View: 51724|Reply: 101
|
[Tempatan]
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 3-12-2024 11:51 PM
Mangsa banjir mendakwa hanya menerima biskut tawar dan mee segera, manakala barangan lain disimpan oleh pihak tertentu.
Memang teruk kena duduk PPS SK Tumpat 1, banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja. Memang teruk ketua kampung sini. Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja. Dorang sanggup asingkan barang-barang seperti dalam video.
Dakwa mangsa banjir ini lagi, berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, kad kepunyaan mangsa banjir akan ditanda menunjukkan sudah menerima barangan bantuan. Tetapi, kali ini, kad ditanda tetapi barangan tidak dapat.
Saya dah bertanya kepada tok ngulu tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawah dia jadi sesuka hati dia nak buat macam mana
TUMPAT - Tindakan penghulu mengasingkan barangan bantuan yang disumbangkan oleh pempengaruh, Khairul Aming di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1 sepertimana didakwa oleh orang ramai adalah tindakan betul.
Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri berkata, langkah itu bertujuan memastikan sebarang bentuk bantuan diagihkan secara adil kepada mangsa banjir.
"Pihak yang bertanggungjawab terhadap PPS akan berbuat demikian. Hal ini kerana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang beri sumbangan mereka tidak tahu jumlah penghuni PPS, jadi barangan diterima akan diasingkan dan dibahagikan.
"Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.
Tiada istilah kami menyorok atau berbuat sesuka hati dengan barangan sumbangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurut beliau jika betul ada dakwaan seperti itu pihak berkenaan boleh kemukakan bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Sebelum itu tular di tiktok dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buka kedai runcit? Macam orang UMNO |
|
|
|
|
|
|
|
Over! Busuk kohong perangai Tok Penghulu…
Tular di media sosial, mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1 meluahkan kekecewaan dan mempersoalkan cara tok penghulu mengagihkan bantuan barangan asas dari Khairul Aming.
Dalam hantaran yang dibuat di TikTok, mangsa banjir menyertakan video menunjukkan sekumpulan individu membuka dan membungkus semula barangan bantuan ke dalam plastik lain.
https://ohmedia.my/ohtidak/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tok ngulu pas ke bn ni?
Perkara biasa di negeri serambi |
|
|
|
|
|
|
|
haiiii.. tok penghulu pon dah naik level sama mcm org politik kaki sauk kee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok penghulu ni patut disumpah jadi zombaa |
|
|
|
|
|
|
|
jgn jadi mcm kes beras sampai rosak dan dibuang berkampit2 sebelum ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Taguna betul penghulu kg ni. Tak amanah! Jijik! |
|
|
|
|
|
|
|
Taguna betul penghulu kg ni. Tak amanah! Jijik! |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa xde org buat live masa agihan tp KA ni buat..tu yang kantoi..tok ngulu nk kona baring pun tetap kantoi...jadi Kes polis dh kan?hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ko jgn mcm2 tok penghulu....skrg zaman semuanya pantas....kejap je satu malaysia tahu....
kang hilang jawatan penghulu kang..... |
|
|
|
|
|
|
|
akak selalu dengar orang kelantan kaya2, emas penuh sampai siku..
mungkin tok penguhu ni buat agihan berdasarkan tengok tangan yang menerima tu penuh gelang ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la lobai nak menipu |
|
|
|
|
|
|
|
Ok......masa banjir besaq 2014....
Kwn2 suami turun ke kelantan utk bg bantuan...
Hmmm...mmg bnda mcmni berlaku...
Kesian mangsa.
Saoa yg kebuloq bdna free tp tk sepatutnya amik..hrp satu nnti hang kena balik mcm mangsa2 yg kena tu |
|
|
|
|
|
|
|
yihhh , ko da la tak function, lagi nak buat bala. dapat bantuan pun nak bercatu macam la tak da manusia yang nampak |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tok penghulu jer yg patot kena.. betina2 keparat dalam video yg selongkar beg2 plastik dan asing2 kan brg2 yg dorg nak tu pown patot kena kecam sekali.. perangai seropa org yg jakun sgat x pernah tgok benda2 tu.. padahal tu benda2 basic grocery jer kot.. bukannya permata zamrud pown |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai seminggu sabar anak muda sekalian
Dunia kemanusiaan penuh kekecewaaan kalau it's all about you
Reflect balik kenapa anda kat sana, siapa diri sendiri dan siapa mangsa mangsa tu, tenang tenang ok bykkan bersabar, lama lama nanti biasalah tu, takde apa lah
Jgn igt dengan sekampit beras tu anda dapat merubah dunia dan diangkat jadi menteri terus |
|
|
|
|
|
|
|
hihi..banjir di kampung aku dulu, gula, telur, mee hon, beras, milo, susu tin. tok pengulu rembat masuk dlm store. bagi kat orang kampung main catu weh..stock stock tu semua dia bagi kat anak cucu..yela anak 8 orang kat duk merata tempat..datang jumpa ayah hujung minggu angkut segala olehan.tak amanah! |
|
|
|
|
|
|
|
kaki2 rembak jibauk mcmni lah yg ramai dlm memimpin komuniti
semua nak dijarahnya..kambing btul |
|
|
|
|
|
|
| |
|