CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1998|Reply: 26

[Jenayah] Terkini: Makamah Persekutuan benarkan Najib kemukakan bukti tambahan

[Copy link]
Post time 15-8-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA -– Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak meminda notis usul berhubung keterangan beberapa individu untuk dimasukkan dalam rayuan akhir SRC International Sdn. Bhd.

Bukti tambahan tersebut ialah keterangan lisan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein berhubung siasatan skandal SRC International.

Keterangan terbabit adalah sama ada beliau (pegawai penyiasat) tersebut menyedari peranan lalu dan pembabitan hakim dalam perbicaraan kes SRC, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Maybank Group.

Selain itu ia berhubung perkhidmatan nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn. Bhd. kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC pada tahun 2010/2011.

Ia berkaitan pemberian pinjaman RM4.7 bilion Maybank kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Berhad pada tahun 2012.

Bukti tambahan lain ialah keterangan lisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berhubung peranannya ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn. Bhd.serta pegawainya berkaitan perkhidmatan nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada tahun 2010/2011.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Mat yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata, pada peringkat ini mahkamah belum membuat keputusan berhubung merit permohonan itu.

Justeru Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib mengemukakan hujahan permohonan notis usul berkenaan sebelum Mahkamah Persekutuan memberi keputusan.

Selain Tengku Maimun, panel lain turut bersidang adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk P. Nallini, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Najib selaku pemohon diwakili peguam-peguam lain iaitu Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiaravanam dan Hannah Kam Zhen Yi.

https://bebasnews.my/2022/08/15/src-international-mahkamah-benar-najib-pinda-notis-usul/#.YvnIA_tZEEg.twitter

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah zeti akan dipanggil?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:38 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 15-8-2022 12:32 PM
Adakah zeti akan dipanggil?

senyap kes keluarga zeti terima wang 1MDB di Singapura...
Ahli Majlis Penasihat Tun masa PH mentadbir negara..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo si Hisham teh yg jaga kes, most likely hakim pendakwaraya semua akan terkulai layu
Mari kita lehatttt sapa yang kena jual
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 15-8-2022 12:38 PM
senyap kes keluarga zeti terima wang 1MDB di Singapura...
Ahli Majlis Penasihat Tun masa PH mentad ...


Baik juga Tengku Maimun x tolak mentah2 permohonan Najib mcm kt mahkamah rayuan ari tu. Mohon pasukan pembelaan najib gunakan peluang sebaiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:49 PM | Show all posts
Cubaan nak tutup bangkai paus. Najisss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2022 12:50 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 15-8-2022 12:44 PM
Baik juga Tengku Maimun x tolak mentah2 permohonan Najib mcm kt mahkamah rayuan ari tu. Mohon pasu ...

oklah tu....hendak juga tahu bukti tambahan yg akan dikemukakan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 15-8-2022 12:32 PM
Adakah zeti akan dipanggil?

Few people dek. Kenapa Zeti lak dek? SRC is a anak serikat 1MDB .. faham ke idok? Contoh bank approved loan..kasi pinjam duit etc.. thats not Bank’s problem. Org yg buat taik / onar tu ler yg kena knp pulak bank @ manager bank pulak ko nak persalahkan?

Kes Nazlan pulak dia dulu counsel for Maybank.. a Chief legal officer for the whole bank and theyols disimburse billions of loan every year. Kalau Nazlan nak jaga semua loans kt bwh dia mati le hanya nak jaga loan je ke takde kerja lain eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau najib sangkut = mael pakar strategi politik
kalau najib lepas = mael bodo mcm lembu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:36 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 15-8-2022 01:52 PM
kalau najib sangkut = mael pakar strategi politik
kalau najib lepas = mael bodo mcm lembu

sangkut ataupun lepas....itu urusan penghakiman      tiada kaitan dengan mael..


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 06:56 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 15-8-2022 01:52 PM
kalau najib sangkut = mael pakar strategi politik
kalau najib lepas = mael bodo mcm lembu

deyyy ko ingat si mael lambung ke yg jadi hakim?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Amah ni orang mana? Manado ke? Orang situ anjing kucing mmg peberet. Kucing pon takot nak merayau.hihi. Bak kata org senegara depa, orang manado kalau kerusi dan meja berjalan pun depa makan.muahahha
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengku maimun dah panel hakim kali ni bukan kroni atuk kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisyam poh teik ni hebat .pompuant vietnam yg bunuh adik kim jong un pon bebas.selamat bertarung peguambela dan perndakwaraya.nurtizen dok tepi tengok siapa yg hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 11:40 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 15-8-2022 01:52 PM
kalau najib sangkut = mael pakar strategi politik
kalau najib lepas = mael bodo mcm lembu

macam biasalah, penghasut dan fitnah berpisah tiada

kalau kes digugurkan, ADA kemungkinan percaturan politik di situ (contohnya kes banglo LGE)

tapi kali ini 5 hakim yang tentukan sama ada permohonan najib ini ditolak atau tidak

acik2 pemfitnah sekalian, agak2 mana satu hakim yang telah dirasuah oleh pak mael?

https://www.astroawani.com/berit ... lai-hari-ini-376142

"Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim mahkamah persekutuan yang akan mendengar permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International.

Anggota panel lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah."

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:20 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 15-8-2022 12:59 PM
Few people dek. Kenapa Zeti lak dek? SRC is a anak serikat 1MDB .. faham ke idok? Contoh bank appr ...

salah satu percanggahan ialah selama ini najib dituduh guna duit KWAP untuk biayai SRC

tapi bukti baru menunjukkan duit itu dari pinjaman maybank yang diluluskan oleh hakim nazlan ni

nampak tak permainan "mereka" yang sengaja nak kenakan najib?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 15-8-2022 12:38 PM
senyap kes keluarga zeti terima wang 1MDB di Singapura...
Ahli Majlis Penasihat Tun masa PH mentad ...

pendek kata.. bn dan ph sama ja ada bodohnya

gomen bn dulu punyai cukup masa utk cekup jho low dgn zeti/laki zeti... tapi takde tindakan pun

gomen ph pun dulu cukup masa utk cekup jho low dgn zeti/laki zeti... tapi gagal tangkap jho low... manakala takde tindakan pun terhadap zeti/laki zeti..

kedua2 gomen boleh dianggap sbg sangat lemah dalam menangani isu 1imdb ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 15-8-2022 12:43 PM
Kalo si Hisham teh yg jaga kes, most likely hakim pendakwaraya semua akan terkulai layu
Mari kita le ...

maksud acik terkulai layu tu sbb dia hebat ke?

tapi mmg dia hebat pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-8-2022 12:20 AM
salah satu percanggahan ialah selama ini najib dituduh guna duit KWAP untuk biayai SRC

tapi bukti ...

Permainan propaganda puak ko la… masuk akaun peribadi ko salahkah bank …
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:34 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 16-8-2022 12:25 AM
Permainan propaganda puak ko la… masuk akaun peribadi ko salahkah bank …

kebenaran akan muncul jua akhirnya
pemfitnah dan penghasut akan menggelupur
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.054006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list