View: 5191|Reply: 59
|
Ringan Sikit Beban, Ibu Bapa B40 Lega Dapat Bantuan Anak Sekolah RM150
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Ibu bapa berpendapatan rendah (B40) lega apabila Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diteruskan tahun depan bagi meringankan beban menyediakan keperluan sekolah anak-anak.
Bantuan itu sangat bernilai terutamanya bagi yang ramai anak apabila perlu menyediakan keperluan persekolahan, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada masa sama.
Pekerja swasta, Roslinda Ahmad, 43, berkata, pemberian BAP paling ditunggu-tunggunya memandangkan tahun depan adalah tempoh paling getir untuk mereka sekeluarga.
Foto: Kosmo
“BAP sangat penting bagi kami kerana sesi persekolahan tahun depan dijadualkan serentak dengan sambutan 1 Ramadan. Duit bantuan ini akan dibelanjakan untuk membeli buku-buku sekolah dan yuran Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA).
“BAP sebanyak RM150 juga rezeki untuk lima anak saya yang bersekolah termasuk seorang yang akan memasuki ke darjah satu pada tahun depan,” katanya kepada Kosmo!
Sementara itu, bagi operator kilang, Aishah Rahman, 41, bantuan persekolahan itu dapat meringankan beban ditanggung ketika ini yang berdepan kenaikan harga barangan keperluan.
“Ini merupakan berita paling gembira buat golongan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri dengan jumlah anak yang ramai. Kami memang sangat memerlukan bantuan ini untuk empat anak yang bersekolah.
“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup yang semakin mencabar selain tanggungan hutang yang semakin meningkat,” katanya.
Sementara itu, di Kuala Terengganu, rasa gembira itu turut dikongsikan kakitangan swasta, Nur Nadia Hanim Mohd. Rafiq, 38, yang memberitahu, keseluruhan BAP yang bakal diterima adalah RM450 dan akan digunakan sepenuhnya membuat persiapan sesi persekolahan baharu pada Mac tahun depan.
“Lega sangat-sangat apabila bantuan persekolahan ini diteruskan kerana menyediakan persiapan persekolahan tiga anak sekali gus bukan mudah dalam keadaan ekonomi sekarang.
“Alhamdulillah dapatlah saya gantikan pakaian seragam, beg, kasut serta buku anak-anak nanti,” katanya yang mempunyai anak darjah enam, lima dan tiga pada tahun hadapan.
Seorang ibu tunggal, Siti Nurashikin Fadil, 37, menyifatkan keprihatinan kerajaan dalam mendengar keluhan ibu bapa berpendapatan kecil sangat dihargai terutama yang memerlukan peruntukan besar dalam keperluan persekolahan.
“Ketika ini kami berjimat-cermat dengan mengutamakan pembelian barangan keperluan berbanding kehendak.
“Bantuan disalurkan kerajaan ini meringankan beban saya yang perlu memikirkan persiapan raya (Aidilfitri) apabila kebetulan perayaan itu disambut tidak lama selepas sesi persekolahan baru dibuka,” jelasnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Semua dapat ke b40 je? Confused jap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu separuh bayar pibg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 17-10-2023 09:08 AM
kesian 20% penduduk malaysia...tak dapat bantuan...kena pula bayar lebih untuk semua barang & services..cukai pendapatan pula naik 2% |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 17-10-2023 09:06 AM
Pastu separuh bayar pibg
Bayo pibg takpe..
Jangan bapak main pubg |
|
|
|
|
|
|
|
baca pekeliling xde sebut b40 ke m40 ke...assume semua dpt..xtahu la ada pekeliling lagi baru...mls nak tepek..
|
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tu cakap ibu bapa B40...kenapa tak cakap ibu bapa shj?
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 17-10-2023 09:22 AM
tajuk tu cakap ibu bapa B40...kenapa tak cakap ibu bapa shj?
Sebab b40 paling melalak kalau xde bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 17-10-2023 09:06 AM
Pastu separuh bayar pibg
Pibg tu dah berzaman. Kalau rasa tanak byar pibg xpyah pergi sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2 persiapan raya jugak yang dia mention. Puasa pun tak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa xmerasa la ank aii duit gomen kalau B40 ja..knp xbuat mcm tahun lepas jaa..bagi kat semua murid..kan senang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak paham kenapa ramai tanak bayar yuran pibg. bukan mahal sgt pon. tau la bukan paksaaan. but kau bayar jelahhh. anggap sedekah utk sekolah anak2 kau. pas tu bila cikgu mintak bantuan sikit utk baiki surau ke ape mula laa parents ni dok suarakan duit pibg. padahal kau sendiri pon tak bayar lg mau bising
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua dapat. Kawan cikgu aku bgtau. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah laa zaman nau serba serbi mencabar. aku cuba try cut cost apa yg ada n berjimat selagi boleh. even aku n laki keje tp bajet bulan2 tetap kena buat. lagi2 bab sekolah. jgn dok harap bantuan sgt. usaha laa selagi boleh. bila tak dpt bantuan kerajaan sendiri gak memekak |
|
|
|
|
|
|
|
entah lah u. i pun perasan ramai persoal pasal pibg tu. tak tau lah, mungkin bitter dgn cikgu2 kot. asal muncul isu pesekolahan je, ramai yg bitter. marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan sesetengah cikgu yg ada buat hal, satu institusi dipandang sinis. serba tak kena. mcm kan masing2 bertugas tak pernah ada buat silap.
|
|
|
|
|
|
|
|
kau pilih nak beranak ujung-ujung anak nak sekolah pun harap bantuan..
esok anak dah kerja tarah anak pulak..
mak bapak sialan..
bulan ramadhan la patut boleh berjimat bila kurang makan..
tapi bulan ramadhan jugak la kau mentekedarah macam setahun tak makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasala kan..
walau makan nasi berlauk garam pon..
masih pikir anak teringin baju raya..
yg BAP ni kalau ikutkan tahun sebelumnya.. untuk semua pelajar. Sekolah swasta dapat ke tak.. tak pasti.
untuk aku.. RM150 memangla tak dapat cover semua.. tapi membantu la..
mcm last year.. anak masuk darjah 1.. semua serba baru.. memang jenuh la..
tapi sbb dapat BAP ni.. kakak2 n abg nya pon dapat.. jadi itu yg guna utk tambah2 utk si adik.
Kakak Abg biasa tak banyak sangat guna nk masuk sekolah.. semua ada dah.
buku2 memang takleh wat apa la.. itu mmg tak mampu cover dengan BAP..
utk BAP ni.. T20 pon dapat kot kan?
unless kalau BAP hanya utk sekolah bantuan kerajaan n sekolah kerajaan. tak sure la
|
|
|
|
|
|
|
|
ya betul. cut cost utk barang2 yg tak sepatutnya. lebih pada kehendak je kan. selesaikan yg keperluan. kalau kehendak dapat dikurangkan, cukup saja sebenarnya (terutama yg makan gaji bulan2). yg berniaga mmg lah takde ketetapan berapa duit masuk hari2. tak sama amountnya. belum lagi nak pusing sana sini pakai duit. yg makan gaji ni dah tau kan berapa gaji dapat tiap2 bulan. bukan tak boleh adjust. sendiri yg kena tahu memilih sebenarnya. jgn ikut org sgt bila berbelanja, poket org tak sama dgn poket kita, itu yg utama.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|