View: 19515|Reply: 54
|
[Politik]
Masihkah kau ingat…?
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 28-12-2023 09:48 AM
Nama sasterawan ini cukup gah pada individu-individu yang cakna terhadap karya-karya sastera di Malaysia. Sasterawan negara ini merupakan seorang insan yang sangat berani dalam melemparkan kritikan-kritikan terhadap ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu perkara. Sebuah perkara yang kerap bermain di fikirannya adalah mengenai senario politik negara. Pada tahun 1999, sasterawan negara ini telah menggemparkan dunia penulisan dan institusi pentadbiran negara apabila beliau melancarkan novel hangatnya yang bertajuk ‘SHIT’.
Shahnon pernah bertanding dalam pilihan raya umum dan secara tidak langsung melibatkan diri dalam dunia politik tanah air. Beliau yang juga merupakan novelis politik tanah air banyak menimbulkan gerakan sastera politik yang begitu komited dengan menzahirkan setiap aturan politik yang digambarkan secara zahir mahupun abstrak. Pemimpin politik merupakan watak penting dalam menggerakkan cerita berunsur politik mengikut kesesuaiannya. Pemimpin politik itu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tertentu dalam menggerakkan sesebuah organisasi. Mereka inilah penguasa negara yang akan menjadi ketua dalam perjuangan parti, hala tuju masyarakat dan negara. Sekiranya pemimpin itu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sesebuah perjuangan atau organisasi itu akan maju dan makmur tanpa sebarang masalah. Begitulah sebaliknya sekiranya pemimpin politik itu bersikap negatif, pimpinan yang dijalankan itu tidak akan berada pada kedudukan yang sepatutnya yakni berlaku permainan politik yang berunsur negatif. Pemimpin politik ini merupakan individu utama dalam aspek pemerintahan. Berjaya atau tidak sesebuah organisasi itu adalah bermula daripada sikap dan tanggungjawab pemimpin politik dalam menggerakkan pemerintahan yang diamanahkan dalam mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan rakyat yang dipimpinnya.
Melalui novel ‘SHIT’, Shahnon jelas mengkritik individu-individu yang memegang kuasa politik negara tetapi tidak menunjukkan etika-etika yang baik dalam pentadbiran. Watak PukiMak atau PM merupakan pemimpin politik yang mempunyai sikap negatif. PM tidak menunjukkan sifat-sifat positif yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Dia digambarkan sebagai ketua yang mempunyai kuasa yang dominan tanpa sesiapa yang berani bersuara. Hal ini dapat dilihat melalui pelukisan watak yang digambarkan oleh Shahnon dalam novel tersebut.
“Nama ku sebenarnya bukan Shit. Juga bukan PukiMak. Kedua-duanya adalah nama marga ku, entah dari mana marga ku itu, aku sendiri kurang teliti sejarahnya. Tahu-tahu aku sudah wujud dan dipanggil Shit dan mempunyai sejarah kewujudan yang agak panjang. Kewujudan entah bagaimana, ahli sejarah menggelar ku sebagai PukiMak. Tentu saja panggilan itu bernada jerkahan dalam perasaan panas baran tapi aku tidak ambil kisah sangat. Dalam seruan kemarahan itulah aku terkenal dengan nama julukan Shit! Aku terkenal dengan nama julukan PukiMak! Lebih terkenal lagi dengan nama kependekan nama jilikan pm!”
(Shahnon Ahmad 1999: 31)
Jika diperhatikan, petikan di atas menunjukkan kepada pengenalan watak pemimpin dalam novel ini. Menerusi pengenalan ini telah dilihat bagaimana pengarang membuat imbasan awal sikap pemimpin melalui pengenalan namanya. Nama yang diperkenalkan itu sudah menggambarkan watak negatif yang dimainkan oleh pemimpin dalam novel tersebut.
Seterusnya, Shahnon juga lantang mengkritik seorang pemimpin yang dikatakan gila kuasa dalam urusan pentadbiran. Mengambil satu contoh petikan iaitu,
“…pm boleh mencurahkan seberapa banyak kekenyangan kepada ketulan sesiapa saja tapi bukan menyerah kekuasaan. Malah setitik kekuasaan pun tak akan dimiliki bersama. pm tidak dapat berbincang aspek kuasa itu. pm tidak nampak dan tidak terasa bahawa ketulan lain boleh dan berhak dalam bidang memiliki kuasa ini…” (Shahnon Ahmad 1999:158)
Petikan ini menunjukkan watak PM bagaikan tidak mahu bercakap mengenai kekuasaan dengan sesiapapun kerana dia merasakan dirinya sahaja yang berhak memegang kekuasaan itu. Oleh itu, PM sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat mempertahankan kekuasaannya. Dengan adanya kuasa, PM dapat memerintah mengikut kemahuannya tanpa mengendahkan kepentingan pihak lain terutamanya rakyat di bawah pimpinannya. Watak PM dalam novel ini begitu mementingkan kuasa yang dimiliki sehingga tidak mengendahkan perkara yang berlaku asalkan kuasanya dapat dipertahankan. Baginya, tiada siapa dan apa yang dapat menandingi kekuasaan yang dimilikinya.
