CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22393|Reply: 45

[Tempatan] Asyraf Wajdi setuju UPSR dikembalikan

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Asyraf Wajdi setuju UPSR dikembalikan
www.sinarharian.com.my
Oleh
AISYAH BASARUDDIN
16 September 2024



SHAH ALAM - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) patut dikembalikan kerana dengan adanya sistem penilaian berpusat, keupayaan sebenar pelajar dapat diukur sebelum melangkah ke peringkat menengah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan tersebut kerana berdasarkan pengalaman, terdapat penurunan drastik dari segi pencapaian Ujian Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM MRSM) selepas UPSR dimansuhkan.

Menurutnya, beliau cuba melakukan intervensi dengan mengadakan bengkel khas dan tuisyen percuma kepada pelajar luar bandar serta golongan berpendapatan rendah melalui Yayasan Pelajaran Mara.

“Saya amat setuju UPSR dikembalikan, perlu ada sistem penilaian berpusat dan terselaras agar dapat mengukur keupayaan sebenar pelajar sebelum ke peringkat menengah.

“Pengalaman di Mara apabila UPSR dimansuhkan, dapat lihat penurunan drastik pencapaian UKKM terutamanya bagi pelajar luar bandar dan yang berpendapatan rendah.

“Sebab itulah apabila diamanahkan menjadi pengerusi Mara, saya cuba melakukan intervensi bagi memastikan pelajar miskin dan daif luar bandar menjawab UKKM dengan baik serta berjaya masuk ke MRSM,“ katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Anuar Ahmad tentang kepentingan mengembalikan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Pada November tahun lalu, Asyraf Wajdi pernah menyuarakan hasrat sama kerana sekiranya tiada sistem penilaian berpusat seperti UPSR, keupayaan dan potensi pelajar sukar untuk dinilai.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, ujian tersebut tidak akan dikembalikan walaupun ada permintaan daripada ibu bapa yang menjadikannya sebagai penanda aras pencapaian anak masing-masing.

Hal ini kerana menurutnya, tumpuan ketika ini terarah kepada pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.


Untuk rekod, peperiksaan bagi murid Tahun Enam tersebut diperkenalkan pada 1998 dan dimansuhkan sekitar April 2021 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin susulan pandemik Covid-19.



Single Polls, Total 48 Users voted

Poll is finished

97.92% (47)
2.08% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2024 04:27 PM | Show all posts
Terserahlah kepada YBM, KPM dan kerajaan buat keputusan yang terbaik - Mazslee
Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]
September 17, 2024


Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. - Foto fail NSTP


KLUANG: Terserah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan untuk membuat keputusan yang terbaik berhubung cadangan mewujudkan semula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, berkata, mereka lebih faham dan tahu keadaan terkini pendidikan negara.


"Saya ini bukan sesiapa pun dalam ranah pendidikan hari ini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, biarlah insan hina di pinggiran ini mendiamkan diri dan bergelut dalam ruang yang lain untuk berbakti kepada negara

"Pada 2023, KPM melalui YB Menteri Fadhlina menegaskan bahawa KPM tidak berhasrat untuk menghidupkan UPSR dan bertegas dengan keputusan yang telah dibuat oleh KPM tahun 2021.


"Mutakhir pula, setelah TPM, (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) menyuarakan agar UPSR dihidupkan semula, KPM melakukan u-turn dan berjanji akan bawa usul itu t ke mesyuarat kabinet.," kata bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dalam nada seakan kecewa dengan cadangan itu.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dasar pendidikan berhubung peperiksaan bagi pelajar Tahun Enam dan Tingkatan Tiga perlu disemak semula dan dirombak selepas kewujudan masalah pelajar tidak mahir membaca, menulis dan mengira (3M).

Katanya, perbincangan bersama KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini menyedari isu 3M adalah antara punca 10,177 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Mazslee berkata, beliau berharap apa pun keputusan yang kerajaan bakal diambil nanti diharap dapat merujuk terlebih dahulu hasil Laporan Kajian Dasar Pendidikan Negara tahun 2019 beserta cadangan Model Baharu Pendidikan sebagai panduan.

Katanya, ada pihak yang bertindak melulu menyalahkannya menjadi punca pemansuhan UPSR walhal faktanya adalah individu bertanggungjawab adalah bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 2021.

