CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247466|Reply: 363

maksud tersirat lagu2 m.nasir

  [Copy link]
Post time 3-12-2010 03:13 PM | Show all posts |Read mode
lagu pertama = tanya sama itu hud-hud

thread nih telah dibuka di bod ugama tapi i harap mod jgn marah kalo i nak ajak ianya dibincangkan sekali lagi bersama rakan2 di bod sini memandangkan rakan2 disini rasanya jauh lebih berminat dgn hal2 sedemikian (tapi kalo marah jugak konci je la). ulasan nih i dpt dari blog >SINI<

Meski lagu ini berentak  rancak, ia berjaya membuatkan saya mengalami goosebumps. Kenapa? Jom kita  tengok lirik lagu tersebut:


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikutisunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untukselamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap  ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burungterbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burungtadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan merekasampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebutdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenaiperjalanan tersebut, boleh klik sini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantaidi bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambilnyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dua  rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara  melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkapkembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalamkeadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kinisudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasakekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullahmengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Bolehtak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempattak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujuddan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!

Hm,amacam? ada rasa gementar tak? Semoga kita juga berjaya temui hakikatkehidupan. Berjaya mengenal Pencipta sekaligus mengenali diri sendiri.InsyaAllah.

utk lagu2 berikutnya... nanti i cuba study lagikk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 07:54 PM | Show all posts
ada sapa2 tau apa maksud lang mensilang kui mensikui tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 08:03 PM | Show all posts
ada sapa2 tau apa maksud lang mensilang kui mensikui tu?
Jeedai Post at 3-12-2010 19:54

itew mebi dia cedok dari sebutan apek dalam citer p.ramlee
"nang bo ti nang kui bo ti kui" membawa maksod
orang bukan orang, hantu bukan hantu

atau mudah paham "org pon bukan, hantu pon bukan"
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 10:33 PM | Show all posts
"Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan"

pendapat aku ler, referring to 'ordo ab chao', 'order out of chaos', or 'staged events'. macam 9/11, nampak macam chaos tapi sebenarnya semua dah pre-plan, utk attack iraq/afghanistan/war against terror..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:12 PM | Show all posts
Reply 3# bangcak


    hmm....ya tak ya jugak eh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 12:58 AM | Show all posts
siapa penulis lirik ni? Loloq ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2010 07:36 AM | Show all posts
siapa penulis lirik ni? Loloq ka?
cap_ayam Post at 4-12-2010 00:58

of kos m nasir sendiri.
mana2 artis yg dpt lagu dari m.nasir mmg bleh meletop!
"Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan"
pendapat aku ler, referring to 'ordo ab ...
mudzao Post at 3-12-2010 22:33

yes, kekalutan terancang. contohnya cara pemimpin nak tarik kuasa sultan, dihebahkan cerita pasal seorang insan yg dipukul mati dan lakonan tentera mengamuk konon kerana kematian adiknya ditangan sultan.

termasuk jugak kamben2 hitam dlm kes2 melibatkan org2 kenamaan yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:10 AM | Show all posts
menarik nih, menarik. kalau ade lagi, pls share. aku mmg minat ngan m.nasir, tp sekadar layan lagu jer la,skg baru dapat tau maksud2 yg tersurat and tersirat. thx for the info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2010 11:12 PM | Show all posts
m.nasir seorang yg bijak mengatur kata... malangnya beliau seorang kaslan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 12:07 AM | Show all posts

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari



bangcak Post at 3-12-2010 15:13



Lirik-lirik di atas, bersifat khusus. Merujuk kepada peristiwa yang dicatatkan.


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


bangcak Post at 3-12-2010 15:13


Lirik di atas bersifat umum. Boleh ditafsirkan berdasarkan peristiwa dahulu, sekarang atau masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 12:29 AM | Show all posts
m.nasir seorang yg bijak mengatur kata... malangnya beliau seorang kaslan...
hammam Post at 4-12-2010 23:12


Mmmm....


Tahun 1998, ada la satu mamat ni, geng borak-borak kedai kopi, katanya M Nasir sudah mencapai taraf yang tinggi dalam dunia sufi. Since aku bukan jenis suka berbahas-bahas bagai, setakat dengar tu boleh la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2010 07:31 AM | Show all posts
menarik nih, menarik. kalau ade lagi, pls share. aku mmg minat ngan m.nasir, tp sekadar layan lagu j ...
akulasaiful Post at 4-12-2010 08:10

i pon minat lagu2 m nasir nih. salah satu rangkap lagu2nya ada dicedok dari mentera/jampi contohnya...

lagu kedua = Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegak dan segak bagaikan
Laksmana melayu


Untuk pengetahuan kengkawan, rangkap nih mmg betul2 MENTERA/JAMPI kebal. TETAPI... ayatnya dah diolah supaya lebih sedap didendangkan dalam lagu. kalau ikut bacaan mentera/jampi kebal yg sebetolnya mmg lawak mcm "jampi hai jembalang" dalam citer p.ramlee

i dapat taw hal nih sebaik saja sepupu i gi belajaw silat batin (ntah silat hapa ntah yg lebih kpd ilmu batin)

harap2 dari info yg i kongsi nih jgn la ada kengkawan dok amal rangkap m.nasir nih pulak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2010 07:44 AM | Show all posts
Mmmm....
Tahun 1998, ada la satu mamat ni, geng borak-borak kedai kopi, katanya M Nasir su ...
bro_kr Post at 5-12-2010 00:29

lepak2 kat kedai kopi, member2 i pon ada cakap cenggitu. mebi m nasir nih penah bajar tareqat/usuluddin dan mungkin dah capai tahap tertentu.

member u ngan member i sama kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 11:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by shahaizat at 5-12-2010 12:06

Reply 12# bangcak


    Yup, ini mmg jampi. Dulu ader thread pasal besi khursani nih kalo tak silap.......Ada persatuan anggap besi khursani ni ialah besi dari khurasani iaitu besi paling baik buat senjata. Jadi yang otak pelik2 tuh suka lah ambik besi nih tanam dalam badan. Ada yang anggap besi khursani nih macam maqam dalam badan manusia.....bila dah bukak besi khursani nih boleh kira power ler.....Saya rasa yang pandai2 dalam forum nih boleh citer lebih kot

Kalau budak2 suka lah lagu semerah padi ngan mentera beradu nih......ikut pengalaman lar...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:19 PM | Show all posts
m.nasir seorang yg bijak mengatur kata... malangnya beliau seorang kaslan...
hammam Post at 4-12-2010 23:12



    Kaslan tu mende??
Byk lirik2 M nasir yg buat kita tertanya2..
Arwah Loloq pun cenggitu gak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:06 PM | Show all posts
ni semua freemason ni... huhu.... freemason ni, ah.. konspirasi ni yuuhuu!! Mintak izin lari lintang pukang dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 03:12 PM | Show all posts
oh sebelum tu.. memang best leh...lagu dia. Tambah yang ala2 gemalai puteri pulau cendana ke... very spiritual lah kalau dengar. Aku lagi suka kalau lagu dia, dia nyanyi sendiri.... feel dia best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:32 PM | Show all posts
ai paling suker lagu Malam & Kiambang
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:37 PM | Show all posts
Lirik lagu yang M.Nasir buat daripada dulu lagi mmg ada maksud tersirat...

Dulu aku translate satu lirik lagu dalam album Double Trouble kalau tak silap, hampeh lepas tu member2 aku kata aku otak blue... hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:49 PM | Show all posts
Macam mana pulak lagu mentera beradu... macam macam tafsiran ayng saya dengar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053134 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list