Selain itu, novel ini memaparkan sikap Shahnon yang sangat peka terhadap kehidupan rakyat marhaen di Malaysia. Dalam novel ini, terdapat petikan yang jelas menyampaikan mesej bahawa pemimpin merupakan nadi kepada rakyat. Sebagai pemimpin, mereka mempunyai tanggungjawab kepada rakyat yang dipimpinnya. Mereka mempunyai peranan dan harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri mereka. Sebagai pemimpin juga, mereka harus membangunkan negara yang dipimpinnya dengan melaksanakan dasar-dasar negara dan bukannya mementingkan diri mereka sahaja. Berikut adalah petikan tersebut.
“…pm tahu yang mana satu anggukan yang sahih, yang mana satu anggukan yang palsu. Kelak bila tiba masanya pm akan menentukan ajal dan tuah mereka. Dia akan membuat keputusan dengan mendadak dan benar-benar di luar duga supaya tidak siapa lagi yang berani bersuara meminta pm keluar melalui lubang keramat itu. “
(Shahnon Ahmad 1999:38)
Sikap mementingkan diri ini akan menjadikan rakyat merasa tidak selesa dengan pemimpin mereka sendiri sedangkan pemimpin perlu sentiasa dekat dengan rakyat di bawah pimpinannya. Setelah mereka dipilih sebagai ketua pemimpin dalam tampuk pemerintahan, mereka harus sedar bahawa setiap langkah yang diatur diperhatikan oleh rakyat. Oleh itu, pemimpin harus mempunyai sikap yang baik bersesuaian dengan status dirinya sebagai pemimpin.
Pemikiran yang lain adalah novel ini memaparkan sikap Shahnon yang sangat patuh akan perintah agama. Beliau menjunjung tinggi prinsip Islam dan mengkritik individu-individu yang tidak mengamalkan ajaran berteraskan Islam. Dalam novel Shit, PM merupakan pemimpin yang beragama Islam. Sebagai insan yang beragama Islam, banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam ajaran Islam tetapi telah dipandang rendah oleh PM. PM sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam demi menjaga kepentingannya seperti tidak bertanggungjawab, menindas rakyat, tidak amanah dengan hak rakyat, dan mementingkan kuasa. Pengarang memasukkan unsur ini agar menjadi teladan kepada pemimpin di luar sana agar meletakkan agama di tangga teratas dalam sistem pemerintahan terutamanya bagi pemimpin yang beragama Islam. Berikut adalah petikan yang menggambarkan sikap pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran Islam dalam urusan pentadbiran.
“pm tidak akan bermesra dengan sistem akaliah atau sistem aqliah yang berpaksikan cahaya itu kerana pm tidak pernah yakin dengan sistem itu. Tak pernah pun pm memikirkan tentang kewujudan cahaya seumpama itu. Sejarahnya dan sejarah asal usulnya memang bergelumang dengan taik yang busuk dan membusukkan. pm hanya megah dengan kebusukan. Ahli sejarah pun pernah menegaskan bahawa warisan warga PukiMak itu pun memang bertonggakkan kebusukan taik juga…”
(Shahnon Ahmad 1999:74)
Akhir sekali, Shahnon menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap pemimpin yang kejam dalam pemerintahan. Rakyat akan menggambarkan pemimpin sebagai individu yang mulia dan prihatin akan kebajikan rakyat. Walau bagaimanapun, sesiapa pun tidak akan mengetahui niat sebenar di sebalik pimpinan mereka. Ada pemimpin yang bersikap positif dan ada juga yang bersikap negatif. Pemimpin yang bersifat kejam akan menyebabkan rakyat menderita walaupun bukan dari segi fizikal. Merujuk kepada satu petikan dalam novel ini, petikan tersebut jelas menunjukkan sikap pemimpin yang kejam dalam pentadbiran.
“…Dia boleh perintah apa saja yang terkeluar dari mulutnya. Atau pun boleh jadi pm sendiri hulur lubang keramatnya dan dia perintah aku memasuki lubang keramatnya. Setiap perintah dari pm wajib dipatuhi kerana kalau tidak, akan ditangkap, digari, ditumbuk sampai bengkak-bengkak…”
(Shahnon Ahmad 1999:64)
Hal ini boleh menimbulkan kemudaratan seperti kecederaan dan kematian. Perkara ini juga boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Pemimpin politik boleh mengeluarkan perintah kepada pengikut-pengikutnya tetapi mesti bersesuaian dan tidak bertentangan dengan mana mana undang-undang. Jika sampai memukul dan mencederakan apabila perintah tidak dituruti, hal ini boleh menimbulkan banyak masalah. Seperti yang sedia maklum, rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai sifat yang baik dan bukannya bersifat kejam sedemikian. Itulah pemikiran yang cuba diketengahkan oleh pengarang Shahnon Ahmad dengan menggambarkan pemimpin yang kejam dengan membuat perkara yang tidak sepatutnya sekiranya perintah mereka tidak dipatuhi seperti menangkap dan memukul. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara rundingan dan bukannya dengan cara yang kejam.
