CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 29357|Reply: 43

[Tempatan] Gara gara mempunyai cukai tertunggak dengan LHDN,lelaki hampir terlepas penerbangan.Minta LHDN bukan kaunter di KLIA

[Copy link]
Post time 1-10-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-10-2024 08:44 AM

suaramerdeka.com.my/the-real-running-man/

Bagaimanapun pada satu hari, ketika aku ke masjid dan mendengar kuliah Maghrib, ustaz bertanya dalam khariah ini siapa yang telah menunaikan umrah? Tentulah yang sudah menunaikan umrah, tidak akan mengangkat tangan, namun bagi aku yang sibuk nak ke Korea, terasa bagaikan ditampar ustaz dan tersandar dibuatnya.



Pulang ke rumah aku menceritakan kejadian tersebut kepada isteriku. Dan kami bersetuju menukar rancangan untuk menunaikan umrah. Bajet ke Korea sekitar RM20,000, tetapi untuk menunaikan umrah, kosnya sekali ganda

Nak dijadikan cerita selepas selesai minum segelas Latte Ais di Richiamo Coffee KLIA2, kami pun bergerak ke balai berlepas bermula dengan mencetak tiket, masukkan beg secara sendiri tanpa dibantu kakitangan AirAsia. Semuanya berjalan lancar. Aku lega. Ketika inilah sesuatu yang tidak diduga berlaku. Ketika masuk ke pintu automatik imigresen, timbul amaran supaya aku ke kaunter imigresen.

Jam ditangan menunjukkan ada satu jam setengah lagi untuk berlepas. Aku cuba menenangkan diri dengan memberitahu diriku, paling buruk boleh berlaku aku masuk lokap dan tidak terbang ke luar negara. Namun anak isteri tetap akan terbang kerana segalanya sudah diatur.

Apabila tiba di kaunter imigresen, aku dimaklumkan telah disekat ke luar negara kerana masalah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Aku dikehendaki membayar 50 peratus jumlah cukai tertunggak. Bayar bukan masalah, tetapi bagaimana?

Lalu kakitangan Imigresen yang baik hati telah mengajar ku. Cuba hubungi mana-mana pejabat Hasil tak kira negeri mana, dan jika dapat bercakap dengan pegawai bertugas, dia akan bantu aku membuat bayaran secara dalam talian dan mengeluarkan surat pelepasan untuk 30 hari ke luar negara. Dalam otak kartun ku, baik aku hubungi Lembaga Hasil di Perlis kerana penduduknya hanya ada lapan orang. Tenyata nombor telefon bimbit yang tertera telah disekat daripada menerima panggilan. Mungkin kerana ramai berfikiran seperti aku, telefon berkenaan sentiasa dihujani panggilan.

Anak dan isteriku turut membantu “memburu” panggilan. Tiba-tiba anak bongsuku beritahu; “Dapat ayah!”. Aku tengok cawangan Kelantan. Pegawai berkenaan pun gigih membantu. Sehinggalah aku dapat perlepasan sementara untuk “terbang”.

Masalahnya kini hanya tinggal 30 minit untuk pesawat berlepas. Sebelum aku, sudah ada pasangan yang terlepas penerbangan kerana isu sedemikian.

Isteriku yang ada masalah semput telah bergerak lebih awal ke pagar berlepas. Aku tidak mahu dia kelam-kabut dan jadi satu lagi kisah

Kini tinggal aku dan ditemani anak perempuan. Anak aku bergegas laju, tinggal aku dibelakang kerana sakit kaki akibat ditokak saka belaan kawan. Walaupun dalam proses rawatan ia tidak sembuh segera.

Sebaik aku sampai di pintu pelepasan, aku terdengar “Panggilan terakhir untuk ke Incheon”. Lega sempat juga aku mencecahkan kaki ke dalam pesawat.

Lega sebab aku berjaya menunaikan janji yang tertangguh lama. Melancong ke Korea bukan satu perkara baharu bagiku kerana bergelar wartawan Utusan aku sudah beberapa kali ke sana. Daripada orang Korea berwajah totok dan tidak pandai berbahasa inggeris hinggalah dewasa ini.

