CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18674|Reply: 31

[Tempatan] Pelajar cemerlang bawa guni isi barang daftar universiti dapat perhatian Menteri Pendidikan

[Copy link]
Post time 30-9-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar cemerlang bawa guni isi barang daftar universiti dapat perhatian Menteri Pendidikan

https://www.bharian.com.my/berit ... ar-universiti-dapat

Oleh BERNAMA - September 29, 2024 @ 10:32pm


Fadhlina (kiri) membuat panggilan video bersama Rafida selepas kisah pelajar cemerlang itu sampai ke pengetahuannya. - Foto FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR: Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangan yang dibawa untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, beliau sudah pun menghubungi remaja berkenaan, Rafida Zaiddin dan menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.

"Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan.

"Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS. Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya, Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin," katanya.

Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

"Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya.

"Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 10:56 AM | Show all posts
entahlah bagi iols normal je. Asalkan boleh sumbat barang dan senang nak hangkut bagai
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Beg ikea biru pun material mcm ni.
Belambak beg material besar guni corak warna warni jual kat kedai.
Takda yg pelik pun dia guna beg guni ori begini. Mungkin dah ada kat rumah. Capai ja lah isi barang. Siap. Ke universiti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 11:22 AM | Show all posts
Aku ada banyak old luggage and trolley bags yang masih elok. Tak tau nak dispose macam mana. Nak buang sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 11:37 AM | Show all posts
aku gi umrah 1 family dpt banyak luggage beso, banyak dah bg kat org yg mana anak nk masuk U, sekarang ni anak aku nk masuk U plak kena beli ahahahha. anak aku sumbat semua dlm bag ikea or sport direct heret sana sini sonang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ala kesian pulak..
i pernah bawak plastik bag. yg clear..ada roti ngn duit dlm tu i buat mcm handbag..masa dlm flight  pakcik pramugara mas tnya handbag style baru ke tu...agaknyaa dia mesti sian kt i masa tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 11:44 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-9-2024 11:22 AM
Aku ada banyak old luggage and trolley bags yang masih elok. Tak tau nak dispose macam mana. Nak bua ...

Anto kat recycle center
Basement parking ikano ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 11:45 AM | Show all posts
Wah fly high di katanya kat budak tu
Mcm slogan shuringai pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 11:49 AM | Show all posts
hashashes replied at 30-9-2024 11:44 AM
Anto kat recycle center
Basement parking ikano ada

Noted.

Tapi jauhla pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:35 PM | Show all posts
baru tgk video kat TT, student kat China bawa tong sampah kaler hijau tu.....rileks jer bawa naik train..apa ada hal, janji muat barang2 dia..
https://www.youtube.com/shorts/bxhU9-PW91s

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kat mana ke nampak trend tong sampah hijau tinggi tu guna angkut barang gi asrama. budak-budak u la, naik train bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-9-2024 11:22 AM
Aku ada banyak old luggage and trolley bags yang masih elok. Tak tau nak dispose macam mana. Nak bua ...

Old luggage tu kalau lama tak guna, plastic2 dlm tu habis reput...i dh buang a few..dr luar nmpk elok sgt lagi..tapi lock semua rosak sbb reput
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebelakangan ni den tgk.. msg2 mcm berusaha nak tonjol sisi diri yg kononnya miskin..untung nasib viral, dptla ko derma...bkn xblh tp...mm entahla..

Begitulah juga den tgk, manusia plg mudah untuk pancing simpati org, adalah bila ko pandai bermain dgn emosi...sbb tu manusia mudah tertipu kalau bab emosi/perasaan ni..

Tahla...apapun all de best la dik mengharungi kehidupan dan belajar elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:14 PM | Show all posts
bagus budak ni.. guna ni material dia lasak gile.. as long bole wrap elok.. no hal la.. masuk cargo kan.. bukannya dia junjung kat kepala.
kalau bebudak yg naik kereta... memangla tak pakai guni gini.. dia sumbat dalam bakul baju je.. aku anto anak pon gitu gak.. sumbat segala2 dalam bakul, baldi.. sebab x kena check in flight. Kalau x.. mmg gitu gakla kot kena bungkus.. takkan smua masuk luggage.. baju je dah penuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:43 PM | Show all posts
nw111 replied at 30-9-2024 12:40 PM
Old luggage tu kalau lama tak guna, plastic2 dlm tu habis reput...i dh buang a few..dr luar nmpk e ...

Yup. Biasanya Zip yang akan rosak dulu. Next is the extendable handle tu.

Body pula tengok jenis juga. Kalau yang jenis plastic casing tu memang tahan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:45 PM | Show all posts
talapia replied at 30-9-2024 01:14 PM
bagus budak ni.. guna ni material dia lasak gile.. as long bole wrap elok.. no hal la.. masuk cargo  ...

Betul juga kata kau. Dalam guni tu maybe baldi, hanger, berus jamban etc. kot. Free2 pula dapat call dari menteri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 01:53 PM | Show all posts
biasa leteww

meols pun kelek beg ikea jurr

ada sesapa nak lanjer karipap saden?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:02 PM | Show all posts

kalau ada FB
hang iklan kat fb area hang
letak lah gambar beg2 tu
berderu akan cakap depa nak


kak lid ada juga buat beberapa kali utk let go barang
bagi percuma jer

tapi jgn lah bagi barang2 yg buruk tak boleh guna pulak


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:03 PM | Show all posts
kalau betul sebab kurang kemampuan
i doakan adik ni berjaya dan tidak lupa diri
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:07 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 30-9-2024 02:02 PM
kalau ada FB
hang iklan kat fb area hang
letak lah gambar beg2 tu

ada whatsapp ja tapi aku ni pemalu lak nak iklan2 ni.

Thx for the idea anyway, boleh pertimbang.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051740 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list