View: 12901|Reply: 22
|
[Tempatan]
Demi anak, wanita tunggang motosikal dari Changkat Jering ke KL jual sayur kampung
[Copy link]
|
|
Demi anak, wanita tunggang motosikal dari Changkat Jering ke KL jual sayur kampung
https://www.bharian.com.my/berit ... t-jering-ke-kl-jual
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi - Februari 18, 2024 @ 8:05am
[email protected]
Siti Norol Salwani mengambil masa lebih empat jam dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur untuk menjual sayur kampung. - Foto ihsan Siti Norol Salwani.
TAIPING: Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km) dengan menunggang motosikal lebih empat jam ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung sejak pertengahan tahun lalu.
Siti Norol Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun ketika bergelar ibu tunggal.
Dia yang baru melangsungkan perkahwinan kali kedua Jumaat lalu berkata, idea 'gila' berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu.
"Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering.
"Pada awalnya agak berat untuk saya memulakan perniagaan memandangkan jarak yang mahu ditempuhi beratus kilometer dan mengambil masa lebih empat jam ditambah pula dengan hanya menaiki motosikal.
"Namun tak disangka percubaan pertama berniaga di sana, segala sayur kampung seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, belalai gajah, nangka muda, durian belanda, kacang itik, jering dan ulam-ulaman laris terjual," katanya.
Siti Norol Salwani menjual pelbagai sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. - Foto ihsan Siti Norol Salwani
Menurutnya, harga sayur-sayuran yang dijual di sana sama seperti di Changkat Jering namun berbeza dari segi kesegarannya.
"Harga yang saya jual bermula RM2 hingga RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering.
"Hampir setiap minggu saya akan berulang alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125 hanya untuk berniaga sayur kampung," katanya.
Anak kelima dari 10 beradik itu berkata antara rintangan sering dihadapinya adalah tayar motosikal pancit selain berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Perkara itu dah biasa dan sering saya lalui sehinggakan pernah satu ketika motosikal saya tersadai di lebuh raya.
"Kos anggaran untuk ke Kuala Lumpur termasuk makan minum sekitar RM50 namun itu bukanlah halangan dan saya berasa puas apabila dapat berkongsi sayur segar dengan penduduk di Kuala Lumpur," katanya.
Siti Norol Salwani berkata perniagaannya terhenti awal tahun ini berikutan menguruskan hal perkahwinannya dengan pilihan hati.
Dia tekad meneruskan perniagaannya selepas menerima motosikal baru dibelinya berikutan motosikal lamanya mengalami kerosakan teruk.
"Suami juga tidak melarang dan turut merancang untuk sama-sama berniaga di Kuala Lumpur," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru nk doa ko bertemu jodoh mcm ngan taib mahmud tp ko dh g kahwin lg tu dh nape |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 18-2-2024 02:44 PM
Baru nk doa ko bertemu jodoh mcm ngan taib mahmud tp ko dh g kahwin lg tu dh nape
Dah sampai jodoh lagi nak buat camne. Doakan je la yang baik2 untuk adik ni |
|
|
|
|
|
|
|
jauhnya dik oii...jgn la seksa diri...meniaga di sekitar Taiping dan Semanggol pun ok... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti cuba pulak jual kat pasar basah taman tun tu... dorang tak kisah harga mahal tapi fresh.... semoga boleh upgrade ke van/truck pula... bahaya motor jauh2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 18-2-2024 03:55 PM
nanti cuba pulak jual kat pasar basah taman tun tu... dorang tak kisah harga mahal tapi fresh.... se ...
Setujukk |
|
|
|
|
|
|
|
Tuuu diaaaa petai besar dabak! |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga perniagaan berkembang maju. Go hadek go!
Ritu terbaca acik ni usahakan pandan wangi. Lepas bertahun2 jadik makcik kayoooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Dia juai kat mana? Wiken pukui baper? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah..
Dolu masa dok cheras...mak iols saje je nak jenjalan tengah malam.kat kolumpo tau...terutama ke chowkit..beli buah2 sayur2 Kampung...
Naseb le ayah iols.melayan aje lah mak.iols.nak.jenjalan sanun
Konon takut tersesat
Padahal takut sebeban.mak iols beli... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:41 PM
Semoga perniagaan berkembang maju. Go hadek go!
Ritu terbaca acik ni usahakan pandan wangi. Lepas b ...
Ni kisah lain kan? Yg anak ramai,masa cerai anak kecik lagi ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka manusia yg mcm ni...bukan jenis berdrama mintak bantuan...semoga bisnes ko berjaya cemerlang dik...amin ..amin..amin... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat semangat dia.. tapi naik motor dapat bawa sikit je la barang, kalau bawa banyak boleh supply kat peniaga lain kat Kl.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuatnya semangat ko dik.. Niaga la dekat2 kamunting, kuala ke padang rengas ke.. .. X pun buat online.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
naiklah ETS/ Bas
kos lebih sikit je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tggu tered influenza bg kete free pulak.
Same ol same ol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Naper la dia tak niaga area Taiping or cht jering je....iols pun org cht jering...kalau balik kg tak jumpa pun org jual sayur kg...nk makan pucuk paku bapak iols g petik dlam kebun dia...nk mbeli mcm tak jumpa je org yg jual |
|
|
|
|
|
|
|
Bawak kereta le dik....axia pun ok... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:41 PM
Semoga perniagaan berkembang maju. Go hadek go!
Ritu terbaca acik ni usahakan pandan wangi. Lepas b ...
Ada ye pandan wangi...baru iols tau...mana nak carik ye?igt nak racik2 sempena ramadhon...baru le semerbak serumah... |
|
|
|
|
|
|
|
gila la sanggup ulang alik jauh mcm tu
tak berbaloi langsung
btw laku ye orangnya ehh silap sayurnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|