CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2723|Reply: 43

[Tempatan] Fakta kenapa anda perlu elak beri anak makan mi segera!

[Copy link]
Post time 1-8-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
MI SEGERA merupakan sejenis makanan yang kerap menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat.

Selain mudah untuk disediakan, ia juga hadir dengan pelbagai jenis perisa dan juga murah pada tanda harga.

Begitupun, mi segera bukanlah pilihan hidangan terbaik dengan gizi yang lengkap, apatah lagi jika ia diberikan kepada kanak-kanak.

Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Twitternya menghuraikan 10 fakta tentang kenapa ibu dan bapa perlu mengelakkan anak mereka daripada menjamu mi segera.

Jom semak!



1. Risiko kanser
Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.
2. Risiko obesiti
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), 3 cawan mi segera mengandungi 30g lemak atau setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.
3. Penyakit metabolik
Kajian di Universiti Harvard menunjukkan kanak-kanak yang makan dua pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.
4. Risiko depresi, alahan kulit
Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mi segera dikaitkan dengan peningkatan risiko depresi dalam kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.
5. Gangguan visual
Pewarna tiruan, contohnya Sunset Yellow FCF dan Tartrazine, menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf.
6. Kemerosotan daya ingatan
Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.
7. Kerosakan hati
Mi segera juga disalut dengan ‘lilin’ atau wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur ‘licin’ pada permukaan mi. Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.
8. Bahan dari industri petroleum
Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) merupakan produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anak.
9. Kerosakan organ
Propylene glycol merupakan sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.
10. Proses penghadaman tidak teratur Mi menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pengambilan mi segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan perut kembung.

Sumber



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 12:59 PM | Show all posts
alaaaaaaaaaaaaaaaa janganlah


sapelah iols tanpa megi kari
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanan ruji budak2 hostel…
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:48 PM | Show all posts
Kalau sebulan sekali takpe kan? Ada kala tu craving nak melantak maggi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah bihun mamee kategori mee segera haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan mati, tak makan pun mati…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 04:20 PM | Show all posts
Atata replied at 1-8-2022 03:09 PM
Adakah bihun mamee kategori mee segera haha

dan juga bihun pama..hahaha..so soalan jugak ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 1-8-2022 08:20 AM
dan juga bihun pama..hahaha..so soalan jugak ye

Bihun Pama sedap buat bakso.

Nanti anak2 masuk IPTA, makan megi la juga untuk kelansungan hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 04:23 PM | Show all posts
iols masih suka mkn megi cup...tomyam megi cup dulu sedap..skrg xsedap sgt...tukar mamee...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jalfa at 1-8-2022 04:26 PM

Masa kat asrama dulu ni la makanan ruji hari minggu kalo malas nak turun dm.nak nak kalo hari lauk ikan jaket. La ni mak.plak suppply kat anak yg dok asrama..tp hak dlm cuop...zaman mak mak dulu beli paket paket la sebab murah..
Jangan tak tahu maggi cup adalah barang panas diasrama..selalu hilang dicuri
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila hujan cari megi weiii
Letak sawi, letak tolo, cili api
Fuhh
Tapi skrg aku makan megi setengah je cukup dh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:31 PM | Show all posts
tapi samyang tu sedap yach ! iols suka betul mee dia gemok2 n kenyal pekena pulak dgan ayam cheese masak dalam air fryer oh lihatlah dunia.......... rabokki pun sedap chuolssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:33 PM | Show all posts
Selalu remaja dan dewasa je suka makan mee segera ni kanak2 suka nugget daging burger tampa roti sosej je.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:45 PM | Show all posts
ank buah iols umur 9 thn gemor naw megi
time xde ape bhn kt dapur x pe le jgk
ni mcm2 mknn ada xnk die mkn
pi kedai mamak plk sah2 nk megi kari je
eee geram aku


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman study dulu manjang makan Maggie tup tup kene appendix, pastu x Insaf2 lg tu skang da control makan wat IF jd Maggie tu hanya sebulan sekali x pun 2 bulan sekali kalo tingin nk makan..kalo utk ank2 mmg sebulan sekali je
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:10 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 1-8-2022 10:14 AM

dulu meol masa tgh running project klia2, masa tu selalu la jumpa trainees bakal pramugari air asia. hari2 diorg pulun megi cup sebab mmg kena jaga badan. takda makan nasi, either megi cup or 1 bun utk lunch
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 1-8-2022 06:10 PM
dulu meol masa tgh running project klia2, masa tu selalu la jumpa trainees bakal pramugari air asia. ...

Patutlah pramugari semua badan lawa dan kurus
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 1-8-2022 04:31 PM
tapi samyang tu sedap yach ! iols suka betul mee dia gemok2 n kenyal pekena pulak dgan ayam cheese m ...

Kan.. megi suker pecah2. MeeSedap pon ok kenyang sikit …tu time mood malas nk keluar rumah. Koser nk pakai bra.. makan je la apa yg ada!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap megi tapi weol jarang makan walaupun sentiasa ada stok di dapur. Sebabnya bila nak makan megi rasa malas, so I gorenglah nugget ke, takpun makan biskut hup seng cicah nescafe atau munif cocoa. Maggi ni renyah nak masak pada I. Nak potong sayur, pecah telur, potong bawang, cili, belum lagi nak masuk ayam la, udang la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Jepun korean yang punya banyak ramen mee segera sama ke tidak..


. Atau perlu kita beralih makan ramen aje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060405 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list