Dan mungkin sudah tiba masanya LHDN juga ada kaunter di kedua-dua terminal KLIA, bagi memudahkan urusan para pembayar cukai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko pun bodoh tak cek dulu ada sekatan ke tidak cukai dah bayar ke belum. Bukak pekung je buat status di medsos.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya dia pegi umrah ke korea?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:41 AM | Show all posts
ceh... "bayaran bukan masalah"

sombong giler ayat... dah dia tak cerdik. dah tahu nak keluar negara, tak cek siap2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:46 AM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 1-10-2024 08:48 AM

species mencanang kebodohan sendiri

ni lah dia sedhage sedaghee

elok pun lhdn sekat je call utk yg kena sekat kat imi tu.. most species tak sedar diri.. tax and death tu mmg tak leh lari laaa kut mana pun.. angpa mampoih pun surat lhdn sampai jugak nokksss

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak install apps mytax ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 08:58 AM | Show all posts
poyo lah kau! tak kuasa LHDN nak layan request kau. bayar cukai tanggungjawab rakyat!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:58 AM | Show all posts
daripada cerita beliaw....iol suspect dia ni dari set t20 baru nak up gitewwww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Gisb ada aset 300 juta,elok je CEO terbang sana sini tk bayar cukai
Ni lebih kepada masalah xde org dlm..bukan masalah kaunter bagai
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:07 AM | Show all posts
ini lah akibatnya bila si bodoh dari kelas belakang merasa berduit sikit

takde masa lhdn nak bukak kaunter di klia semata2 nak layan spesis bodoh macam kau
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:17 AM | Show all posts
lahhh mmg taktau malu canang kelalaian diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Baper cukai sampai kena tahan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:29 AM | Show all posts
Jap, konon2 insaf nk gi umrah, tp penerbangan ke Incheon.
Ke aku yang pening ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:32 AM | Show all posts
biasanya kalau satu2 perkara tu kita jarang2 buat.. mmg kita akan google satu2 steps yg perlu.
First time aku ke Korea, segala tok nenek steps buat. Prepare.. lagi2 pulak banyak je kes kena hantar balik walau dah sampai Korea..

antara benda kena check ni mmg kebenaran ke luar negara.. pastu apply K-ETA, buat Q-code.. itinerary, eh mcm2 la.. maklumla.. tak pernah kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:39 AM | Show all posts
siapa yang culas bayar cukai kastam pun tak terlepas dengan perkara ni ya. Sila check status perjalanan anda kat sini - https://sspi.imi.gov.my/SSPI/
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:47 AM | Show all posts
dey da ada duit gi obersea why tak byr cukai siap2? ko nk wat apa buka konter lhdn kat KLIA nk derang ngankang? org pi settle payment tertunggak kat situ? haihh more to nk bragg ada duit la tu byr cuti byr tax on the spot ceh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 09:56 AM | Show all posts
hasanah ke hapa ni..kau punya masalah lhdn plak nak kena letak kauter..yiih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 10:00 AM | Show all posts
apa ig or tiktok dia...biasa acik2 main FB...

meh nak starlight dahi dia jap

dasar belagak sungguh ko yer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 1-10-2024 09:29 AM
Jap, konon2 insaf nk gi umrah, tp penerbangan ke Incheon.
Ke aku yang pening ni

Kan? Tp tu wartawan katanya, patutnya clear laa apa dia tulis. Awal2 tulis mcm x jd gi korea sbb insof & tukar gi umrah. Alih2 kat airport, ke korea katanya. Apa yg dia nk ckp sbnrnya selain tunjuk bodoh x check lps gi obesi ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 10:22 AM | Show all posts
Jenis spesis kalau bersembang tak nak jatuh, kalau bayar bukan masalah kenapa nama kau disekat ke luar negara?? Itu pun dah jelas menunjukkan yang kau ada masalah untuk membayarnya.

Cuma aku tak faham dia kemana sebenarnya? Ke Korea tengok orang Korea berwajah totok yang dikutuknya atau ke umrah yang kosnya sekali ganda itu? Kat FB dok annyeong bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.599542 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list