View: 3397|Reply: 20
|
[Tempatan]
Bekas isteri SM Faisal ketakutan; menangis, mengadu dipukul
[Copy link]
|
|
SM Faisal SM Nasimuddin didakwa mencederakan bekas isteri, Emilia Hanafi di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, pada 22 Nov 2015. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis peronda memberitahu Mahkamah Majistret bahawa bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin dilihat berada dalam keadaan ketakutan, menangis dan mengadu ahli perniagaan itu telah memukulnya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas yang didiami oleh pasangan tersebut tujuh tahun lalu.
Saleh Omar Osman, 43, dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berkata, pada 22 Nov 2015, beliau menerima panggilan dari pusat kawalan yang menyatakan ada pergaduhan di rumah tersebut dan terus bergerak ke lokasi itu bersama rakan setugasnya.
Mangsa berada dalam ketakutan, menangis dan mengadu bahawa suaminya (sambil menunjukkan kepada lelaki tersebut) telah memukulnya. Lelaki itu hanya berdiam diri,” katanya semasa membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa mencederakan Emilia Hanafi.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, saksi itu mengenal pasti lelaki yang berdiri di kawasan parkir adalah SM Faisal.
Menurut Saleh, beliau kemudian meminta mangsa membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Akberdin Abdul Kader, saksi itu bersetuju bahawa beliau tidak menangkap SM Faisal meskipun mempunyai kuasa untuk menahan mana-mana suspek yang disyaki melakukan jenayah.
Saksi pendakwaan keempat itu berkata, apabila tiba di rumah tersebut, pintu pagar telah terbuka dan beliau melihat seorang lelaki berdiri di kawasan parkir serta membenarkan mereka masuk.
“Rakan setugas saya telah bertanya kepada lelaki tersebut ‘ada apa-apa masalah ke encik’ dan lelaki itu menjawab ‘tiada apa-apa.’ Selepas itu, seorang perempuan telah keluar dari rumah tersebut dan menunjukkan kepada saya tangannya lebam kerana dipukul. Saya juga nampak kesan lebam di mukanya.
Akberdin: Saya katakan kepada kamu Sarjan, kamu tidak menangkap dia walaupun kamu melihat mata dan tangan wanita itu lebam kerana kamu telah membuat keputusan itu adalah masalah rumah tangga antara lelaki dan wanita, sebab itu kamu tidak menangkap atau menahan suspek tersebut.
Saleh: Ya, setuju.
Bagaimanapun, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa pada hari kejadian, SM Faisal ada memberitahunya bahawa dia telah diserang oleh isterinya dan terpaksa mempertahankan diri menyebabkan mereka telah mengalami kecederaan.
SM Faisal, 43, berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung esok.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haih.. bilala nak setel. skrg masing2 dah umur 43 tahun. agak2 umo 50 tahun ke baru selesai kes ni. anak2 pon dah besar masa tu, kenyang tengok kisah mak pak dia dilondehkan di medsos |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak dakwa orang kaya ni,
orang meskin je la senang nak dakwa ,
orang meskin kalo masok lokap kena pukul kaw2
kawan wa seorang anggota / pegawai anggota keselamatan di sebuah negara di ASEAN
dia ada rakam gambar anggota pukul tahanan / ragging tahanan...
tp dia tak send ke wassap, dia cakap aku simpan je video ni, kalo 1 hari diroang pecah rahsia aku, aku pecah rahsia diroang ( ala cm senario politik negara tu juga)
wa tgk dan sindir, mesti pesalah ni orang miskin kan, kalo orang kaya mesti waris diorang ada bayar fee jgn dipukul dalam lokap kan?
eh Salim ni ha aku ada hamper utk ko ni, amik la, byk sgt hamper rumah aku... rokok john pn ada ni, na amik la 2 kotak...
kita terus lupakan topik tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-8-2022 11:24 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
salimrock replied at 2-8-2022 10:50 AM
susah nak dakwa orang kaya ni,
orang meskin je la senang nak dakwa ,
Ari tu iols tgk statistik mati dlm tahanan, majoriti tetaplah melayu. Iols suspek mereka2 ni melayu b40 yg family x mampu hire lawyer pun nk fight unlike geng2 7% tu yg bertempik satu dunia kalo ada geng2 dorang mati dlm tahanan |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 2-8-2022 11:24 AM
Ari tu iols tgk statistik mati dlm tahanan, majoriti tetaplah melayu. Iols suspek mereka2 ni melay ...
7%.. tapi bertempik sedunia. Aku ingat kan geng dia yg paling ramai mati dlm lokap. Tengok² geng lain |
|
|
|
|
|
|
|
kan... membazir usia asik ke court. kesian pada anak2. semuanya sbb dendam kesumat. lg elok kalau dua2 move on hidup aman damai. yg bini dendam kat laki, yg laki taknak mengalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika begini tak dikira menghina ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Euwwww.....knp tangan si Emilia tu hitam2 dan berkedut? Nampak tua sangat yach...macam tangan witch |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii........terus teringat bideo xxxxxx ittewwww
Apa jadi & kat mana minah tu skrg?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambat lagilah nak tamat kesnya ni orang ramai pun dah makin kurang nak ambik tahu |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 2-8-2022 07:26 AM
Jika begini tak dikira menghina ke?
Yang tepek tu pun tak dikira menghina agama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada share juga kah kot dik chazy
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 2-8-2022 08:34 AM
Ada share juga kah kot dik chazy
Sah2 hada. |
|
|
|
|
|
|
|
minah tu mungkin masih menghisap lagi alat sulit bos nya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii terpaksa aku patah balik sis nak tgk pic. Ye lah agak berkerut teruk jugak, maybe lipat2 lipqtqn tu byk sgt bila dia buqt tgk mcm tu. Tp aku cuba buat tgn mcm tu takdelah lipat teruk mcm dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Depa tu lulian, ko tu mentimun tapi acah kayangan. Lawan la dengan cara berhemah |
|
|
|
|
|
|
| |
|