View: 8548|Reply: 110
|
[Jenayah]
‘Tak patut dedah Miza Ozawa hidap HIV’
[Copy link]
|
|
‘Tak patut dedah Miza Ozawa hidap HIV’
Oleh KOSMO!
23 Jun 2024, 3:49 pm
Siti Amiza ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, Selangor hari ini.
PETALING JAYA – Pendedahan status kesihatan Miza Ozawa ekoran aktiviti persundalan menimbulkan perbalahan antara pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai isu yang sensitif.
Segelintir daripada mereka berpandangan bahawa perkara itu tidak wajar didedahkan kepada orang awam apatah lagi wanita berusia 27 tahun tersebut hamil enam bulan.
Menurut seorang wanita dikenali sebagai Rania, lazimnya, individu yang menghidapi penyakit HIV sering kali di diskriminasikan daripada segala aspek kehidupan.
“Majoriti masih rasa jijik dengan mereka yang hidup dengan HIV. Walaupun dia disabitkan dengan kesalah sebegitu, tak sepatutnya status HIV dia diletakkan di bawah ‘spotlight’ (perhatian).
“Lihat sahaja komen masyarakat, semua fokus kepada HIV. Siap cadang siapa yang pernah langgan (Miza) untuk pergi ‘check up’ (pemeriksaan),” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Miza Ozawa atau nama sebenar, Siti Amiza Baharuddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan mencari langganan dalam aktiviti persundalan.
Berikutan pendedahan tersebut, Rania turut mempersoalkan bagaimana wanita itu mahu berhadapan dengan masyarakat selepas ini.
“Apa tanggapan masyarakat kepadanya dan anak yang bakal dilahirkan olehnya akan menanggung beban malu yang tidak berpenghujung,” jelasnya.
Sementara itu, seorang pengguna lelaki dikenali sebagai Hazy berkata, laporan mengenai status kesihatan Miza Ozawa adalah sesuatu yang tidak beretika.
“Individu (dark side) kena tangkap siap media sebarkan status HIV dia kenapa? Dia hamil itu bolehlah sebab perut dah besar tak boleh sorok.
“Tetapi status HIV itu, maklumat kesihatan ini sensitif. Punyalah ‘unethical media reporting’ (laporan tidak beretika),” katanya di laman media sosial X.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut yang mengundang pelbagai respons turut menerima bantahan daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju.
“Kalau info tak dilaporkan, berapa banyak lelaki dekat luar sana yang ambil servis dia tapi tak tahu dah berjangkit. Kemudian bawa balik ke anak isteri,” kata Agraban.
“Dia tawarkan servis yang mendatangkan penyakit. Kenapa nak tutup? Lainlan kalau kena tangkap mencuri, media sebarkan ada HIV,” ujar Shaaedah.
Berdasarkan modus operandi dia, memang wajib dedahkan. Kesian pula isteri-isteri di luar sana tak bersalah tiba-tiba dapat HIV sebab suami langgan perempuan lain,” jelas Ikram. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg hady ni nk sensitif sgt dh nape? |
|
|
|
|
|
|
|
ada pros and cons dlm penyebaran kes sheols ni...
pros bila org tau so org xkan terlibat unhealth activities ngan sheols
cons bila org x tau which laki hidung belang ni semua akan mendpt jgk lah...so apa jua tindakan ko nk mkn luar ka apa so kena pikir ribuan kali... bila jadik sesuatu korang pun akan tanggung risiko... cuma bg iols sila dedahkan mrk2 yg terlibat dlm aktiviti tu sekali bkn dia seorg je.. dan bini2 tu semua jgn laaa fikir laki korg tu spesis laki persis laki di sorga gituh... kalo ko tau dia mkn luar korang yg kena blah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyohmakk betul lah tu media report.
Kena reveal.
Sape penah pakai sila pi check up cepat.
So boleh proceed next apa nak buat kalau +ve.
Motip kau nak tutup fakta dia kena HIV atas nama sensitivity?
Fikirlah jugak sape yg penah pakai dia kalau tak tau dia ada HIV, dah aniaya orang lain pulak.
Kalau bukan bini, dia dah pakai Miza, pastu dia pi cari ciki lain lak, elok2 ciki tu takde HIV tetiba dapat pulak.
