View: 6841|Reply: 34
|
[Tempatan]
Jurutera hilang 10 hari ditemukan mati dalam kereta
[Copy link]
|
|
Jurutera hilang 10 hari ditemukan mati dalam kereta
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
05 Jun 2024 05:13pmMasa membaca: 4 minit
Muhammad Hamizan yang hilang sejak 10 hari lalu ditemui meninggal dunia dalam kereta miliknya di kawasan parkir depan sebuah premis di Taman Sentosa, Johor Bahru pada Rabu. Gambar kecil: Muhammad Hamizan
JOHOR BAHRU - Seorang jurutera yang hilang sejak lebih 10 hari lalu ditemukan meninggal dunia dalam keretanya di Taman Sentosa di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat Muhammad Hamizan, 33, ditemukan pada jam 11 pagi dalam kereta yang diparkir depan sebuah premis perniagaan.
"Dia dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia dan mayat sudah mula membusuk di tempat duduk pemandu.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kejadian ini tidak melibatkan kemalangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.
Menurut Raub, keluarga mangsa membuat laporan polis berkenaan kehilangan mangsa pada 19 Mei lalu di Kota Tinggi.
Pada 29 Mei lalu, abang mangsa, Muhammad Haziq Ramli, 34, merayu bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat kehilangan adiknya itu.
Muhammad Haziq berkata, adiknya yang bekerja sebagai jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang, kali terakhir dilihat oleh rakan kerja pada petang 18 Mei lalu.
Katanya, Muhammad Hamizan kemudian gagal dihubungi sehingga kini dan difahamkan adiknya itu tidak pergi bekerja dari 19 hingga 22 Mei.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Kalaulah mayat jumpa lebih awal...' - Abang mangsa
Omar Ahmad
[email protected]
MUHAMMAD Hamizan yang dilaporkan hilang, ditemui maut dalam kereta miliknya di Taman Sentosa semalam. FOTO Ihsan keluarga
Johor Bahru: "Saya ada beberapa kali pergi sekitar Johor Bahru untuk mencari adik selepas membuat laporan polis mengenai kehilangannya, tetapi tidak menemuinya," kata Muhammad Haziq Ramli, 34.
Muhammad Haziq adalah abang kepada jurutera tapak, Muhammad Hamizan, 33, yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta miliknya di tempat letak kereta di Taman Sentosa, di sini, semalam.
Menurutnya, keluarga reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu, namun terkilan kerana keadaan mayatnya sudah mereput.
"Mak dan ayah pasrah serta reda, tapi dalam masa sama masih terkejut. Ayah ada sakit jantung, tak tidur semalaman selepas dapat berita (kematian adik) itu sebab dijumpai terlalu lewat sangat.
"Saya rasa terkilan juga, sepatutnya kes hilang ini ada pihak yang ambil serius. Kalau dapat jumpa lebih awal, walaupun sudah tiada (tidak bernyawa), keadaan mayat itu mungkin lebih elok," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurut Muhammad Haziq, arwah adiknya pergi bekerja seperti biasa sebelum gagal dihubungi.
Katanya, dalam tempoh kehilangan adiknya kira-kira tiga minggu sejak 19 Mei lalu, dia ada cuba mengesan arwah dengan mencari sekitar Bandar Penawar dan Johor Bahru.
"Saya difahamkan arwah memang ada kenalan di kawasan sekitar Johor Bahru, tetapi tidak pasti siapa yang dia jumpa pada Sabtu malam Ahad itu.
"Setakat yang saya tahu, dia memang tiada penyakit kronik, tambahan pula kerjayanya sebagai jurutera tapak. Saya rasa profesion ini memerlukan seorang yang sihat untuk sentiasa berada di tapak.
"Arwah juga tiada masalah kewangan dan dalam pengetahuan kami, dia tidak pernah membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berdaftar. Kalau ada pinjaman pun, dengan pihak yang berdaftar seperti bank.
"Arwah baik, dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga dan mudah dihubungi sebelum kehilangannya," katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 4, Kota Tinggi, malam tadi.
Semalam, misteri kehilangan Muhammad Hamizan terungkai selepas lelaki itu ditemukan meninggal dunia dalam kereta miliknya di Taman Sentosa, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dipetik berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 11 pagi dalam keadaan sudah membusuk.
Terdahulu, pada 28 Mei lalu media melaporkan seorang abang meminta bantuan orang ramai agar memaklumkan kepada balai polis sekiranya mempunyai maklumat berikutan kehilangan adiknya sejak 19 Mei lalu bersama kereta Saga FLX berwarna merah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahu. Makin byk case mcm ni. Dulu unheard of of. Mati mengejut byk. Muda lagi..moga termasuk golongan org2 soleh..Ameen |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..10 hari tu mayat dah reput berulat pun kan...jgnla beli kereta second |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 6-6-2024 01:44 PM
Innalillah..10 hari tu mayat dah reput berulat pun kan...jgnla beli kereta second
Tu la kan..lgpun kete second skrg ni Tkt nk bl sebab banyak terendam banjir sblm ni...dia org kadang-kadang jual kat negeri lain |
|
|
|
|
|
|
|
Allah.. dah meninggal rupanya dia.. patutlah tak balik...
Innalillahi wainna ilaihi rijiuun
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu |
|
|
|
|
|
|
|
10 hari kat tmpt tu. bukan ke lot2 kedai kat situ. takkan takder yg perasan |
|
|
|
|
|
|
|
sagiman91 replied at 6-6-2024 02:45 PM
10 hari kat tmpt tu. bukan ke lot2 kedai kat situ. takkan takder yg perasan
Kalau dia tidur.. turunkan seat..org tak pasan |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rijiuun
Makin banyak kes mati mengejut lately. Harap dijauhkan pd org2 yg aiol kenal. Sayu hati kalau benda ni terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga.
Aku br je berharap supaya arwah ditemui bukan ditemukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa kalau meninggal dlm keta dlm keadaan baring, keracunan carbon monoxide. |
|
|
|
|
|
|
|
Situ kawasan parking berkupon. Xkan sorang xperasan. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang 10 hari. Tapi katanya baru meninggal 3 hari. But still, mayat dah start mereput.
Salam takziah buat keluarga arwah.
Tanyalah khabar berita pada family atau kawan yang single. Jangan ler dah 10 hari baru nak cariii |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah
teringat gambo yg jumpa mayat cina dlm vios baru2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Taman pelangi...
Kawasan agak sibuk
Kereta park depan kedai
Mustahil org lalu lalang tak perasan
Mesti ada bau
Lg pun tmn pelangi kawasan Bangsa C yg ramai
Anjing2 byk keliar2
|
|
|
|
|
|
|
|
samada heart attack atau tertido dlm keta lupe bukak tgkp |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya pbt dorang tak datang check parking.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mcm ni takleh post mortem dah sbb dh reput ? So cmna polis nk ckp cause of death ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|