CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3872|Reply: 24

Guru Maahad Tawar Pinjaman, Bayar Dengan Seks

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Seorang guru maahad di Ayer Molek didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret  selepas didapati bersalah memperdayakan dua wanita untuk pinjaman wang sehingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks, sejak Mac lalu.


Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahmad Saifullah Abdul Khalid, 33, yang mengaku bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati telah menipu dua wanita berusia 19 tahun serta 33 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai tawaran pinjaman wang masing-masing berjumlah RM300 dan RM2,000 sehingga mendorong mereka melakukan hubungan seks dengannya.


Foto: Kosmo




Kesalahan itu masing-masing dilakukan pada pukul 12.40 tengah malam pada 21 Mac 2023 di sebuah hotel bajet di Jalan Plaza Mahkota dan pukul 11 pagi di sebuah rumah bernombor di Bukit Baru pada 1 Oktober 2023.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.


Tertuduh juga didapati telah memiliki tujuh keping gambar lucah yang terkandung dalam telefon bimbitnya kira-kira pukul 1.50 petang di sebuah sekolah maahad di Bukit Lintang, Ayer Molek dalam daerah Melaka Tengah pada 3 Oktober lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman berbentuk denda yang berpatutan diberikan dengan alasan dia kini menanggung kedua ibu bapanya serta isteri yang sedang melanjutkan pengajian, selain dua anak kecil.


Tertuduh turut menyatakan telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.


Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda berjumlah RM7,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan kedua serta RM5,000 atau 10 bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan ketiga. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
33 tp nmpk tua benor.. ada bini ada anak kecik, time buat xfikir mak pak anak bini. Syetan ada dimana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:45 PM | Show all posts
risau betul sekolah agama kat melaka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooooooo. Jahatnya ko
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:49 PM | Show all posts
masa sedap tak ingat mak apak, bini dan anak2..
masa susah baru ingat semua..
puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 04:15 PM | Show all posts
mesti menyesal sapa main dgn gemuk ni
tak cukup inci ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2023 04:18 PM | Show all posts
potong aje le kotenye.. nak caya apa lagi

guru mahad kut...patot kaki sebelah cita2 nak masuk syorgaaa... ni nuraka jugak kau pilihhh gunduuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang agama di mana2

Sama ada korang nampak atau tak jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi2..baju dah.la beso gitu...
Labuh MCM kurta..
Pompuan.tu mesti terpaksa je ngeseks dgn laki ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 04:36 PM | Show all posts
cikgu sex ni...mcm ada sorang forumer tu cikgu sex juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Camna kena tangkap eh? Ada tip off ke? Dah desperate sangat pompuan2 nie nak $ sampai sanggup ngeseks dgn penunggang agama nie!   Insaf2 jugak, hukuman sila hadap
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaya iols tapi dia nampak lebih tua
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:33 PM | Show all posts
bini nya dah minta cerai belum. ke dok anxiety memikior siapa nak tanggung study dan susu pampers anak

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
asal kau tunduk2 kepala wei
biar potong je la pisang dia ni
senang citer
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Badan tembun mcm sorang politaik yg ckp klau kuar paspispus maknanya dia dh sasau leteww
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik ko kawin lagi satu..kan boleh poligami kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
'Terma & syarat'...pinjaman x dibgtau...acaner nk komen...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat manalah ni jadi Ostat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 10-10-2023 06:05 PM
Baik ko kawin lagi satu..kan boleh poligami kan

kawen  modal besar & TB (takut bini)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cane nk tau ko dah insaf...dah tu nasib 2 org tu cane
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.435881 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list