CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1709|Reply: 26

Adik Bengang Abang Kakak Bekerjaya Buat Ibu Tua Macam Orang Gaji- Masih Susah Payah Masak, Mengemas, Basuh Baju Untuk Anak-Anak

[Copy link]
Post time 17-7-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Kekangan kewangan menyebabkan ramai yang masih belum berkahwin memilih untuk terus tinggal bersama keluarga meskipun sudah bekerjaya.

Duduk sekali dengan adik-beradik di rumah ibu bapa banyak aspek yang boleh dijimatkan seperti duit sewa, kos barang dapur, bil elektrik, Wi-Fi dan sebagainya.

Namun sesetengah anak-anak tidak sedar bahawa ketika masih tinggal bersama ibu bapa, mereka berkemungkinan melayan orang tua mereka saling tidak tumpah seperti orang gaji.

Gambar Hiasan

Seoran individu, Iman (bukan nama sebenar) meluagkan kepada Panorama yang dia muak dengan sikap tidak bertanggungjawab adik-beradiknya.

Abang dan kakaknya yang telah bekerjaya masih tinggal bersama ibu mereka di sebuah rumah teres di pinggir ibu kota.

Pada asalnya, idea itu dikatakan bernas kerana sekurang-kurangnya ibu mereka tidak ditinggalkan keseorangan dengan adanya anak-anak masih tinggal bersama.

Namun sikap abang dan kakaknya yang lepas tangan berkenaan hal dalam rumah menyusahkan ibunya.

“Saya faham mereka semua sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tapi itu bukan alasan langsung tidak buat kerja rumah.

“Kadangkala saya kasihan dengan ibu yang bukan sahaja masih memasak, mengemas rumah, malah masih tolong cuci, sidai dan lipat baju mereka,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Iman yang sedang menuntut di sebuah universiti awam dan tinggal di asrama mengakui ‘sakit mata’ melihat sikap abang dan kakaknya.

Iman yang pulang ke rumah pada hujung minggu sering melihat ibunya berhempas pulas mengemas rumah dan memasak sama seperti ketika mereka kecil dahulu.

Lebih memburukkan keadaan, kucing kesayangan keluarga itu juga diuruskan ibunya, termasuk dalam hal memberi makan dan buang najisnya.

“Apabila balik dari kerja, mereka terus campak baju di dalam bakul. Nanti bila nak pakai balik, semua dah tersedia basuh, kering dan lipat.

“Bila lapar pula, minta ibu masak itu dan ini. Waktu cuti, sama ada mereka tidur seharian, main telefon atau keluar dengan rakan.

“Kucing pun biar ibu yang uruskan. Mereka hanya bermain suka-suka sahaja dengan kucing itu,” keluhnya.

Tegas Iman, tanggapan bahawa tanggung jawab sebagai seorang anak sudah lengkap sekiranya sudah menyediakan wang belanja untuk ibu bapa adalah salah sama sekali.

Ibunya yang sudah berusia 65 tahun itu seharusnya berehat dan hanya melakukan aktiviti kerja rumah sekiranya mahu sahaja.

“Tidak dinafikan, setiap bulan mereka beri ibu wang. Kadangkala, mereka belikan hadiah. Tapi saya yakin tanggungjawab anak lebih daripada itu. Buat apa kalau anak masih tinggal di rumah tapi buat macam orang gaji,” katanya menutup bicara. -CARI

Sumber: Kosmo

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-7-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
salah satu sebab aku malas nk balik kampung, tengok "drama" mcm ini lah, dan aku pun bru faham kenapa akak sulung aku jarang balik mungkin sedih tengok keadaan tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:19 PM | Show all posts
sebelum ko nak hamun akak abang ko, pi la marah mak ko yang jadi enabler…
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-7-2023 03:19 PM
sebelum ko nak hamun akak abang ko, pi la marah mak ko yang jadi enabler…

Mungkin nak dia enabler sebab takut nanti abang kakak kaya takmau jumpa mak dah, dan mak tak dapat tengok cucu...

