View: 37476|Reply: 33
|
Buka Aib Suka Main Judi, Shuib Akui Kesal Dan Mohon Maaf - "Saya Juga Sedar Kadang-Kadang Niat Tidak Menghalalkan Cara"
[Copy link]
|
|
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, berkata, walaupun perkongsian yang dibuat bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai, tetapi kisah membuka aib tidak seeloknya didedahkan secara terbuka.
"Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.
"Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.
"Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shuib, walaupun dikecam hebat oleh netizen kerana perkongsiannya itu dikatakan membuka aib sendiri sedangkan selama ini Allah menutup aib dirinya, namun Shuib berharap orang ramai dapat menonton podcast Dol's Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie sebelum menghukum dirinya.
"Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.
"Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.
"Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.
"Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan 'peringatan' supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran," katanya.
Sebelum ini, Shuib membuat pendedahan menerusi sesi podcast Dol's Podcast bahawa dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.
Kongsi Shuib, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000.
Sejak kejadian itu, Shuib akui bertekad meninggalkan tabiat bermain judi.
Sumber: Harian Metro
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
lenkali ingat ko tu ada anak2___ipar duai mertua bagai_ ceriter2 basi ko tu bakal diingati sampai anak cucu. bodow tu simpan sket....org yg last nurtizen nk ambik iktibar adalah org yg culas kwsp menindas propa cam ko ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tahap bodoh tapi low level punya ilmu agama, masa kelas pendidikan islam dulu tido ke? Dah jahil, bengap pula rupa pun tiada. Macamana arwah sarah sabar hadap dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
dh setel ke dia ni gaji n kwsp pekerja. still kua FYP kat TT lagi pasal gaji ni. Skt hati lak baca jawapan dia pasal gaji tu. berapa jela gaji pekerja dia ni nak dibanding kan mewah2 yg ditayang |
|
|
|
|
|
|
|
sikit lagi menonggang memori arwah bini la nak mencuci imej |
|
|
|
|
|
|
|
Tetap juga rasa diri tu betul. Ikut suka kau lah. |
|
|
|
|
|
|
|
bila mulut lagi laju daripada otak..gini la kejadiannya |
|
|
|
|
|
|
|
"Kadang kadang niat tidak menghalalkan cara"
Mana ada perkataan "kadang kadang"!
Wei kalo jahil tu jgn bangga menunjuk kat org la..
|
|
|
|
|
|
|
|
patot la muka takdak nurr
baru2 ni ada klua citer pasal kampeni tea pemes yg dulu tak bayau kwsp, now tak bayau gaji since may pulak dahhhhhhhhh
adakah bublevavee si shamigah ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu tulis.
Ignorant does not make you innocent.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni zaman bukak aib sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
baru semlm iols komen kata berlumba anak branak ni punya thread..memula watek reno idung 6x..kes tak bayar epf staff...pastu dia lak ngaku taik judi..tetiba timbul crita anak pompuan dia pernah hilang kat bukit bintang ke mana..ni arini kes mulut lagi laju dari otak..esok lusa apa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan orang ingat soeb ni memang ujud...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut la kena maki ngan jep. Jenis tak berfikir dia ni.
KWSP staff sangkut
Lawak aksi lucah
Skodeng seluar bini
Announced anak perempuan period |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat satu masa dahulu mak backup anak. Sedih anak kena bahan. Kali ni tak nak backup ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Benak ubi,, mcm gila publisiti |
|
|
|
|
|
|
|
beza org bodoh dan org educated bila bkk mulut
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari otak mana dulu sebelum bercakap ye ib |
|
|
|
|
|
|
| |
|