View: 6199|Reply: 35
|
[Tempatan]
Azam Baki jawab Aman Palestin: Kita lawan di mahkamah
[Copy link]
|
|
Azam Baki jawab Aman Palestin: Kita lawan di mahkamah
Hariz Mohd
Diterbitkan: Nov 28, 2023 3:48 PM
SPRM sedia berdepan Aman Palestin di mahkamah jika pertubuhan itu mengambil tindakan undang-undang ke atas pembekuan akaun banknya, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Azam berkata sementara Aman Palestin ada hak memulakan tindakan mahkamah, SPRM juga ada kuasa di bawah undang-undang untuk membuat siasatan bagi pihak orang awam.
"Tiada siapa boleh melarang mereka untuk ambil tindakan. Kita lawan di mahkamah.
"Setakat ini, kita hanya ikut undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.
Pada minggu lalu, SPRM membeku 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan entiti syarikat lain melibatkan wang berjumlah RM15 juta.
Pembekuan dibuat berkaitan siasatan penyalahgunaan wang sumbangan dan dibuat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).
"Siasatan lama lagi (untuk selesai), ramai lagi saksi akan dipanggil. Setakat ini kita sudah panggil 11 orang, termasuk seorang pemegang amanah (Aman Palestin)," kata Azam.
Dalam sidang media semalam, pengurusan tertinggi Aman Palestin menafikan dakwaan pertubuhan itu menyalahgunakan sumbangan yang diberikan orang ramai.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Aman Palestin turut membidas kenyataan SPRM berkenaan kes tersebut, yang didakwanya sebagai "propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya".
"Kenyataan media pihak SPRM bertarikh 23 Nov 2023 pada perenggan ketiga jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.
"Ianya seolah-olah telah menghukum Aman Palestin bersalah menyeleweng dana RM70 juta (yang dinafikan). Kenyataan-kenyataan SPRM berkait dengan kes ini ternyata tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai, dan tidak berintegriti," katanya.
Muhammad Rafique merujuk kenyataan SPRM yang menyebut bahawa suruhanjaya itu membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal tersebut dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan lebih RM15 juta.
Dia berkata Aman Palestin telah mengutus surat kepada Azam dan Pengarah Bahagian AMLA SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin memberi notis agar pembekuan akaun dibatalkan menurut Seksyen 44A AMLATFAPUAA 2021.
Katanya lagi, Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang jika akaun tidak dinyah beku dalam tempoh tiga hari.
'Pelaburan meragukan'
Sementara itu, sumber SPRM mendakwa siasatan dibuat ekoran pelaburan meragukan yang dibuat Aman Palestin menggunakan dana sumbangan orang ramai.
Menurut pegawai tinggi SPRM itu, walaupun pertubuhan itu dibenarkan undang-undang untuk melabur, ia tidak boleh melibatkan manfaat peribadi.
"Antaranya kita tengok pembelian 27 aset yang mana, jika tidak silap, 21 daripadanya adalah bangunan dan tanah.
"Malah ada tanah di Sabah dan Sarawak. Persoalannya mengapa anda nak beli aset-aset ini?
"Wang diberi orang ramai untuk membantu orang. Jadi kalau bak beli aset pun, ia perlu dibuat dengan betul dan tidak boleh libatkan manfaat peribadi," katanya.
SPRM turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin. Pertubuhan itu sebelum ini memberitahu SPRM ia merupakan cara untuk menghantar bantuan kepada Palestin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takkan SPRM saja saja beku tanpa bukti? ke ade hidden hand yg soh SPRM bertindak? mohon pencerahan dan juga ulasan netizen |
|
|
|
|
|
|
|
lawan je la dekat mahkamah. berani kerana benar, takut kerana ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Kau ni sebagai orang tengah je. Duit tu orang suruh sampaikan pada yang memerlukan bukan suruh labur to make more money. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh interesting! Mana aset2 dorang di sabah sarawak tu? Hopefully adalah yg dedahkan nanti the list |
|
|
|
|
|
|
|
Harap harap kebenaran akan terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap dibongkar habis-habisan aman palestin ni. sepatutnya telus, kalau ada kesalahan hukum dengan maksimum. jangan belas kasihan langsung dengan orang2 spti ini.
apa beza dia dengan peminta sedekah, kerjayanya cuma meminta derma tapi tak telus sebab ada yang kata dah berapa tahun tak buat laporang kewangan |
|
|
|
|
|
|
|
bagus sprm!! kemain nak gertak2 sprm...mcm besar sgt aman palestin tuh. menyampah la haiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah SPRM!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Samseng nak mampos Aman Palestin ini yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai tak aman lansung yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah sprm ni pun ada kurap tersendiri yg tetiba senyap. Ialah sapa plk nak siasat sprm. X kan sprm nak menyiasat diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Aman Palestin tu geng Isma. Pecahan drpd jemaah JIM. Mereka ni anti PH.
Satu lagi pecahan JIM adalah IKRAM. Dorang ni pro PH & penyokong tegar Anwar.
Dah lama dua-dua kumpulan ni bertelagah.. Sampai akhirnya JIM berpecah dua.
Sekarang inilah masa yg sesuai untuk Anwar dan IKRAM menghancurkan ISMA. Boleh gunakan instrumen kerajaan untuk tujuan ini.
Kalau betul profesional, SPRM tak patut keluar statement yg membina persepsi & naratif Aman Palestin ni dah terbukti dan sabit melakukan jenayah penyelewengan dana penyumbang. Kerja kau adalah buat siasatan. Kalau ada bukti, dakwa di mahkamah. Biar mahkamah tentukan salah tak salah. Tapi cara SPRM belum apa2 dah rosakkan imej Aman Palestin seolah2 telah sabit kesalahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isma ke Semah ke Jim ke jom ke...skrg aku nak tau, business apa Aman Palestin ni buat sampai boleh beli emas dan hartanah berkoyan-koyan? Siapa board of directors? Board of directors untuk business apa? |
|
|
|
|
|
|
|
harap siasatan di buat, kita tidak mahu duit derma utk Palestine di sakau oleh zionis tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 29-11-2023 10:58 AM
Wahhh interesting! Mana aset2 dorang di sabah sarawak tu? Hopefully adalah yg dedahkan nanti the lis ...
Kasi Riki kalau ada kat tempt uols k |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 29-11-2023 02:29 PM
Isma ke Semah ke Jim ke jom ke...skrg aku nak tau, business apa Aman Palestin ni buat sampai boleh b ...
Kalau salah, biar mahkamah yg tentukan setelah diberi peluang perbicaraan dan pembelaan. Bukan dihukum melalui perception game dan spekulasi netizen. Kita pun tak mahu orang salah tidak dihukum. Sebagaimana kita tak mahu orang tak bersalah dianiaya dan tersalah hukum. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas sprm... |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 besar eh aman Palestine ni...berani di warning nya penguatkuasa buat kerije...salah buat kireje prove it dkt court la... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tgk pendedahan mcm ni dan byk lagi boleh follow fb alif ahmad dan PW |
|
|
|
|
|
|
| |
|