"Mutakhir pula, setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan agar UPSR dihidupkan semula, KPM telah melakukan pusingan u dan berjanji akan membawa usul itu ke mesyuarat kabinet," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 07:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:20 AM | Show all posts
kenapa x mansuh je spm,diploma,deg tuh, trus la buat master
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:34 AM | Show all posts
mmg ptt pun UPSR PMR diwat balik...carca merba dh skarang...aku pun tau nk nilai pencapaian ank2 aku mcm mn....tah apo2 TP2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yesss..kembalikan upsrrrrr..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 08:59 AM | Show all posts
alongweeda replied at 18-9-2024 08:34 AM
mmg ptt pun UPSR PMR diwat balik...carca merba dh skarang...aku pun tau nk nilai pencapaian ank2 aku ...

sekolah takde exam tengah tahun / akhir tahun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Exam oriented la bagus...baru senang nk tau pencapaian anak2 mcm mana...

Ni bila dihapuskan UPSR - PMR...semata harapkan peperiksaan sekolah je...kita pon tak tau pencapaian akademik sebenar murid2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 09:16 AM | Show all posts
Edited by zasrfikri at 18-9-2024 09:22 AM

setuju upsr dan pmr dikembalikan. kita duk gigih nak ikut jepun & finland punya sistem pendidikan tapi masalahnya budaya, ekonomi, geografi, sejarah pembentukan negara  dan cara pemikiran kita tak sama macam dorg. x semua benda boleh copy paste n berjaya. tgk la skang, ramai kut budak zaman skang mcm acuh tak acuh belajar. semua sibuk cita cita nak jadi gamer dan influencer. dah sgt jarang dgr budak zaman skang cita cita mereka nak keje saintis, engineer, arkitek, doktor, cikgu, ahli farmasi, etc. yg banyak nak jadi gamer & influencer.
zaman skang, i respek abis budak yg sanggup ambil sijil kemahiran, dip, deg or master kerana mereka tahu education is very important. cth tgk jew la influencer yg ada dip/deg/master vs influencer yg education dia ke laut dalam. jauh beza ya terutama dari segi isi ayat percakapan mereka  dan hala tuju mereka dalam industri mereka ceburi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:20 AM | Show all posts
UPSR dan PMR dikembalikan

PT3 tak perlu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Do something lah especially guru sekolah rendah. Patutnya uasa tu buatlah mcm upsr, takdalah mcm sekarang org merengek nak upst balik. Ni pt3 yg kena skali. Penatlah nak ubah lagi. Dahlah 2026/27 nanti ada silibus baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid hamidi pun bodo je nak stuju itu ini. Bukannya tahu apa2. Asal boleh je nak buat perubahan. Acah2 rebel.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:43 AM | Show all posts
zasrfikri replied at 18-9-2024 09:16 AM
setuju upsr dan pmr dikembalikan. kita duk gigih nak ikut jepun & finland punya sistem pendidikan ta ...

ye betul.part ni sata setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembalikan juga matapelajaran alam dan manusia, serta ilmu hisap
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan kembalikan umno najib jadi kerajaan

Dah rasa kehaukan setelah perubahan kankankan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes, pls. Mmg kena kembalikan upsr. Pmr pun sama patut ada balik. Sistem pendidikan kita yg dulu2 dah okay dah. Kenapa la mansuhkan dua2 exam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 11:44 AM | Show all posts
guna system TP..TP ni..aku tgk ada yg agak "bias"

nasib sekolah anak ada lagi exam..cuma skrg ni nama dia pentafsiran sumatif la pulak...

ikut suka cikgunya nak buat bila as long as within the time frame. agak caca marba juga la...

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak konsisten. Tak stabil. Itulah sistem pendidikan yg kita boleh lihat skrg. Decision berubah ubah. Kena major revamp. Sistem berorientasikan peperiksaan ni namoak mcm tak sesuai skrg ni. Sllibus pun mcm perlu major revamp.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:47 PM | Show all posts
ni semua salah Radzi anak Jidin rambut belah tengah..masa jadi menteri KPM dulu makan gaji buta satu haram apa pun tak buat kecuali mansuh UPSR/pt3.pfttttt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:51 PM | Show all posts
kan deme kata degree tak penting

buat tiktok pun leh kaya.. buat grab pun ribu2 sebulan

deme la kata.. bukan meols.. acer tanya acik fadzlina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051638 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list