Bagi saya, kalau dia ada media sosial dan dia muat naik apa-apa yang okay di mata saya tetapi dikecam segelintir netizen, saya okay saja.
Tetapi kalau dia ada media sosial ditambah pula dengan usia dia yang masih muda, saya takut dia ‘post’ benda yang saya rasa tak okay.Budak-budak kan? Kadang-kadang kita tak tahu apa yang diorang buat.
Sekadar info, Linda dan Que Haidar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Ratu dan Cleopatra.
Linda sebelum ini pernah berkahwin kali pertama dan mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.