CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7824|Reply: 46

[Tempatan] Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat

[Copy link]
Post time 21-10-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, kisah seorang bekas banduan telah menjadi perhatian ramai apabila dia telah dibebaskan daripada penjara atas kesalahan membunuh.



Khairul Anuar, lebih dikenali sebagai Abah Hayat, telah dipenjarakan selama 23 tahun empat bulan atas kesalahan membunuh seorang lelaki di Taman Datuk Kumbar, Kedah pada 4 Jun 2001.

Tolonglah jangan herdik, saya sudah menjalani hukuman saya. Saya tidak lari dari penjara, sebaliknya saya dibebaskan. Bantulah saya untuk teruskan sisa hidup ini dengan menjadi manusia berguna.

Dia kini merayu kepada masyarakat agar diberi peluang untuk meneruskan hidupnya dengan baik tanpa kecaman.

Khairul Anuar mengakui kesalahannya, namun menegaskan bahawa dia telah menjalani hukuman yang sewajarnya. Dia juga memaklumkan bahawa Sultan Kedah telah memberikan keampunan kepadanya, di mana hukuman mati yang sepatutnya dikenakan telah ditukar kepada hukuman penjara sepanjang hayat.

Setelah kerajaan memansuhkan hukuman tersebut, Khairul Anuar hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun dan dibebaskan pada 3 Oktober 2024.

Perkara itu memang berlaku dan saya pelakunya. Saya sudah menjalani hukuman dan kini dibebaskan. Saya juga diberi keampunan. Tolonglah jangan herdik saya lagi.

Abah Hayat kini berharap dapat meneruskan kehidupannya dengan memberi manfaat kepada orang lain. Salah satu hasratnya adalah membantu bekas banduan lain dengan memberikan motivasi dan sokongan moral kepada mereka.

Berilah ruang kepada saya untuk membimbing anak bangsa. Semasa di penjara, ramai yang berterima kasih kerana saya ajar mereka solat, malah mereka memeluk saya ketika saya dibebaskan.

Mengulas mengenai kejadian pembunuhan itu, Khairul Anuar tidak mahu memperincikan apa yang berlaku demi menjaga hati semua pihak, terutamanya keluarga. Namun, dia menegaskan bahawa insiden itu bukan berpunca daripada hutang atau along, sebaliknya berkaitan dengan maruah.

Pembunuhan itu berlaku di dalam rumah saya sendiri, di bilik tidur saya. Ia bukan tentang hutang atau along, tetapi masalah maruah.

Walaupun dipenjarakan selama lebih dua dekad, Khairul Anuar menyifatkan tempoh itu sebagai yang paling berfaedah dalam hidupnya. Baginya, ia adalah masa untuk muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan

Media pada 22 September 2008 melaporkan Khairul Anuar, seorang jurujual dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.

Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.

Seterusnya pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi maruah pulakkk... Tiru pajura ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ' buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali' ...
Mslhnya yg mati tu boleh hidup blk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Family si mati kata apa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ingat kes ni. Kalau maruah kenapa, si mati tu scandal ngan wife dia ke?

Jangan diikutkan hasutan setan, sampai kerat 8 tu. Harap nya dia betul2 insaf lepas dibebaskan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 01:59 PM | Show all posts
Terimala hakikat...apa2 yg tak elok berlaku di kawasan kediaman pakcik esok, pakcik la org pertama yg akan disyaki.
Orang nak jadikan pakcik 'kambing itam' pun senang.

Lebih baik berdiam diri, fokuskan mencari redha Allah untuk bekalan di akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2024 01:59 PM | Show all posts
setimpal ke hukuman tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ko mati pun tak aman ye pakcik.. sbb hutang ahlong tu tetap ko kena bayar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarg zaman criminal pun nak limelight..apa mesej yg ko nak sampaikan pada generasi muda? It is okay to do crime, sbb lepas tu boleh dpt mohon ampun? Ko diam2 sudah, org pu. X korek.. aku pun x ingt kes ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 02:10 PM | Show all posts
masalahnyaa dok jela diam2. ni dah la kes bunuh. dah keluar penjara mcm bangga plak jaja kisah silam.. malu la sikit kat waris mangsa bunuh ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 02:48 PM | Show all posts
duduk diam2 je laa pakcik
zaman skrg ni ramai pulak yg support penjenayah aku pn x paham la

kalau dulu ex banduan siap blur2 muka, tu pun sbb nak kuar kt majalah 3 @ rancangan dokumentari nak kasi pengajaran kt masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 02:52 PM | Show all posts
senyap2 sudah la pakcik..ke ko pun nk jadi tiktokers mengemis gift dgn netizen bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:00 PM | Show all posts
sudahnya mati dibunuh jugek nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I kalau jumpa dia mesti terus lari ni
Kerat 8 bukan tikam je
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah pulak dgn pembunuh ni. Langsung takde rase malu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:18 PM | Show all posts
orang normal akan sorok aib..
so sah kau ni tak normal batak attention..
dengan bangga bercerita bunuh kerat orang bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 21-10-2024 03:21 PM
green~tea replied at 21-10-2024 02:00 PM
Kalo ko mati pun tak aman ye pakcik.. sbb hutang ahlong tu tetap ko kena bayar...


Mana ada kaitan ngn ahlong,
Dia pun menafikan takda kena ngena ngn ahlong
Cina tu tukang besi

Nih amik kat thread sblm ni, lengkap ada pasal cara dia bunuh dan kecederaan yg dialami mangsa


https://www.yumpu.com/id/documen ... -jenayah-alor-setar

Hakim pun menolak soal pertahankan diri sbb gaya dia menyerang mangsa bkn mcm pertahankan diri dah. Pukul guna kipas, tukul bagai ada
Bertubi2 dia buat siap kena tikam kat jantung gak.
Kalau takda niat bunuh takkan tikam kat jantung dan takkan kerat org sampai 8 bhgn.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran aku zama skrg ni ko kuar penjara pun siap buat video masuk tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 21-10-2024 03:20 PM
Mana ada kaitan ngn ahlong,
Dia pun menafikan takda kena ngena ngn ahlong
Cina tu tukang besi

Omg. Setan apa yang merasuk pokcik hayat ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 21-10-2024 03:20 PM
Mana ada kaitan ngn ahlong,
Dia pun menafikan takda kena ngena ngn ahlong
Cina tu tukang besi

Ya Rabbiiiiii... dah macam cerita ngeri holliwood apa tu SAW ke apa nama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.189617 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list