View: 33158|Reply: 104
|
[Tempatan]
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga Terengganu.Anda nak pindah?
[Copy link]
|
|
Dalam laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia, Sabah mencatatkan indeks jenayah paling rendah dengan skor 95, menjadikannya negeri yang paling selamat di negara ini pada tahun 2023.
Kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan dengan indeks jenayah 96, manakala Terengganu berada di tangga ketiga dengan skor 100.
Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, tahap jenayah di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 3.2% tahun lalu, dengan indeks jenayah keseluruhan yang melibatkan kes serangan dan jenayah harta benda naik kepada 52,444 kes berbanding 50,813 kes
Ini bermakna kadar jenayah bagi setiap 100,000 penduduk turut meningkat kepada 149 berbanding 146 pada tahun 2022.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, terdapat lima negeri yang mencatatkan kadar jenayah lebih tinggi daripada purata nasional.
Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi dengan kadar 221, diikuti oleh Selangor dengan 196, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing dengan 193, serta Negeri Sembilan dengan kadar 159.
Sebaliknya, Sabah mencatatkan kadar jenayah paling rendah di negara ini dengan 95, diikuti oleh Kelantan (96) dan Terengganu (100).
Ini menunjukkan negeri-negeri tersebut paling selamat berbanding yang lain dalam aspek jenayah keseluruhan.
Untuk rekod, pada pertengahan tahun ini Malaysia berada pada kedudukan ke-10 sebagai negara paling selamat di dunia secara keseluruhan dalam Kedudukan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024.
Laporan yang diterbitkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia ini turut mengangkat Malaysia sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik, di belakang New Zealand dan Singapura.
Pencapaian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor global yang menyaksikan kemerosotan tahap keamanan di 97 negara akibat konflik di Gaza dan Ukraine.
Konflik ini juga menyumbang kepada peningkatan pelarian, yang seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi global dan meningkatkan tahap keganasan kepada 19.1 trilion pada tahun 2023. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak pergi luar negara..nk pindah finland or new zealand..kat negaro arab pilihan mekah atau gaza..malaysia ni..paling suka terengganu hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah selamat? bukan ke banyak lanun di sana?
kelantan vs trengganu <---------------------------- aii pilih Trengganu. Bersih la juga. aman damai + barangan tak mahal rumah tak mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia x perlu berparang berpistol merompak, minta sedekah kat mekdi pasar malam kedai makan pintu bank boleh dapat beribu |
|
|
|
|
|
|
|
sejak set kelatam layan ketum dan menjauhi kuda, index jenayah di kelatam semakin menurum |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 18-10-2024 06:38 AM
Farnor replied at 18-10-2024 12:28 AM
kalau nak pergi luar negara..nk pindah finland or new zealand..kat negaro arab pilihan mekah atau ga ...
Meols nak pindah ke Pergunungan Caucasus atau Pergunungan sempadan Ukraine dengan Maldova
Orang sana helok hensem cantik....tak jelek pandangan |
|
|
|
|
|
|
|
Ganu mmg cun pun. Paling best pantai. Layan angin pantai mmg syok ohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tganu..letak duit merata xde kn curi...pintu lupa nak kunci pun selamat lg tapi klu ada pendatamg asing mmg kn hati2..now dah ramai gak puak rohingya kat ganu..nyampah btl |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok kat tt ramai foreigner pilih tganu nak settle down
Cost of living Murah dan relax kata depa |
|
|
|
|
|
|
|
iols pi ganu awl thn tu hr mmg ada nmpk set2 ni
jauh merantau dorg
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan????????????
Banjir, jalan sempit rezab jalan takde, tak mungkin upgrade..
Makanan murah, tp kebersihan OUT |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Terengganu rumah mak aku pernah kena pecah dek penagih dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la, dgn filipinonya, dgn org yang hidup atas air yg stateless tu lagi. belum campur indon
|
|
|
|
|
|
|
|
trg byk kes dadah la...selamat apoo, pntg tgl umah tak bertuan ada la brg hilang.
iols org trg pun runsing nak blk kg nati
kelantan mmmm...bkn byk ke kes rogol dgn mslh air teh tak habis2.
both negeri ni mslh sampah mmg mendunia ya cuma trg ok sket, kelantan mmg
sabah selalu pergi holiday kat pulau2/gunung mmg cantik meletop. tahap keselamatan ok ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Perlis yang 8 org je tu masuk senarai ke...patut diorg no 1 paling selamat |
|
|
|
|
|
|
|
sabah selamat? penyamun dh byk pindah klang the little lahad datu |
|
|
|
|
|
|
|
pindah lah kat pulau sentinental ..yakin akan aman. Dik..duduk kat mana - mana pun ada pro n kontra. Jangan bangga sangat merendahkan negeri orang..orang tu duduk elok aje, takde masalah pun, awak je yang melebih2
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabah selamat? tolong hantar yg buat kaji selidik ni suruh masuk semua pelosok sabah tu. baru dia tau selamat ke tak
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ada rahsianya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Farnor at 18-10-2024 12:04 PM
B40tastePosh replied at 18-10-2024 06:36 AM
Meols nak pindah ke Pergunungan Caucasus atau Pergunungan sempadan Ukraine dengan Maldova
...
Wow mesti aman damai kata sana Yer.. Tapi situ ada penduduk Muslim ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|