CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4316|Reply: 37

[Tempatan] Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung

[Copy link]
Post time 28-7-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung

https://www.bharian.com.my/berit ... ing-dihukum-gantung

Julai 28, 2023 @ 4:09pm


Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua warga asing selepas didapati bersalah membunuh seorang pemandu Grab warga tempatan lima tahun lalu. --BERNAMA

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua warga asing selepas didapati bersalah membunuh seorang pemandu Grab warga tempatan, lima tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas warga Myanmar Sua Lay, 38, dan warga India Gurpreet Singh, 28, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.

Katanya hujahan kedua-dua tertuduh yang dimaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak memahami bahasa Melayu juga tidak boleh diterima kerana tertuduh mampu memberikan arahan kepada mangsa untuk berhenti awal dari tempat asal yang dituju oleh mereka.

Selain itu, Nurulhuda berkata kedua-dua tertuduh mampu untuk memandu arah kepada penemuan kunci kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa (ketika proses siasatan polis).

"Mangsa dijerut dan ada kecederaan pada leher. Selain itu ada penemuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua tertuduh pada tali pinggang keledar bahagian pemandu.

"Walaupun ia tidak dikatakan (pembunuhan) zalim, fakta mayat (mangsa) ditinggal begitu sahaja dalam kereta. Ini menunjukkan tertuduh tiada mempunyai perasaan belas kasihan terhadap si mati. Atas alasan itu, saya bersetuju hujahan pihak pendakwaan dan (menjatuhi) hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh," katanya.

Sua Lay dan Gurpreet sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pada 16 Julai 2018 atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab, pada 21 Jun tahun sama.

Tertuduh, masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai sayur dan kelindan lori didakwa dengan niat bersama-sama membunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, di lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves, pada 10.08 malam, 21 Jun 2018.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh diwakili peguam Siti Anis Che Ab Wahab dan Muhamad Amirul Jamaluddin memohon agar anak guam mereka dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan berdasarkan peruntukan baharu dalam Seksyen 302 Kanun Keseksaan sama ada dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara berserta sebatan.

Muhamad Amirul berkata, walaupun ada kehilangan nyawa, namun melihat pada keterangan mahkamah tidak ada bukti langsung kedua-dua tertuduh membunuh mangsa serta mahkamah jarang meletakkan sesuatu hukuman ke tahap yang maksimum kecuali ia membabitkan penjenayah tegar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dalam hujahannya berkata hukuman mestilah melambangkan kepentingan awam dan bertujuan mencegah selain menjadi isyarat berkesan kepada orang awam berkenaan seriusnya kesalahan membunuh.

"Kesalahan membunuh adalah satu kes yang amat serius. Dalam kes ini, tertuduh telah melakukan satu kesalahan jenayah keji. Justeru, hukuman gantung dianggap setimpal kepada mereka selepas didapati bersalah," katanya.– BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Setimpal.. driver grab tu muda lagi.. kesian jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:21 PM | Show all posts
Kenapa tidak dihantar pulang dahulu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:21 PM | Show all posts
Bagos! Kurang sikit warga asing berperangai puaka laknat yg buat jenayah kepada rakyat tanah ayer nih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
"apa salah???...malezia jugok panggil kita worang sini mari malezia boleh"-asing worang la
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 28-7-2023 04:21 PM
Bagos! Kurang sikit warga asing berperangai puaka laknat yg buat jenayah kepada rakyat tanah ayer ni ...

2 'mati'...500k lagi kita sini mari...abang- asing worang la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing takyah simpan lama lama dalam penjara.. wajar hukum gantung je. Cepat settle takyah kasi makan lama, space saving.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:45 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 28-7-2023 04:21 PM
Kenapa tidak dihantar pulang dahulu?

hantaq dulu kang dia masuk balik jd pati so okla kita hantaq balik abu mayat saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 04:47 PM | Show all posts
ini lah bahananya kalau ramai sangat warga asing di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 09:04 AM | Show all posts
ifanonline replied at 28-7-2023 04:47 PM
ini lah bahananya kalau ramai sangat warga asing di malaysia

Kan.. Termasuk juga Negro sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
X paham aku berita ni. Reporter pun tulis berita mcm org Myanmar buat karangan. Apa motif 2 org ni bunuh driver grab? 2 org ni member ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa depa order ride dkt Grab, pastu kereta mai, blom smpai destinasi, depa pi bunuh tak pasai ?

Mmg saiko ka main bunuh ja tetibe. Sian adik grab tu muda lagi .
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kena gantung. Gi mampus secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 28-7-2023 04:21 PM
Kenapa tidak dihantar pulang dahulu?

Eh apa pelik punya soalan sis? Kau lagi rela dia terlepas hukum kah sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat mampossss
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 04:34 PM | Show all posts
pooh~key replied at 29-7-2023 10:55 AM
Eh apa pelik punya soalan sis? Kau lagi rela dia terlepas hukum kah sissy?

Bukan pelik cuma diusir keluar dan disenaraihitam dari memasuki negara ini..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 29-7-2023 04:34 PM
Bukan pelik cuma diusir keluar dan disenaraihitam dari memasuki negara ini..

Peliklah sis. Akak lagi suka dia diikat kat sini. Nah, terus dapat hukum sampai mampos dek. Puas hati akak sis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 09:45 AM | Show all posts
pooh~key replied at 29-7-2023 06:37 PM
Peliklah sis. Akak lagi suka dia diikat kat sini. Nah, terus dapat hukum sampai mampos dek. Puas h ...

Jangan panggil aku 'sis' Aku lelaki..

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 30-7-2023 09:45 AM
Jangan panggil aku 'sis' Aku lelaki..

Ok noted bro, sissss….

Tapi kau pelik la sis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 28-7-2023 04:21 PM
Kenapa tidak dihantar pulang dahulu?

Hantar pulang nanti masuk balik, x pon sambung buat jenayah tempat lain. Ok dah hukuman gantung terus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.105358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list