Eh vangangs. |
|
|
|
|
|
|
|
Melibatkan masyarakat umum kot...kot pelanggan tu tatau...mmm bukan takat pelanggan tu..anak bini semua yg tak bersalah dpt sakit...skang ini agak2 berapa rsmai yg kena hiv dr miza ozawa ni?
And lg 1... kementerian fahmi fadzil takleh buat apa ke dgn socmed lg ni?kalo yg tak sehaluan dgn dia boleh sekat...yg melibstkan kepentingan awam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yg lelaki komen lagi rasional
cikki2 ni lak yg triggered media tak beretika bagai
ini puak2 yg nanti bila si polan mati sibuk suh cari gambo2 yg bertutup litup
padahal semasa hayatnya menjalankan activity tak beretika juga
ate? |
|
|
|
|
|
|
|
Kita semua geli dgn kegiatan dia..dl kumain berlagak dlm sosmec kegiatan dia ..tulis terang2gan mcm tu ..biar jdkan pengajaran pd yg lain... ms dia bt keje tu tayang barang kemas,tayang benda x sepatutnye,tkt budak2 muda yg nak senang singkat ikut pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib wartawan tak letak list nama pelanggan2 MO suruh pergi klinik kesihatan berdekatan untuk ujian HIV |
|
|
|
|
|
|
|
Sundel n jantan celup2 memang sial la. Makin ba yak innocent people dapat HIV. Tu anak dia dalam perut tu tak pepasal HIV+ |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebenarnya, semua yang dah pernah cucuk vaksin covid-19, semuanya dah kena HIV positif |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg teranaya directly ampa nak p berubat claim dgn hazy ni. Dpt anak hiv bagi kat dia suruh dia jaga |
|
|
|
|
|
|
|
miya ozawa ini ada iklan yang tersebar luas dimedia sosial.. berita penangkapan juga akan meluas sama spt dady ash..
manakala perkara dia ada hiv dan ditulis dalam berita siap highight dalam tajuk ini perkara baru bagi media malaysia.. dari sisi etika perubatan ianya salah, tetapi media barangkali berfikir kes dia ni spesial dan perlu diumumkan..
pendapat aku.. aku pun tak boleh buat keputusan nak side mana... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bagus acah baik pulak si rania dgn hazy ni.. kau igt miza tu reti malu ke? Biadap pompuan ni, brapa kali dah kena tegur, buat xtau relax je tayang muka telanjang bugil bagai. Cash la kena hiv. Xpayah nak bekap sgt org mcm ni.
bakal anak dia tu org xkan tau identiti la.. xyah risau la.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la didedahkan supaya masyarakat blh amik iktibar
jantan2 yg suka mencelup benda haram korang tanggung la sendiri jgn nak sebarkan pada org yg tak bersalah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Patut keluarkan list semua pelanggan. Pura2 tak sengaja leak. Baru ada akai |
|
|
|
|
|
|
|
Court document ni accessible to public kan? Apa yang tak beretika nya? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang perlu diwar warkan dia ada his, pelanggan dia pasti ramai, mungkin mereka tidak tahu pun mereka ada hiv dan kalau pelanggan ada yang ada isteri lagi lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo x Tau dia ada hiv time bersalin nant Naya plk nurse Dan Dr kat sana berjangkit drp darah. Jgn buat main penyakit ni wei. X da ubat |
|
|
|
|
|
|
|
benda sundal mcm ni pun nak sorok, makin galak la org menyundal |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu banyak cerita2 seperti menyundal, curang, bertukar2 pasangan walaupun dah bersuami isteri, zina terang2an, seks beramai2 dsbgnya berlaku di media sekarang ni, di kalangan orang Melayu dan berugama islam pulak tu.
Bagi orang yg pentingkan moral atau agama, mungkin tahu negatifnya. Tapi yg lain nampak akan keseronokan dan nikmat aja. Silap2 mahu try juga.
Telah tiba masanya keburukan dan akibat buruk perbuatan maksiat diwar2kan di media. Bukan setakat HIV, kalau kena siplis, herpes ka, patut war2kan sama.. tunjuk gambar2nya sekali.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|