View: 5351|Reply: 36
|
[Tempatan]
Gaji T20 dorong rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 5-11-2024 02:02 AM
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia disahkan sebagai Lee Bing Hang dan dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal pihaknya mendapati Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.
Beliau berkata pihaknya difahamkan ketika serangan dron berkenaan, Lee berjaya melarikan diri bagaimanapun MyKad dan lesen memandunya tercicir manakala pasportnya masih bersama beliau.
Menjelaskan lebih lanjut Razarudin berkata siasatan mendapati tawaran gaji yang menarik hingga AS$2,700 sebulan (RM11,807) selain meminati bidang ketenteraan mendorong Lee menyertai perang Ukraine-Rusia sebagai tentera upahan.
"Selain itu, tekanan keluarga dipercayai menyebabkan beliau sanggup menjauhkan diri kerana Lee dibesarkan oleh ibunya di Perlis selepas berpisah dengan bapanya sejak kecil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau turut mendedahkan Lee menjadi tentera upahan di Ukraine sejak April 2024 selepas membuat permohonan melalui laman sesawang ketenteraan Ukraine dan satu-satunya yang berasal dari Malaysia.
"Beliau mendapat pendidikan A level di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya dan kemudian menyambung pengajian di peringkat ijazah di sebuah kolej di Subang Jaya sebelum berhenti awal tahun ini.
"Pada Mac lepas difahamkan Lee ke United Kingdom untuk mencari pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang pulang ke tanah air," katanya.
Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.
Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemui selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xde y pernah berkawan dengan lee ke masa sekolah / belajar dulu2? Xde kat berita / akhbar cina or cari gold ke pasal lee ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tawaran gaji yang menarik hingga AS$2,700 sebulan (RM11,807)
-----
La banyak tu je? Akak tengok citer clive owen main berkepuk juta US dollar dapat. Sesia je kalau mati katak dek baik le kau belajar pandai2 kerja lebih dr tu dpt kat malaysia ni.
Takpelah akak fikir kau minat bidang tentera la, dah lah akak awal2 speku yo yo je yg kau buat medic. |
|
|
|
|
|
|
|
nak jadi tentera upahan ni apa requirements dia??
interested sgt nak tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bg dia maybe dh byk la kot gaji tu...kalau dia sabar sket je blh je dpt gaji byk tu dkt sini...tp minat tentera...jarg chinese nk minat tentera ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tentera upahan macam risik tu i believe. Wonder nape dia tak nak join malaysian army askar melayu. Jaki la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
gaji kat malaysia rendah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye btl. padahal patut askar ni gaji tinggi. diorang pertaruhkan nyawa kot???
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia rasa perang tu mcm main PUBG tu yg seronok |
|
|
|
|
|
|
|
ada tu hari russia cari askar tambahan.
i ada ter-online tapi tak submit.
russia tak kisah negara mana janji u datang bagi serve
|
|
|
|
|
|
|
|
dia kan non muslim. yang russia tu pun non-muslim
walaupun sepet dan bahasa lain tapi reward takde masalah.
betul2 perform dapat la habuan. tapi kita sini xde
|
|
|
|
|
|
|
|
gaji rendah. pastu belum berperang dah terhempas.
al kisah asset model lama. takde bajet nak tukar. sia sia mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Pada Mac lepas difahamkan Lee ke United Kingdom untuk mencari pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang pulang ke tanah air," katanya.
Maknanya recruit time dia kat UK la kot kan. Ingat kan ada kuncu2 kat malaysia and dia recruit dr malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Abisla rakyat lapar gaji pergi mohon website
11k itu kecik la tolak tambang pi balik mkn minum berfoya2 transport entertainment abis gitu je atau he mau hijrah terus tinggal mak sorang2 sambut cny |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat peribadi aku, biarlah dia, jangan balik ke Malaysia je
macam mana kita tolak gang ISIS, kerana takut pengaruh dan kepakaran digunakan di dalam Malaysia, macam tu lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul jugak, balik Malaysia dengan PSTD lagi....dengar bunyi hon dah macam trigger macam bunyi mesingan..Nak ubah kelaziman masa perang tu agak ada dlm setahun baru boleh nak senyum balik. Dah hari2 tengok mayat kena bom bersepai pelbagai jenis..hati pun dah keras..urat muka pun dah keras, |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melekaifc at 5-11-2024 07:18 AM
ok la tu.tak jejaskan apa2 pon. pilihan dia. macam pilihan yang nak jadi mujahidin nak jadi ISIS tu la. yang bezanya askor upahan dapat gaji
lainla yang melayu jadi barua mossad tu. yang tu patot dicerca.
|
|
|
|
|
|
|
|
tp ada ke org normal yg hidup nya tenang
dikelilingi kuarga yg bahagia
sanggup pergi ke war zone?
definately budak lee ni da rasa takde jiwa lagi kat msia
its not about money rasanya, apa guna duit kalau hidup huru hara |
|
|
|
|
|
|
| |
|