Edited by JoyahMengayah at 7-12-2023 02:57 PM
KUALA LUMPUR: Isham Jalil dilaporkan dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, susulan kritikan hebatnya terhadap Presiden Zahid Hamidi dan kepimpinan parti.
Sumber berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT malam ini yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi malam ini.
Menurutnya, antara kesalahan bekas ketua penerangan Umno itu termasuk mendesak Zahid meletak jawatan serta mengajaknya berdebat, mengeluarkan label barua DAP dan tidak hadir mesyuarat MKT.
“Termasuk malam ini, sudah empat kali beliau tidak hadir,” katanya.
Sumber berkata pengumuman rasmi akan dibuat Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
BERITA LANJUT MENYUSUL
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/06/isham-jalil-dipecat/
|