CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54224|Reply: 153

[Jenayah] Tersontot! XFOX diserbu Bank Negara

[Copy link]
Post time 31-7-2024 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 2-8-2024 08:49 PM


"Tindakan penguatkuasaan bersama diambil terhadap XFOX Market Sdn Bhd dan beberapa entiti lain kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.


Kuala Lumpur: Pelbagai barangan mewah dan 92 akaun bank membabitkan nilai lebih RM30 juta milik syarikat pelaburan yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan dirampas serta disita Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM menerusi kenyataan memaklumkan, rampasan dan sitaan dibuat hasil operasi bersepadu yang dijalankan di 12 premis sekitar Lembah Klang, sejak semalam.

Menurutnya, serbuan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); CyberSecurity Malaysia (CSM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

"Dalam serbuan itu, pelbagai dokumen dan barangan berkaitan yang diperlukan bagi membantu siasatan dirampas. Turut dirampas pelbagai aset terdiri daripada emas, wang tunai berjumlah lebih RM4.85 juta termasuk mata wang asing, mata wang kripto, kenderaan dan barangan mewah.

Selain itu, 92 akaun bank berjumlah RM25.4 juta dan peti simpanan dibekukan," kata kenyataan itu.

BNM berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; Seksyen 112 dan 113 Akta Cukai Pendapatan 1967; Seksyen 27B Akta Skim Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Katanya, operasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan antara agensi untuk memerangi jenayah kewangan di Malaysia.

Justeru, BNM menggesa orang ramai untuk berwaspada dan melabur dengan entiti berlesen atau berdaftar dengan pihak berkaitan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati mengenai peluang pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi terutama di media sosial, e-mel atau telefon pintar.

Sebarang aktiviti mencurigakan itu boleh dilaporkan menerusi Pusat Panggilan BNMLink di talian 1-300-88-5465 atau eLink bnm.gov.my atau KPDN di 1-800-886-800 atau eaduan.kpdn.gov.my atau Suruhanjaya Sekuriti di talian 03-62048999 atau [email protected].

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebuah syarikat pelaburan yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan diserbu oleh pihak berkuasa dan pelbagai kenderaan mewah dirampas.

Difahamkan, serbuan oleh pasukan KPDN serta BNM itu dijalankan di pejabat serta kediaman pemilik syarikat di Subang, Selangor.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/07/1117365/barangan-mewah-92-akaun-bank-babitkan-nilai-lebih-rm30-juta-disita-bnm



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar cerita kawan2 i, sorang habis rugi rm100k investment scam.. sorang dpt untung lebih 50% drpd investment sampai holiday oversea berbulan bulan.

Moral of the story, investment high risk-high return (yg dijanjikan) mcm gambling la jugak agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 09:55 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 1-8-2024 08:15 AM
Dengar cerita kawan2 i, sorang habis rugi rm100k investment scam.. sorang dpt untung lebih 50% drpd  ...

Mujur taknah join XFOX nih.. Harapnya tolong turunkan iklan-iklan macam ini dalam semua medsos macam di bawah: -












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
PART 1: SALAM KENAL & FAKTA MENARIK XFOX

FAKTA 1: Menurut dokumen dari SSM, xFox didaftarkan dengan nama xFox Market Sdn Bhd pada 12 Nov 2021

COMMENT PW:  Bermakna usia syarikat baru capai 2 tahun lebih. Tiada laporan kewangan lagi untuk tahun kewangan 2021. Listen Idiyet, prestasi syarikat ini belum jelas dan belum dapat dibuktikan. Namun ramai sangat yang “percaya” kepada “keupayaan” syarikat ini untuk menjana keuntungan yang konsistent dan syarikat menjanjikan untung yang lumayan. Ciri-ciri skim ponzi detected!

FAKTA 2: Jenis bisnes dalam sijil SSM adalah: “Other retail sale not in stores, stalls or markets N.E.C.; hypermarket; other management consultancy activities N.E.C” atau “Jualan runcit lain bukan di kedai, gerai atau pasar N.E.C.; pasar raya besar; aktiviti perundingan pengurusan lain N.E.C.”

COMMENT PW: Daftar lain, operasi perniagaan yang dipromosikan lain. Dalam slides xFox Up to Date BM jenis bisnes ialah “Aset digital - digital currency, crypto, gold trading” dan “Fizikal bisnes – Sue & Tuya Shellaut, Xfox Construction, Kelas trading, Xfox Mart, Xfox Gold & Jewelry.” Tu belum PW londehkan apa yang dicanangkan dalam telegram mereka, boleh pening pitam macam baru main roller coaster. Nak comment panjang pun takada guna sebab jelas penipuan disini sedang berlaku. Buang tenaga min je nak explain!

FAKTA 3: Dalam Telegram xFox FAQs bertarikh 12 May 2022, ia menyebut “Q: Adakah instrumen XFOX ini halal / patuh syariah?
A: Jangan risau. Sememangnya platform XFOX dijamin halal dan patuh syariah. Tidak terlibat dengan sebarang unsur haram di sisi syarak.”

Dalam Telegram xFox Market Trust bertarikh 19 Okt 2022, xFox mendakwa bisnes mereka tiada unsur2 riba, judi, gharar dan jual-beli haram, dan oleh itu patuh syariah.

