CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10007|Reply: 51

[Tempatan] 'Tetamu patut tepati masa, pemilik inap desa pula perlu berhemah'

[Copy link]
Post time 14-2-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-2-2024 01:53 PM

'Tetamu patut tepati masa, pemilik inap desa pula perlu berhemah'
Maisarah Adila Hanafi
Diterbitkan:  Feb 14, 2024 8:30 AM



Baru-baru ini telah tular di laman sosial X rakaman video yang memaparkan seorang tetamu inap desa (homestay) dihalau keluar rumah oleh pemiliknya di Kedah.

Tetamu berkenaan mendakwa bahawa pemilik inap desa tersebut menghalau serta membaling keluar barang-barang mereka kerana lambat daftar keluar.

Pemilik inap desa itu mendakwa bahawa tetamu itu lambat dua jam setengah untuk keluar dan pihak inap desa tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah tersebut untuk tetamu lain yang akan masuk pada pukul 3 petang.

Mengulas kejadian ini, Presiden Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia Sahariman Hamdan berkata kedua-dua pihak melakukan kesilapan dalam menangani isu berkenaan dan seharusnya lebih berhemah.



“Pada pandangan saya, dua-dua salah. Kalau awak bayar, awak kena keluar pukul 12, keluarlah pukul 12.

“Tuan rumah pun janganlah kasar sangat,” katanya semasa dihubungi Malaysiakini.

Menurut Sahariman, ketetapan sama turut dikenakan di hotel.

“Yang menginap pun ingatlah janji. Kalau janji kena keluar pukul 12, keluarlah. Hotel pun macam tu juga, tapi hotel tak ada lah campak (barang tetamu),” katanya.

Sahariman juga berpandangan bahawa situasi berkenaan akan memberi imej yang kurang baik terhadap persepsi inap desa.

“Kadang-kadang benda itu terjadi satu dalam seribu. Viral pula tu. Awak yang buat begitu, nak orang simpati apa? Memburukkan nama Malaysia,” kata Sahariman.

Sahariman juga menegur pemilik-pemilik inap desa bahawa harus ada tatacara untuk mengawal tetamu.

“Kena ada tatacara, belajar cara yang elok untuk mengawal tetamu,” katanya, yang telah menjadi presiden Persatuan Homestay Malaysia sejak 1995.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 01:49 PM | Show all posts
cuba kalau pakcik ... dah remind banyak kali tapi dorg buat dek jer...
silap2 pakcik pun naik tangan ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:08 PM | Show all posts
kalau Hotel tak main campak barang. Dia lock je bilik sampai polis sampai
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu jgn sewakan back-to-back..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk kena batang idong sendiri lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saiya tinggal ini negara libih timpuh sapluh taon..pon tada kina halau,buang beg..suka ini Malaysia worang..sayang sama kita bangladesh worang"-Srigala dari Bangladesh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2024 04:01 PM | Show all posts
ni guest yang terpaling gini... aku dah bayar, aku punya suka lah..haa gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu je makananorang kurang ajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 14-2-2024 03:47 PM
Sbb tu jgn sewakan back-to-back..

Setuju!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 07:25 PM | Show all posts
guest tu yang salah
lepas tu nk viral2 pulak
kena kat batang hidung sendiri esok2 padan muka

ko lambat check out
kang tuan rumah x sempat nk kemas
next guest bagi bad review pula
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik tak baca kisah sebenar ke?

Dah time check out.. guest masih bertuala lagi... agak2 pakcik blh sabar ke?

Kalau hotel lewat saja dah cas full day yea pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kimak ye dah kul 2.30 masih bertuala. kalau x humban barang2 org tu entah bila nak berambusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku jadi acik tuan rumah tu, sambil humban bag sambil aku maki lepas tu call polis

yang penyewa tu play victim tunggang agama sengkek boleh sewa homestay je la..sebab tu perangai macam baru keluar gua
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai 2 1/2 jam lewat nya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk suh sabar tang mana? Ni xtau kes asal...nk into scene je..jd penasihatttt...klo kena ke pakcik, blh sabar ke????
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 14-2-2024 09:57 PM

penah dok homestay kat alor gajah
lawa la rumah melaka
check out pkl 12 tapi start pagi2 penjaga dia dah jenguk2 rumah tanya nak cekaut pkl brp
yg kami2  ni semua cikki melepak kat sofa bagi iols biadap kot dia nak jengah gitu jek
kulu kelio keliling rumah
last2 kami rimas terus siap2 pkl 11 dah standby angkut brg masuk keta
gila gak buat pesen centu halau guest secara halus...yihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 12:46 AM | Show all posts
haramkan je...menyemak buat bising...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 01:28 AM | Show all posts
belah2 utara ramai rohingya

ada yang ngaku mamak dan ramai juga yang ngaku melayu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:23 AM | Show all posts
kalau nak keluar lambat, bagitau
kang owner bgtau la boleh ke tidak
benda boleh bincang kottt.. tetamu punnnnnnn

hotel pun akan call bilik kalau jam 12 tu tak checkout lg cuma takde la sampai tahap naik bilik jerkah bagai hehehee...
sama je caranya, nak keluar lambat, bgtau.. hotel paling lewat jam 1215-1230pm ok je lg, takde pun dorg bising, just bgtau je la lewat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:24 AM | Show all posts
sbb diorg x biasa tu,
bagi diorg chekin kul 3 kena la kuar kul 3 baru la dpt sehari,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066587 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list