View: 15038|Reply: 146
|
Wanita Dilema Nak Kahwin- Gaji Bakal Suami Cuma RM2,500, Hujung Bulan Je Pinjam Duit
[Copy link]
|
|
Seorang wanita tak senang dengan masalah kewangan yang dihadapi tunangnya.
Katanya, encik tunang kerap meminjam wang daripadanya untuk membeli barang keperluan peribadi.
Gambar Hiasan
"Saya bakal berkahwin pada Februari tahun depan. Dah booking bridal semua... barang hantaran pun dah beli.
"Cumanya tunang saya ni... sebelum kahwin duit dia asyik tak cukup je. Sebulan gaji RM2,500 dia kumpul duit hantaran untuk saya, kiranya dah cukup RM10,000 dah.
"Akhir bulan je apabila nak beli barang, dia nak pinjam duit. Tapi dia memang ada pulangkan pun hutang dia dekat saya," katanya.
Keadaan itu juga membuatkan dia bimbang dengan kemampuan bakal suaminya untuk menampung kehidupan mereka kelak.
Malah, wanita itu tidak bersetuju dengan cadangan pasangannya agar mereka tinggal bersama keluarga untuk sementara waktu hingga keadaan kewangan kembali stabil selepas majlis perkahwinan.
"Orang kata kena percaya rezeki selepas kahwin tu sentiasa ada dan luas.
"Sekarang ni apabila tanya dia fasal rumah sewa, dia cakap mula-mula kahwin ni duduk dulu rumah keluarga. Nanti baru cari rumah sewa.
"Sekarang ni duit kami banyak habis dekat majlis kahwin. Kami memang susah senang sama-sama sejak dulu sampai sekarang. Saya banyak tolong tunang kalau dia kesusahan," ujarnya lagi.
Namun kini menerusi hantaran di grup Facebook Tip Persiapan Perkahwinan, wanita itu mengakui mula berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan wanita ini yang enggan mengeluarkan duit untuk majlis mereka dan mengharapkan pasangan secara keseluruhannya.
"Lelaki tu lebih baik dapat perempuan yang matang dan baik berbanding awak.
"Kasihan dekat tunang awak dapat pasangan yang macam ni. Awak tak boleh bertolak ansur ke? Awak ingat dia kumpul RM10,000 tu sikit punya duit ke?
"Bagus pasangan awak ni, dia kumpul duit untuk hantaran sehinggakan dia sendiri tidak cukup duit," komen netizen pada hantaran dibuat. -CARI
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima la seadanya, tak ko expect dia nak bagi iphone 15 pro max 1TB |
|
|
|
|
|
|
|
habis duit sang lelaki disesahnya
dia cakap, sang lelaki pinjam duit, tapi dia tetap bayar duit yang dia pinjam |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah kahwin nanti, for sure kalau bergaduh, semuanya diungkit.
|
|
|
|
|
|
|
|
moga lelaki tu berjodohan dgn org lain yang lebih bijak dan memahami... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bakal isteri gemok macam badak air, kena cepat-cepat angkat kaki sebelum parah menjadi barah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah was2 xpayah kawen. Tapi duit hantaran tu amik balik tau.. boleh cari calon lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
gaji rm2500 tu besar mana je..
nak kumpul duit kawin bayar itu ini memang tak cukup la..
kalau rasa tak yakin, tangguh je la dulu nak kawin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah istikharah dik...biar Tuhan lorongkam ke jln yg btl.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jantan lain yg lebih have2 muncul barangkali.
Tu yg hati berbelah bahagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
RED FLAG
|
|
|
|
|
|
|
|
My advice, kalau ada second thought and u cant see your future with him/her or both of you could be, tak payah kahwin. Nnt pas kahwin pasti menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
maluin-maluin... tu baru dugaan masa bertunang |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu dia tak mampu
kau minta hantaran sampai 10k
tu belum nk berhabis belanja utk kenduri
barang2 hantaran ko mintak bukan murah
busuk2 nk handbag, perfume, telekung, kasut bagai
dengan nk andam2 pelamin sewa baju semua
lepas tu complain
belum kahwin dah rasa tak mampu nk hadap susah sama2
dah ada jawapan pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji budak perempuan ni berapa pula dan apa yg dia boleh sumbangkan pada perkahwinan Dorang nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham pmpuan ni. Kejap mcm komplen, kejap mcm puji. |
|
|
|
|
|
|
|
kalchi replied at 29-9-2023 09:07 PM
Tak paham pmpuan ni. Kejap mcm komplen, kejap mcm puji.
Orang perempuan yang tengah mood swing memang macam itu, kita diam-diam jah lah |
|
|
|
|
|
|
|
Chuols tu kalo reject laki tu fikir akan dpt yg lg baik ke? Kalo yakin teruskan lah jika tidak cer solat istikharah |
|
|
|
|
|
|
|
"Orang kata kena percaya rezeki selepas kahwin tu sentiasa ada dan luas.
bukan lepas kahwin, bangun tido matahari pacak kat kepala, malas tu malas ni, rezeki bergolek2 datang bergolek2 ke pintu bilik tido..
dia cerita tak lengkap untuk melanjutkan cercaan..
apa2 pun, jangan was2 bagi pihak dia, sebab tak boleh kawal, tapi tanya diri sendiri, was2 ke diri sendiri, mampu ke kau melayan karenah serba tak cukup setiap bulan tu? kalau tak mampu, angkat kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau tunang kau gaji rm2500, kau tekan dia hantaran smp 10k.. kesian la kawan tu sampai pokai |
|
|
|
|
|
|
| |
|