CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2215|Reply: 19

Anak Kemurungan Sampai Kelar Tangan- Mak Ayah Minta Bakal Menantu RM18,000, Beli Kereta Dan Rumah Baru Boleh Kahwin

[Copy link]
Post time 25-9-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda berdepan dengan ujian berat di mana ibu bapa kekasihnya tidak merestui hubungan mereka untuk melangsungkan pernikahan.


Difahamkan dia bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji permulaan sebanyak RM1,800.


"Masa tu, abang ni belum setahun pun bekerja di syarikat tu. Alasan mak ayah girlfriend, nak dia kumpul duit dulu baru boleh masuk meminang.


"Mak ayah girlfriend nak wang hantaran RM18,000. Abang ni setuju dan minta masa dua tahun untuk kumpul duit. Abang ni sayang sangat girlfriend dia," kata pempengaruh, Rozyana Roslan di TikTok, menceritakan kisah pasangan kekasih tersebut.




Gambar Hiasan




Sepanjang membuat simpanan untuk menyediakan wang hantaran sebagaimana yang ditetapkan oleh ibu bapa kekasihnya, pemuda itu sanggup mengikat perut untuk berjimat.


"Dia hanya guna RM300 sahaja sebulan. Sebab masa tu dia tidak ada komitmen dan tinggal bersama mak ayah dia. Selebih gajinya disimpan."


Malah, Rozyana yang juga usahawan itu terharu melihat sokongan tidak berbelah bahagi ibu bapa pemuda berkenaan semata-mata untuk menerima bakal menantu dengan sepenuh hati.


Selepas dua tahun seperti yang dijanjikan, pemuda itu kembali bertemu ibu bapa kekasihnya untuk masuk meminang.


"Mak ayah girlfriend interview, siap tanya dah dua tahun ni ada beli rumah tak? Abang ni jawab jujur masa tu, dia cakap dah standby rumah sewa. Abang tu siap hias cantik-cantik rumah sewa.


"Mak ayah girlfriend tu tanya lagi, ada kereta? Dia cakap memang dalam perancangan untuk beli kereta. Nak lepaskan uruskan masuk meminang terlebih dahulu.


"Tapi mak ayah girlfriend tu cakap kau fokus dulu untuk dapatkan hasil kau, lepas tu baru kita bincang balik," kata Rozyana yang mengimbas perbualan pemuda tersebut bersama ibu bapa kekasihnya.


Pemuda berkenaan masih bersabar dan tetap bersetuju kerana mempunyai masa setahun lagi untuk menambah simpanannya.


"Dalam masa setahun tu dia dapat keluarkan kereta tapi masih belum memiliki rumah. Tapi nilai simpanannya semakin bertambah.


"Abang ni pergi lagi jumpa mak ayah girlfriend untuk mendapatkan restu kerana nak meminang. Ditanya lagi dah ada rumah atau belum? Abang ni jawab belum sebab tak sempat lagi dalam masa setahun," katanya.


Hanya disebabkan pendirian tegas daripada ibu bapa kekasihnya, hubungan mereka terpaksa berakhir begitu sahaja.


"Girlfriend dia (kini bekas kekasih) mengalami kemurungan yang teruk sehingga mengelar tangannya sendiri. Sekarang ni dalam rawatan untuk pulihkan masalah mental," katanya.


Selepas tujuh tahun dengan gaji serendah RM1,800, pemuda itu kini mempunyai pendapatan lebih RM3,000 dan berpeluang memiliki rumah seperti yang dihajati.


Malangnya, hubungan cintanya berakhir hanya kerana sikap 'berkeras' ibu bapa kekasih dalam memberikan restu.


"Tahun lepas, abang ni dah berjaya beli rumah dan dah buatkan rumah untuk mak ayah dia... dia dah buat keputusan untuk bahagiakan mak ayah.


"Untuk jodoh, dia suruh mak ayah dia carikan. Dia move on dan reda," kata Rozyana.