COMMENT PW: Kau buat statement lepas minum ketum ke? patuh syariah apa kalau dah terlibat dalam urusan jual beli melalui platform MT4 yang guna kontrak CFD yang nyata ada riba, judi dan gharar. xFox juga terlibat dengan riba kerana menjanjikan keuntungan dan adalah jelas beberapa perniagaan mereka tidak patuh undang-undang kerana terlibat dengan pengambilan deposit dll. Bisnes xFox pun tidak menentu yang mana satu, ini pastinya gharar yang dilarang. Lagi satu, Penasihat Syariah dah ada ke?

Cukuplah 3 fakta menarik untuk difahamkan, kalau tulis panjang-panjang dan terlalu ilmiah takut terus tersontot. Corak dan jalan cerita scammer ni sama, cuma level idiyet dan kebijaksanaan mangsa je dapat selamatkan diri masing-masing.

-Hit Hard Hit Often-

Sumber: Saadiah MA
Sumber Video: tiktok @ cikgumisai
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku mana2 skim yg terang2 red flag aku pangkah
1. Menjanjikan pulangan serendah xxx%. Ko buat pelaburan kat mana pon ada risiko untuk tak x untung, itu kenyataan
2. Bila orang atas menayang kemewahan untuk tarik rakyat kelas tengah/bawah melebur.
3. Bila ejen mula guna sentimen agama & keluarga untuk tarik orang.

Zaman mak2 kita dulu xde sosial media jadi kesedaran tu kurang. Yang zaman sekarang ni terjebak bukan sebab xde kesedaran tapi sebab tamak & bodoh sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 04:21 PM | Show all posts
ramai jeh kenalan iols ajak join xfox ni... tapi bila iols tau dpt hibah daily tu terus iols tak percaya... ko tutup akaun hari2 kira untung rugi ke? org buat saham koperasi pun kira dividen tahun lepas, ujung tahun berikutnya baru boleh withdraw... dah kalau hari2 kira untung rugi gini baik ko masuk bursa malaysia je... choiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 1-8-2024 03:55 PM
Uwekkk.. kepitnya kauuu. geli tekak menengoknya

Top leader ni
Nama dia cikgu misai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
pondan mana pulak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 31-7-2024 09:46 PM
pondan mana pulak ni

Itu lah muka mcm mintk penampar
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondan sesat mana pulak ni? Sib baik biru muda. Bukan biru jenglot gundu olimpik paris.


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Degenerate.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 31-7-2024 09:46 PM
pondan mana pulak ni

Posing pun mengundang...
Dgn handbag nya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mak oi posing begitu
kau pikir kau tyra banks???

tak selera nak menyerahkan duit kalau begitu modelnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 31-7-2024 10:15 PM
Posing pun mengundang...
Dgn handbag nya

handbag dengan suit macam beli kat sopi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 31-7-2024 10:21 PM

Ha ada pun thread ni
Iols tak sangka secepat ni tp kesian kat sedara mara kalau dh kena AMLA takleh wat pe la duit mmg takleh wat kuar dah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 31-7-2024 09:49 PM

Cikgu misai ni baru balik haji
Maybe dia berdoa nak rezeku yg halal
Jd ni lah yg terjadi, sudah2 la terlibat ngn peleburan yg berunsurkan syubhah dan riba ni
Keje la cari rezeki yang halal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu!
Konon jeling menggoda lettew!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah apa2 posternya tu. Aura pondan terlalu kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-7-2024 10:21 PM
Cikgu misai ni baru balik haji
Maybe dia berdoa nak rezeku yg halal
Jd ni lah yg terjadi, sudah2 l ...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Xfox ni pebenda? Kelab tabungan pondan pondan bottem ka?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa...biar scammer running setahun dua...pastu raid,angkat semua harta jadi khazanah bmn..bijak...bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 31-7-2024 10:51 PM
Macam biasa...biar scammer running setahun dua...pastu raid,angkat semua harta jadi khazanah bmn..bi ...

Dia dah warning dh sejak tahun lepas terpulang pada pelebur la nk join ke tidak
So salahkan diri memasing yg cuma dengor kata leader je

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-7-2024 10:19 PM
Ha ada pun thread ni
Iols tak sangka secepat ni tp kesian kat sedara mara kalau dh kena AMLA takleh  ...

langsung takkan dapat dah ke duit pelabur
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 31-7-2024 11:29 PM
langsung takkan dapat dah ke duit pelabur

Kalau baca status kat page rasmi dorang tu mcm masih menjanjikan bulan bintang
Seolah2 ni sementara utk siasatan jer


Ala apa2 hal pun nnt dorang leh salahkan BNM jela sbb dah sita duit tu so takley la nk bg kat mangsa2.
Selagi org melayu ketagih kena tipu. Skim gini akan muncul lagi dan lagi walau dah kena ambush pun.
Dan org yg sama juga akan melebur lagi.
Dorang ni siap menaja program astro lagi, taktau tu apa cite tak kena beku gak ke.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun siapa gerangan lelaki ittew
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 31-7-2024 10:45 PM

Tak kena pakai baju oren ke ceo dia yg datuk pelesu ni kan.

Iols rasa susah gak nk berkubur xpox ni takat ni ahli2 masih kata ni semua pitnah siap marah2 org lagi

Dorang bengang gila ngn PW yelaa dah tak memasal duit sangkut kan
Bila la nak insaf, cari rezeki halal la weh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.273202 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list