Kesimpulannya, kekuatan Shanon Ahmad dalam penulisannya terletak pada kepintaran beliau mentransformasikan sesuatu perkara ke dalam bentuk karya kreatif terutamanya perihal politik dan masyarakat sekitarnya. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan seorang sasterawan yang mempunyai ciri-ciri unggul dalam menghuraikan sesuatu topik yang dibincangkan. Karya satira politik yang bermutu ini perlu dimanfaatkan oleh masyarakat kerana beliau menterjemah sendiri pengalamannya yang pernah melibatkan diri dalam politik tanah air ke dalam bentuk tulisan. Karya yang dihasilkan oleh beliau juga mempunyai makna tertentu kepada masyarakat terutamanya golongan pemimpin. Hal ini dilihat berdasarkan novel beliau yang membincangkan tentang pemikiran politik serta kesan buruk yang dialami oleh masyarakat atau rakyat akibat daripada sikap buruk yang ditunjukkan oleh pemimpin dalam pemerintahannya.
Bibliografi:
Arba’ie Sujud, Salihahs Razak & Siti Rabiatul Adawiah Jaffar (2015). Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad. Selangor. Universiti Putra Malaysia.
Shahnon Ahmad. (2006). Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi. Gelugor: Sulaiman Press Pulau Pinang.
https://soscili.my/buku-kutuk-tun-m-ini-pernah-diharamkan-kerana-ada-unsur-hasutan-penghinaan/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pernah aku baca dulu novel ini, masa tu aku sekolah lagi, pening aku nk hadam novel ini |
|
|
|
|
|
|
|
buku dia yang aku baca berulang kali "Detik Detik Diri Di Daerah Daif".cerita pasal zaman dia kecik2.best oo |
|
|
|
|
|
|
|
x lalu nk baca
ayat, perkataan yg digunakan mmg memualkan
dan smpi beberapa muka surat je
tp my fav novel from him definitely ranjau sepanjang jalan
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai ke sudah aku x dapat2 beli ranjau sepanjang jalan.... |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-12-2023 09:30 AM
x lalu nk baca
ayat, perkataan yg digunakan mmg memualkan
dan smpi beberapa muka surat je
bahasa yg digunakan dlm novel tu tinggi laa
alaa.. lebih kurang sama mcm acik2 porem la.. perkataan politik ditulis politaik |
|
|
|
|
|
|
|
dh ada cetakan baru la sis
tp kulit biasa bkn keras mcm yg original pny pengeluaran
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-12-2023 11:04 AM
dh ada cetakan baru la sis
tp kulit biasa bkn keras mcm yg original pny pengeluaran
Kt maner nk mendapatkannyehh? |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti
masa iols beli di big bad wolf ke yg di pwtc mcm tu lah
or maybe blh try cek kt shopee jgk
mn lah tau ade seller jual kt situ
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-12-2023 12:03 PM
tak pasti
masa iols beli di big bad wolf ke yg di pwtc mcm tu lah
Kalo kt pwtc bukan big bad wolf .. itu pesta buku.penah cari kt situ merata tak jumpa.kot skrg ada kt shoope xtau la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-12-2023 09:30 AM
x lalu nk baca
ayat, perkataan yg digunakan mmg memualkan
dan smpi beberapa muka surat je
Hahahaha.. Kan??
Very expressive dia punya choice of words.
Ko leh byg la dia punya description
Thus, title buku tu is aptly named.
Aku pn baca xabeh |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 28-12-2023 05:17 AM
pernah aku baca dulu novel ini, masa tu aku sekolah lagi, pening aku nk hadam novel ini
Penuh dgn maki hamun dan ada satu part kisah taik nak keluar dari jubo. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 28-12-2023 11:58 AM
Kt maner nk mendapatkannyehh?
Ada kat rumah meols buku tu zaman berzaman..dah macam pusaka |
|
|
|
|
|
|
|
Umah aku ada buku ni dulu...baca first page pun terus aku lempar ke tong sampah...hanjeng betul...buat bazir duit je beli...cerita penuh dgn tahi tahi...teruk betul level pemikiran penulis kotor ni...euww |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 28-12-2023 04:48 PM
Rupa2nya Sasterawan negara plg lagend,Shahnon Ahmad dah lama tau betapa PukiMak nya Mahathir...ummah je yg lalai dok kutuk2 dia masa novel ni keluar dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa ingat Shanon Ahmad, sah kertu.
Aku la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aku_best at 28-12-2023 04:48 PM
iols pernah beli.buku ni..x habis bc pun sebab tak paham....tapi x ingat dah ke mana buku ni menghilang...huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|