"Apabila ada lelaki minta masa nak bekerja untuk halalkan kau (jadikan isteri), tolong jangan lepaskan lelaki ni," kata Rozyana menitipkan pesanan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menguap baca karangan gini.
K next.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya kalau nak kawen gaji kena 4k,  Ada simpanan emergensi 20k, ada rumah,  ada kenderaan. Jalan lain ialah tangkap gf andartu yg dah ada rumah ada kerjaya bagus kerja gomen  
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:56 PM | Show all posts
cerita hasanah rekaan sis sis tik tok acah2 sambil mekap sambil bagitau dia pakai mekap apa sambil tag brand mekap timbang kilo theyolss tu... hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 04:41 PM | Show all posts
bunga bukan sekuntum,

kalo byk songeh cari lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 04:53 PM | Show all posts
bagi aku, wanita hanya boleh demand kalau dier sendiri ada well-endowed breast...mesti yg asli, semulajadi besar, bukan plastic surgery, sapu krim, atau di hisap tupai liar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita rekaan utk content tiktok semata
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 05:15 PM | Show all posts
aku ada dgr gak cerita dia kat best 104 td. ermm ntah la eh.. cuma kalau parent perempuan tu upper middle class and above boleh terima parent demand macam2 yelah paham ko berkerja keras bg kemewahan kat anak2 ko opkos bila ko lepaskan pon nak hidup anak ko terjamin. tapi kalau parent miskin rumah cam reban ayam melampau la demand tak sedar diri mcm ni.

ada kawan aku now bini dia pon asal dari family miskin asnaf bumbung pon bocor, parent bini dia kemain nak hantaran 20k dan ada rumah k. nasib ler si jantan ni anak upper middle class, mak jantan ni sponsor rumah. pastu lepas 2 thn kahwin jantan ni pon regret pulak kahwin tapi dah ada anak teruskan je lah. yg kelakornya rumah dia duduk tu dekat dengan rumah parent, so si jantan ni tetap la bertunggu tangga kat rumah parent dia. skang bini dia pulak meroyan pasal laki tak bertanggungjawab. pening2 masalah rumahtangga org ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 25-9-2023 02:51 PM
Kesimpulannya kalau nak kawen gaji kena 4k,  Ada simpanan emergensi 20k, ada rumah,  ada kenderaan.  ...

Kawen je bila dh 30an…lebih drpd tu pn boleh ada terlebih ckup.
Ni pakat berlawan nk kawin muda2 pastu apa pn xda..pastu buat luahan hati kt medsosial pastu komplen sume bnda guna duit, mahal etc
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ayah aku pernah demand masa dia tak restu aku kawen dgn ex aku..
Redflag byk sgt tp aku degil nak kawen awal, takut tak laku...

Tp masa arwah ayah aku berkenan kat husband skang.. dia takde pun demand apa2.. janji cepat kawen.. kata heols
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar hiasan macam DP forumer
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 25-9-2023 07:46 PM
gambar hiasan macam DP forumer

Kau mengata aku ke

Kebetulan plak aku baru komen
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-9-2023 07:47 PM
Kau mengata aku ke  

Kebetulan plak aku baru komen

hahahhaha. kebetulan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-9-2023 07:46 PM
Arwah ayah aku pernah demand masa dia tak restu aku kawen dgn ex aku..
Redflag byk sgt tp aku degil ...

cth redflag ex chuols mase tu apekah? kuat instinct sorg bapak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 25-9-2023 07:52 PM
cth redflag ex chuols mase tu apekah? kuat instinct sorg bapak..

Ayah aku ckp dia mcm pondan... hahahhaha aku tatau ler
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
xyah nikoh la payah sgt.
arwah ayah i dulu tnya husband ada kereta??husband iols geleng, pandai masak? husband geleng lg. ayah i gelak je.

lepas husband iols balik, ayah i cakap InsyaAllah ayah yakin dgn pilihan kamu sbb kalau org tak berduit/tak terpelajar sgt mesti kamu taknak
kereta rumah blh beli lepas kawen sama2 tapi kamu tu tlg la bljr masak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-9-2023 08:25 PM
Ayah aku ckp dia mcm pondan... hahahhaha aku tatau ler

Dia gayah in closet ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 25-9-2023 09:09 PM
Dia gayah in closet ke chuols?

Bukti mencelup tu aku takde.. tapi aku kenal gerangan kawan nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah macam cerita ni. Pendapatan lebih 3k pakai kereta dan beli rumah. Kereta Bezza mungkin, rumah pulak berapa la harganya tu, berapa baki tinggal.
Hasanah sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik kau fokus bela mak bapak kau dulu dek. Ni org yg tkda jasa kat hidup kau dan demand pulak tu yg kau hadap sgt dah kenapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052285 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list