CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2537|Reply: 46

“Dia Memang Selalu Main Tapi Dah Tak Function” - Lelaki Suap Vape Ke Mulut Bayi beri penjelasan

[Copy link]
Post time 8-8-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Media sosial kecoh pada Sabtu apabila tularnya satu rakaman memaparkan seorang bayi disuap dengan rokok elektronik jenis vape.


Tindakan lelaki dan wanita dalam video itu bukan sahaja mengundang kemarahan netizen, malah turut mendapat perhatian pengamal perubatan yang mahu pelaku dikenakan tindakan tegas.


Dalam perkembangan terbaharu, lelaki dikenali sebagai Haikal itu tampil membuat penjelasan sambil memaklumkan bahawa dia sudah ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung kes tular berkenaan.


Foto: IG




"Saya Haikal nak maklumkan berkaitan video yang viral baru-baru ni, kami dah pergi ke balai polis untuk betulkan banyak statement yang tak betul.


"Yang betul adalah salah saya sendiri letak vape dekat mulut bayi tu, vape tu dah tak function. Dia memang selalu buat main. Pihak polis dah ambil statement," ujarnya.


Menerusi perkongsian di Instagram Story, dia turut memohon maaf atas kejadian yang berlaku.










Dalam posting itu, dia turut membuat penafian mengenai statusnya yang didakwa sebagai bapa kepada bayi berkenaan.


"Tak boleh menafikan, salah saya, salah kami, dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua.


"Lepas tu yang kata saya bapa kepada budak tersebut itu salah. Saya bukan bapa dia. Sebagai wakil, kami lagi sekali minta maaf," ujarnya.


Sabtu lalu, video daripada Instagram Story seorang wanita, memaparkan bayi yang disuap dengan vape disebarkan secara meluas ke laman Twitter.





Dalam video itu, lelaki berkenaan menyuap vape pada mulut bayi sambil dirakam oleh seorang wanita.


Menurut seorang netizen, wanita itu dikatakan ibu saudara kepada bayi itu manakala lelaki berkenaan merupakan teman lelakinya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemahennnnnn baru bopren dah panggey abi abi kauuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:46 AM | Show all posts
kau kawen g jimak dgn babi jela
akal kosong
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:47 AM | Show all posts
Macam ler tak ada benda yang lebih baik untuk buat main itu juga disuakannya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnt dorg ada anak buat plak benda yg sama tgk dia ckp apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah la berani bg anak korg kat rempit tah sape2 tengokkan.. pelik2 je perangai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2022 12:09 PM | Show all posts
moral of the story, kalau nak post apa2 kat soc med post video tgh berzikir, berselawat & bersedekah sahaja baru la netijen puji ko melambung ke bulan balik ke bumi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:16 PM | Show all posts
_blackbird replied at 8-8-2022 12:09 PM
moral of the story, kalau nak post apa2 kat soc med post video tgh berzikir, berselawat & bersedekah ...

Tak juga. Post video elok2 pon kadang kena kecam jgk dgn netizen.
Kesimpulannya, kalau video tu takde kepentingan apa, takyah post la.

Rakam untuk tatapan sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu buat main? yang aku nampak kau yang beria sumbat dekat mulut budak tu!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan bapa dia.. so dia sapa?
Abi.. abi.. abi...
Bapa saudara?
Bapa tiri?
Atau bakal bapa tiri?

Budak tu girl kan?
Lagi la bahaya kalau bagi kat jantan begini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 8-8-2022 12:20 PM
Bukan bapa dia.. so dia sapa?
Abi.. abi.. abi...
Bapa saudara?

katanya jantan tu boyfriend makcik baby tersebut. entah2 kakak/abang suruh tolong pegangkan anak kejap, gitu pulak dia buat anak buah tu jadik content
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:44 PM | Show all posts
tgk gaya budak tu mcm tak reti nak jalan, merangkak lagi..mana celah dia selalu main2 benda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:46 PM | Show all posts
dah habis benda ke nak buat main, tetap jawapan tak berapa nak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:07 PM | Show all posts
jadah budak tu selalu buat main..
terang-terang kau yang beria suap benda tu kat mulut dia..
semoga mandul dua ekor ni tak membiak..
kalau tu anak dorang, semoga tuhan tarik je nyawa budak tu dari membesar dengan mak bapak bodoh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:16 PM | Show all posts
1 hal pulak kau nak p balai betulkan stetment konon. Mcm takdak keja nak buat. Semua nak up kat medsoc
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:16 PM | Show all posts
kalau itu anak aku ke menantu aku lama dah aku pijak biar sampai patah tulang rusuk  kalau itu boiprend anak aku sekali pun mmg aku tampar dpn mak bapak bdk lelaki  smp bengkak muka. nak cukupkan lengkap pompuan tu pun aku sepak biar merangkak dia berjalan. bodoh x guna otak ..bdk mcm nie di ajarnya bukan2. celaka betul.

nasib baik bukankaum kerabat aku

anak menantu aku kalau sound lengkap semua.
kalau salah aku ckp salah kalau betul aku cakap betul ,nak sentap  suka hati lah aku tegur sbb sayang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 01:17 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-8-2022 01:07 PM
jadah budak tu selalu buat main..
terang-terang kau yang beria suap benda tu kat mulut dia..
semoga  ...

aamin  aku amin doa kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:20 PM | Show all posts
statement nak selamat dari kena sembur dgn org.. belum kawen dah panggil baby bagai  hahah

jgn dah nikah tetiba tukar lak kau aku awak saya

mcm hawau aje
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Getikkkk nye panggil abiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo ko bukan bapak dia??
Sesuka hati kau je buat anak orang cmtu
Sure mak budak tu meradang giler
Kalau aku itu jam suruh clashh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052564 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list