CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11044|Reply: 104

[Tempatan] 'Terima kasih isteri pertama kerana sabar' - Aliff Teega sahkan kahwin dua

[Copy link]
Post time 27-11-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Alif Teega dan Aisyah Hijanah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mempunyai dua cahaya mata. Alif mendedahkan dia sudah berkahwin kali kedua pada 18 Nov lalu. - Foto Gempak

PEMPENGARUH media sosial Alif Teega mendedahkan dia sudah berkahwin kali kedua pada 18 November lalu.
Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah.


“Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ini.
"Terima kasih kepada isteri (pertama) saya Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Menurut Alif, dia mengaku berita perkahwinan keduanya itu bukan satu hal yang mudah buat isteri pertamanya namun memohon orang ramai mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.

“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat kami. Aisyah adalah wanita pilihan Allah dan Subhanallah kuatnya dia luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang.
“Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia. Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi dan hinaan mengenai hal ini dan biarlah segala yang berlaku diakhiri di sini sahaja,” katanya.


Biarpun sudah mengesahkan mengenai perkahwinan keduanya, namun butiran mengenai identiti isteri keduanya itu masih menimbulkan tanda tanya.
Sementara itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

"Doakan yang baik-baik buat kami berdua. Saya mohon agar tidak berkata yang buruk kepada Alif mahupun isteri barunya," tulisnya.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat acah² lelaki lindungan kakbah.....
Hakikatnya kau pukul bini...

Hanat.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dia yang kawen dua.
Benda yang dia buat..
Jadi dia tak rasa apa lah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli tgk muka dia, geli dengan jambang dia yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh sapo dia nih... Nape masuk CI plak.... Penting sgt ke dia... Ke iols tertinggal ketapi ni...

Abih iols kene gelabah biawak ke?

Ade kaitan dengan kenaikan harga beras X... Ke harga ayam jadi Naik ke harga petrol jadi lebih murah... Eh jap I gugel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya isteri pertama ko tu buat netizen hilang sabar dari dulu yihhhh menayang sangat terpaling bahagia kalo ko tak kawen lagi pun dari dulu ye netizen hilang sabar

Bukan salah ko la kan haha memang dia annoying.  Tahniah la ko yg sabar hadap dia kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara rasminya aku mengisytiharkan, lelaki adalah sampah

Sapa2 ckp eh bapak kau bukan lelaki ke, bapak aku baik orangnye sebab tu Allah tarik beliau awal ke syurga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 27-11-2023 05:59 PM
Geli tgk muka dia, geli dengan jambang dia yihhhh



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 nak menghargai bini padahal tengah syok mengulit yang muda. Puiii. Pandai cakap pasal sabar, tapi sendiri xde kesabaran.. puiii lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:39 PM | Show all posts
eeuuww siapa nih?! anywaaaayyss...


  




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti malu gila. Tunjuk2 sayang kat socmed, diam2 dpt hadiah madu. Biasanya benda berharga elok simpan sendiri. Ni tunjuk2 buat org lain nak rompaklah apa kau ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyusssss????
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekceli aku dari dulu rengsek kapel ni. Terpaling menunjuk kebahagiaan lakibini, mcm tak rilek... Org lain berpuluh2 kawin  xde pun nk show off tunjuk hepi r/tangga....xde pun nak bagi nasihat terpaling blabla ....ko yg baru2 kawin tibahjah nak bagi nasihat itu ini, mmg geli betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya depa ni sapoooo...acik x kenal langsung....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 27-11-2023 06:08 PM
Masalahnya isteri pertama ko tu buat netizen hilang sabar dari dulu yihhhh menayang sangat terpaling ...

Ini betul.. Terpaling sweet dan terpaling bahagia die dunia dan akhirat... Ppppuihhh... Sejenis mengharapkan kata2x pujian dr netizen ending die camni... Nak tunjuk terpaling menyayangi kerana Allah...alaaaaahhhhhhhh...
Skrg hadapla kate2x nista dr netizen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 27-11-2023 06:37 PM
Acah2 nak menghargai bini padahal tengah syok mengulit yang muda. Puiii. Pandai cakap pasal sabar, t ...

Die bosanla tuuu bini hadap socmed 24h... Dah business pon mengharapkan marketing socmed... Berguru plak dengan sifu marketing... Mmg xde privacy ler live... Ke laut dalam laaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau muda muda lg da cari bini, mmg bemasalah. Samada laki tu bemasalah atau kedua dua nya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia pun redhoooo so biarlah gi lantak situ.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 27-11-2023 07:50 PM
Kalau muda muda lg da cari bini, mmg bemasalah. Samada laki tu bemasalah atau kedua dua nya.

Ioss speku die nk isteri yg patuh dan dengar cakap... Haha.. Tgkkan bini 1st die ni..cakao pon tangan sambil ngangkat2x ni sejenis keras hati dan keras kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.088247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list