CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20992|Reply: 139

Kapal Layar

[Copy link]
Post time 10-3-2011 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BabeYSHa at 21-2-2012 14:12

Salam aku sebenarnya dah lama nak cerita tentang kisah ni yang berlaku di Cyberjaya berhadapan Lim Kok Wing University punya main road.Tapi disebabkan lambakan kerja aku pun pending aja cerita aku ni untuk aku share pada forumer semua.Aku rasa tak semua tahu lah tentang perkara paranormal macam ni kat area Cyberjaya dimana ke'angker'annya lebih keras sedikit daripada kawasan W.P Putrajaya.

Kisahnya bermula selepas seorang rakan saya terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Lim Kok Wing University pada 2 tahun yang lepas semasa pulang dari majlis resepsi a.k.a dinner di ampang.He stay at Cyber Crescent near MMU or Cyberia Condo.Ujarnya ketika memandu pulang ke rumah member aku ni drive macam biasa dalam pukul 12.30am dia speed dalam 120 KMj sebab jalan depan Lim Kok Wing tu waktu malam memang lengang.Semasa melepasi junction LKU,dia macam terpandang jalan raya tu bertukar menjadi tasik dan ader aliran seperti sungai manakala terdapat kapal layar kat dalam kawasan yang berair itu.Tanpa disedari kawan aku pun terpaksa berhentikan keretanya secara mengejut atas sebab berasa pelik dan hairan dengan hal ini.

Then lepas daripada tu sedar2 dia kene attend kat hospital Putrajaya kerana kemalangan jalanraya,kereta iswara dia jadi remuk teruk sebab langgar pokok kelapa sawit di tepi jalanraya dia pulak patah paha kanan dan koyak kulitnya dari siku hingga ke bahu sebab tertusuk cermin kereta.Pokok kelapa sawit tu pulak hampir tumbang masa aku pergi tengok selang 3 hari lepas kemalangan.Di pendekkan cerita,kawasan Cyberjaya tu memang 'keras' dan banyak kawasan kediaman mahluk halus.


Walaupun Cyberjaya dibuka dahulu lebih awal dari W.P Putrajaya tapi kita still boleh lihat lagi Cyberjaya masih dikelilingi hutan sawit dan bukit2.Sebahagian kawasan ni a.k.a Air Terentang dan Pulau Meranti ader kampung Orang Asli...ok aku nak sambung keja sikit,nanti aku cerita kisah kedua yang jadi kat member aku kali ni perempuan lokasi yang jadi pun sama kat dalam area Cyberjaya..tunggu ok?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2011 11:48 AM | Show all posts
TT...TT lupe perenggan  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 2# sonata85


Halamak ye ke???sori2..takpa kesah dua nanti saya bikin perenggan..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 11:53 AM | Show all posts
mmg angker..

ramai dh kena....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply 3# ex_klia

yeaa baru best nak bace..
tengkiu TT
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 11:57 AM | Show all posts
dulu ade bdk opis aku yg keja malam accident mati..menurut co driver yg hidup tu, dorang bw laju sbb mmg jalan lurus, tetibe die nmpk selekoh tajam kt depan...padahal sape2 yg familiar yg kawasan tu mmg tau situ jln lurus n sgt lengang je...sbb die "ternampak" jalan tu tetibe selekoh, die terpaksa wat turn scara mendadak tu yg excident lggar tiang lampu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2011 12:05 PM | Show all posts
"diorang" ni suke betul menyakat orang sampai cenggitu sekali.. :@:@
sakat sikit2 udah le ye tak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 12:08 PM | Show all posts
Jalan cyberjaya tu mmg besar & seronok kalo bwk laju... Tapi dia banyak selekoh besar2... kalo jumpe selekoh tu kene paut le stereng.. ikut laluan dia..
Mungkin ramai yg syok sbb jln besar, tu yg bwk laju2...
Biasa area dr limkokwing ke simpang pulau meranti tu yg jln dia berliku2...
Tpkan mende ni pon ader kt mane2..
Dulu kt kilang aku keje kt PJ... atas kilang mcm tmpt letak brg.. ader mamat ni antar brg mlm2... smpai atas jer tgk2 ader sawah padi...?? adaer air, ader org bertani lagi...
sdgkn atas tu simen konkrit mcm tmpt parking...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2011 12:08 PM | Show all posts
Ok kisah yang kedua ni berlaku pada kawan perempuan aku,masa tu aku baru tiba di KLIA pulang dari Las Vegas lepas 11 hari kat sana.Memandangkan dia sepatutnya menjemput aku kt airport tapi terpaksa cancell sebab kereta kemek pada bahagian pintu kiri (passenger)sebab tergesel pada tiang signboard kat jalan depan Lim Kok Wing tu.
Katanya semasa lalu kat jalan depan tu dia nampak ader macam 1 batang pokok kelapa sawit berada betul ditengah2 jalan raya.Tapi hakikatnya jalan raya arah bersebelahan tiada pun pokok sawit.Maka terpaksalah kawan tu elakkan dengan membelok kiri sedikit.Rupa2nya kereta tergesel pada tiang signboard tepi jalanraya rosak pintu dan side mirror.

