CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34883|Reply: 371

Athira Cinta Pertama, Berkawan Sejak Usia 15 Tahun - Hafidz Roshdi

[Copy link]
Post time 16-12-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode
"Dia cinta pertama saya."


Itu reaksi pelakon Hafidz Roshdi yang mengesahkan dirinya kini bergelar suami kepada wanita yang dikenali sejak berusia 15 tahun, Athira Yuhada, seperti dikongsi dalam hantaran Instagram (IG), pagi tadi.


"Athira cinta pertama saya. Kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya jadi suami sekali lagi. Insya-Allah, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.






"Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat... Doakan yang terbaik untuk perkahwinan kami," katanya kepada BH Online.


Pada majlis pernikahan itu, Hafidz yang membintangi drama Melastik Ke Hatimu 2 menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.


Hafidz berkata, Athira menerima dirinya seadanya. Hafidz juga enggan berfikir mengenai komen negatif yang dilayang susulan pernikahannya itu.


"Athira terima segala kekurangan dan terima saya seadanya. Saya juga tak mahu ambil kisah apa orang cakap. Biarlah apa mereka nak cakap," katanya.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi yang mengenakan baju melayu berona putih kelihatan begitu tenang ketika dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada iaitu Encik Abu Bakar di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam.


Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular.


Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam.


Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.


Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut.


Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.


Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 12:45 PM | Show all posts
Cantik wedding kali ni. Nampak classy dan elegant. Pengantin kedua-dua pun cantik, secocok, baju on point. Banding dengan yg dulu tu, nampak kg.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
GummyBear123 replied at 16-12-2023 12:45 PM
Cantik wedding kali ni. Nampak classy dan elegant. Pengantin kedua-dua pun cantik, secocok, baju on  ...

Dulu tu sebab kahwin time belajar. Masing2 harapkan sponsor parents je untuk buat majlis
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
meroyan laa dalam ig nnt
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:00 PM | Show all posts
Binodino replied at 16-12-2023 12:53 PM
Dulu tu sebab kahwin time belajar. Masing2 harapkan sponsor parents je untuk buat majlis

Kos mekap still kena keluarkan, kan? Kenapa tak pilih cara mekap yg classy?Kos baju pun sama, kenapa pilih warna2 kg.com?

Hahaha Bear kalau dah tak suka, semua pun serba tak kena. :p
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan sial ni sengaja nak probok shu ,hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 16-12-2023 12:53 PM
Dulu tu sebab kahwin time belajar. Masing2 harapkan sponsor parents je untuk buat majlis

Tp hr pun bukan byk duit sgt kan? Job pun mcm shendu je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 29 tahun.. dulu kahwin umur 22/23?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat ye kuda tu..buat surat mohon maaf konon.last2 ko sapu bapak budak2 tu.celaka.

buat syuringai..dia tak nak ko pun dr awal.move on dan selamat jalanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat plak kejadian TOM DGN FUAD .. skrip dgn dialog lebih kurang mcm ni lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pengantin!, Kawin umur matured ni harap bahagia suami isteri . Semoga cepat dapat baby comel nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kawen muda…bini baru ni jgn ditumbuk pula ye…..
bab dia naik tangan kat ex bini dia memang x boleh lupa…..bole buat kat ibu pada anak anak dia….
sesuai benar lah bini baru dia….jgn mendapat juga sudey le….make sure laki jgn skip ubat mood swing ye ….lithium tu….
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:16 PM | Show all posts
GummyBear123 replied at 16-12-2023 12:45 PM
Cantik wedding kali ni. Nampak classy dan elegant. Pengantin kedua-dua pun cantik, secocok, baju on  ...

________________________________________________________



ada ke pic yg before this?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer iols ada tengok deols ni berlakon.. Budak2 sangat masa tu.. Telemovie tajuk Gulai Labu Ikan Masin kat RTM.. Dlm harddisk ni pn ada simpan tak sangka plak simpan babak cinta monyet korang.. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
GummyBear123 replied at 16-12-2023 01:00 PM
Kos mekap still kena keluarkan, kan? Kenapa tak pilih cara mekap yg classy?Kos baju pun sama, kena ...

Bear ni buat iols serba salah nak komen. Iols risau terlalu jujur

Tapi dorang dulu2 pun bukannya nikah je. Ada je majlis kat hotel kan? Lepas tu honeymoon lagi sampai 3 buah negara. Dapat anak pun bercuti lagi ke luar negara walaupun si janda kata sepanjang kahwin dengan si duda tak pernah merasa pun travel ke luar negara, pakai barang branded. Hidupnya umpama cinderella sepanjang perkahwinan dengan ex. Tu yang badan membulat sebab terlalu banyak kena buat kerja rumah, uruskan suami & anak2, tukar cadar, masak macam2 jenis lauk
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts

Cinta monyet 15 tahun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kpd pengantin baru..pengajaran disini..dah ade cinta pertama lain kali jgn alihkan pandangan,kekal setia..tgk alih2 patah balik ke cinta pertama...penat la lps ni tgk janda dia berlawan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira nye gigi hadid perghlih lah penyondol kalu si Hr memang lama dah becinta dgn Athira ni.
#doneplottwist
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah apis.

Jaga rumagtga baik2. Jadikan pengajaran dlm kisah yg lepas2. Moga baik2 je utk apis atirah dan ank2

Aku sure lepas ni kalau belah sama berani nak kait apa2 mesti akan dpt lod dilarang sebut nama pun.

Moga shu cept bertemu jodoh.  Dpt dato ke tak. Bole meriak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 16-12-2023 01:29 PM
Bear ni buat iols serba salah nak komen. Iols risau terlalu jujur

Tapi dorang dulu2 pun buk ...


Sampai trauma nk masak sambal sotong.

Sampai trauma nk kawrn semula

Tp plot twist hari2 doa meratib mintak laki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076207 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list