidang Biologi itu berkata, pada mulanya dia menyangka keadaannya biasa sahaja sebelum luka pada bibir menjadi semakin teruk dan berjangkit ke bahagian kaki
Perkongsian video Steele tular selepas beberapa hari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai kecemasan global, lapor Daily Star.
"Saya fikir kes cacar monyet saya ringan. Saya kini dah dua minggu dan luka di muka saya sangat teruk.
"Selain itu, cacar monyet melemahkan sistem imunisasi anda dan dalam kes saya, saya juga mengalami sakit tekak," ujar Steele, yang tinggal di Houston, Texas menerusi Twitter.
Pelakon porno gay itu berkata, dia juga menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.
Daily Star/Twitter/ The Silver Steele
"Kesakitan yang saya alami membuatkan mata saya bergenang air mata dan rasa hidup ini gelap tak bercahaya," ujar Steele yang bekerja dalam industri porno sejak 2018.
Dia turut menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin cacar monyet.
Sumber: mStar |