Pastu besokknya aku tanya kenapa boleh langgar tiang signborad,katanya dia nampak pokok sawit tetibe ader kat tengah2 jalan yang dia lalu tu.Dia tengah speed dan cube elak tapi tibe rasa kereta macam terlanggar benda keras kat bahagian kiri.So kemek lah pintu dan side mirror patah.

Sejak dari peristiwa itu baru aku teringat kata oficemate aku pasal jalan kat Cyberjaya nampak selamat,ikon bandar pintar,tapi secara zahirnya kita taknampak apa yang ada kat dalam Cyberjaya.Banyak stalled projek kat sini sebab faktor lokasi dengan kedaan yang kurang menarik.Tambah2 ader menda angker.

Aku pun pernah gak rasa menda ni masa nak balik umah kat Cyberia..nanti aku citer
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 12:23 PM | Show all posts
terujanya dengar cerita mistik TT....aku dok kat cyberjaya dah 6 tahun sampai skang, tak penah lak jumpa ape2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 12:25 PM | Show all posts
Reply 10# azie_fariza


Oic 6 tahun..tapi ader dengar citer area2 building SME or kawasan Mustapha Kamal Interprenur tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 12:31 PM | Show all posts
Sblm Cyberjaya ujud ni.. kt kt jln lama puchong-dengkil tuh mmg biasa diaorg buang mayat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 12:34 PM | Show all posts
Reply 12# CariKnow

Pasal tu sy tak tau.Masa duk kg Jendram Hulu dulu selalu lalu jalan pi Kg Baru Puchong dan lalu Prang Besar..pastu lalu Cyber masa tu ader kampung rancangan tanah belia atau RTB Air Terentang sbelum ader Cyberjaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 12:57 PM | Show all posts
wow...itu kwn sudah terbuka  hijab....dia dpt lihat alam ghaib la....ke terlelap lalu mimpi...

sapa lagi yg pernah kena,meh citerr....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 01:30 PM | Show all posts
Reply 11# ex_klia


    kt situ mmg tmpt mcm takut sikit...sbb hutan kt situ..kalu pasan semak kt situ, ramai org nmpk bende2 duk mencangkul...tp aku x penah la nmpk..dgr org cite..lg2 pakcik bas DTS tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply  azie_fariza


Oic 6 tahun..tapi ader dengar citer area2 building SME or kawasan Mustapha ...
ex_klia Post at 10-3-2011 12:25



err...aku tak keje sana. aku kat cyberia je sepanjang 6 tahun nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2011 03:59 PM | Show all posts
kawasan kat selekoh nk ke bangunan maybank yang lama arah dari lim kok wing tu pon kerap berlaku eksiden..kawasan tu angker gak ke?
penah jadi kes ader minah tu eksiden kat kawasan tu awal pagi (on da way masuk opis).. keta dier terbabas langgar pokok kat tepi jalan tu, yang sadis nyer dier terlock kat dalam keta,pastu keta tu meletup lalu terbakar and dier tak sempat nak keluar selamatkan diri..ader la saksi yang nampak dier t'kapai2 time tu, tp tak sempat nk selamatkan..

Apakah punca dier eksiden? hanya arwah dan ALLAH saja yang tahu.. Al-fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:20 PM | Show all posts
kawasan kat selekoh nk ke bangunan maybank yang lama arah dari lim kok wing tu pon kerap berlaku eks ...
dHoney Post at 10-3-2011 12:29



   laa ciannya. kalau dia leh kuar waktu tu, mesti selamat...tapi nak wat cemana...dah ajal dia..takkan lewat barang sesaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 04:28 PM | Show all posts
Kadang2 sistem jalan raya kat Cyberjaya ni pun memeningkan kepala.Aku pun kadang2 konpius jugak jalan kat area Cyberjaya esp area Domain or Naz Maju dan Mak Teh punya restoran.Lagi 1 aku fedup dengan forener yang drive kat Cyberjaya biadap sungguh.Memandu tidak beretika pastu sesuka hati aja nak drive masuk sana sini tak bagi signal so pada yang baru kat Cyberjaya berhati2lah di jalanraya kalau bukan sebab paranormal mungkin sebab pemandu yang tak normal memandu di jalan raya kawasan Cyberjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:41 PM | Show all posts
nak tgk gambo kawasan tu...kalo buleh amik malam2...aku tak pnah smpai cyberjaya lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.091260 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list