Ketakutan yg terpaling pada org tua tua adalah tak dapat tengok/jumpa cucu...

Mengaku aje lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:30 PM | Show all posts
CI skrg ni banyak isu hal ehwal rumahtangga ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:31 PM | Show all posts
white_musk replied at 17-7-2023 03:29 PM
Mungkin nak dia enabler sebab takut nanti abang kakak kaya takmau jumpa mak dah, dan mak tak dapat ...

dalam cerita ni abang kakak masih bujang...  but still, kalau tak jadi enabler dari awal lagi, anak kaya raya duit jota2 pun tetap akan ingat untuk jenguk makbapak...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2023 03:35 PM | Show all posts
ramai yg bg mak jaga cucu tp xbagi upah mcm pengasuh ptt dah suruh tu taula sendiri bg upah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mak ko pun suka jadi hamba....

I awal2 dah cakap kat anak2 lelaki, dah kerja nanti sila pindah. Tak kisah la tempat kerja jarak 1km dari rumah, sila kosongkan bilik. Belajar hidup sendiri...

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-7-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 17-7-2023 04:26 PM

Mak dibagi duit bulanan dan kos makan kos air api dibyr, hujung minggu angkat pergi jalan2, mak nak ada moment mkn ramai2 anak beranak tgk tv ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 17-7-2023 03:39 PM
Dah mak ko pun suka jadi hamba....

I awal2 dah cakap kat anak2 lelaki, dah kerja nanti sila pindah. ...

Iols ckp mcm tu kt anak, husb iols jeling je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes mcm ni. Ambik je maid, tk pyh bg elaun kt mak tu. Mak duduk diam² jaga diri sendiri je. Diorg provide segala benda.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak kena je guna terms "BERKERJAYA" tp sengkek yakmat sampai membabukan mak pak..

Kalo sekadar pakai terms ada kerja tu boleh la... not "berkerjaya", duit pun cukup cukup makan.. bayar bil pun sangkak nak mati...

Choy
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak kau kena 'fire' anak-anak she ols tu, dik.
Dia diam. Apa kau nak kata lagi?
Dia ok. Apa kau nak kata lagi?
Sepatutnya mak kau hamun kan anak-anak tu pemalas mengangkang buat she ols mcm hamba abdi. Tapi ada tak mak kau buat, dik?
Ada tak mak kau perli, dik?
Takdeeeeeeeee.
SOOOOO?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia tak garang ka..sblm akak kawin ckp siap2..anak apa semua bg org lain jaga..jgn kacau dah tua2 ni nak rehat..tp ada ja mak sanggup anak lain tgk sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bising la kau.

Dah mak kau rela jadik kuli,

sapa tak ndak maid FOC?

Orang tua ni pun satu,

kadang2 anak tu bukan soh pun mak dia buat keja, tapi mak tu yang takleh benti jadik kuli anak2. Dah dia suka, tu cara dia zahirkan kasih sayang (walau bersifat toksik positivity) - nak tegur pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dia rela lah tu...bergerak juga tulang 4 kerat...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-7-2023 08:18 PM | Show all posts
bro, masa makan ramai2 tu, ajak mak dok dengan kau, cakap ada orang gaji, mak dah bole resign jadi orang gaji kat rumah ni... rumah ni boleh sewa kan, simpan untuk mak buat umrah... penghuni lain pun da mampu cari rumah sendiri...

cakap aja, biar sentap.. result tu kemudian, yang penting, biar sentap dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak2 nie memang Tak sedar diri jadi hamba anak ..kalau tengok mcam suka di hambakan anak ,suami n cucu. Ada tu pulak,layanan cucu yang biadap dianggap cute..kesian tapi itulah pilihan depa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kita tunggu la pulak bila ibu tua sakit terbaring..  anak mana yg dtg menjaga?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Please la dik.. ko balik rumah hujung minggu ade menolong x?
Kang da kje, ko move out terus ke atau same je perangai mcm kakak n abg kau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050457 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list