View: 61573|Reply: 50
|
[Tempatan]
'Kita kehilangan Batu Puteh selama-lamanya kerana dia' - Mohamed Apandi
[Copy link]
|
|
Oleh Safeek Affendy Razali dan Ahmad Johari Mohd Ali
Disember 6, 2024
[email protected]
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, bersetuju dengan saranan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, bahawa siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut syor RCI berkenaan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas bekas Perdana Menteri itu mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 serta Seksyen 418 kanun sama.
Negara kehilangan hak dan kedaulatan ke atas Batu Puteh kepada Singapura susulan keputusan yang dibuat ketika Dr Mahathir mengetuai pentadbiran kerajaan pada 2018.
Mohamed Apandi ketika dihubungi BH, hari ini, bersetuju dengan saranan itu yang terkandung dalam laporan akhir setebal 217 muka surat oleh RCI berkenaan yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.
"Kita kehilangan Batu Puteh selama-lamanya kerana dia (Dr Mahathir)," dakwanya ringkas.
Mohamed Apandi sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau tidak dirujuk oleh Dr Mahathir ketika kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura, enam tahun lalu.
Mohamed Apandi dipetik mendakwa bahawa ketika Dr Mahathir membuat keputusan berkenaan, beliau tidak pernah dirujuk sebagai Peguam Negara ketika itu, malah telah dipaksa untuk bercuti selama 30 hari oleh Ketua Setiausaha Negara pada masa itu.
Beliau dilantik sebagai Peguam Negara pada Julai 2015, mengambil alih tugas daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 27 Julai tahun sama atas sebab kesihatan. Perkhidmatan Mohamed Apandi bagaimanapun ditamatkan kerajaan pada Jun 2018.
Peguam Negara baharu yang menggantikan beliau ialah peguam terkemuka, Tan Sri Tommy Thomas yang dicadangkan oleh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu.
Prosiding RCI itu diusulkan berikutan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 bertindak menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ.
Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI berkenaan, Tun Md Raus Sharif, kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.
Berikutan itu, RCI berkenaan mencadangkan supaya satu laporan polis dibuat oleh setiausaha suruhanjaya bagi membolehkan siasatan dimulakan.
Laporan ditandatangani tujuh anggota suruhanjaya dipengerusikan Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara itu menyatakan dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan ialah Dr Mahathir menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong Kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan berkenaan dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca kat FB, ada org share surat rasmi,
soltan johor yang lepaskan hak kawasan pedra branca,
pada singapore.
terang2 sebut dalam surat tu. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
owner johor sendiri yang bagi pada singapore.
dah boleh tutup buku pasal benda ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nyampah tahap tenuk bila diorang target Tun.. please lah. Pakcik tu pun dah nak 100 tahun umur dia. Banyak jasa berbanding korang yang banyak cakap ni.. yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 7-12-2024 11:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun aku x suka dgn Tua kutuk kesayangan Mokcik Sarah84 dulu, tp bagi aku tindakan Tua Kutuk tu justified jer...
X salah aku dia just honour the promise yg kita sendiri dah buat, utk tidak lg merayu dan menuntut bila keputusan ICJ dikeluarkan......
Dah waktu tu ICJ dah buat keputusan, berdasarkan bukti semasa, utk berikan hak kpd Spore, jadi x kisahlah jika kemudian timbul bukti baru dan ada hak utk kembali merayu pun, sbb mmg kita dah janji utk tidak lg merayu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuntutan Batu Puteh ditarik balik kerana perjanjian untuk terima keputusan ICJ - Tun M
Zanariah Abd Mutalib
[email protected]
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
PULAU Batu Puteh. FOTO Arkib NSTP
PULAU Batu Puteh. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan tuntutan Malaysia dalam kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ditarik semula kerana perjanjian antara negara dengan ICJ dan Singapura adalah segala keputusan mahkamah itu akan diterima kedua-dua pihak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perjanjian sama dibuat antara Malaysia, Indonesia dan ICJ berhubung pertikaian wilayah di Pulau Sipadan dan Ligitan sebelum ini.
"Jika Malaysia tidak menepati syarat mahkamah antarabangsa, yang keputusan itu mesti diterima kedua-dua pihak (Malaysia dan Singapura), Indonesia juga boleh membuat tuntutan untuk tidak menepati perjanjian yang sama berkenaan Pulau Sipadan dan Ligitan.
"Janji antarabangsa oleh sebuah negara berdaulat hendaklah ditunai sebagai amanah. Jika tidak, Malaysia tidak akan dipercayai akan menunaikan perjanjian dengan negara lain. Malaysia akan hilang kredibiliti.
Disyorkan
'Jika saya kembali... kena terima idealisme saya lihat UMNO berubah' - Khairy
Barang niaga diletak di kawasan awam kena sita
Rasuah projek RM250 juta, pengarah bergelar datuk, penjawat awam ditahan
Fosil Stegosaurus berharga AS$44.6 juta dipamerkan
Balai cerap China rakam imej asteroid jatuh ke bumi
"Selain itu, Malaysia mendapat Batuan Tengah yang boleh ditebus guna sehingga menjadi pulau besar seperti yang dilakukan dengan Pulau Layang-Layang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi memberi penjelasan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, yang sebelum ini ingin mengetahui mengapa tuntutan kes Batu Puteh di ICJ ditarik balik pada Mei 2018, dua minggu sebelum tarikh bicara di The Hague.
Ia adalah antara empat soalan yang dikemukakan Apandi kepada Dr Mahathir melalui Facebooknya pada 23 Julai lalu.
Dr Mahathir mendakwa, kesalahan berhubung isu Pulau Batu Puteh itu bermula apabila pegawai kerajaan Johor menyatakan kepada British yang pulau itu bukan milik Johor.
"Fakta baharu, jika ada, sepatutnya dikemukakan kepada mahkamah antarabangsa semasa membuat representasi yang Pulau Batu Putih adalah hak Malaysia," katanya.
Mengenai soalan mengapa Peguam Negara ketika pentadbiran Dr Mahathir, Tan Sri Tommy Thomas diarah menjawab surat tuntutan ke atas Sabah oleh waris pihak Sulu, bertarikh 19 September 2019, Dr Mahathir mendakwa, tuntutan itu dibuat semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN tidak bertindak untuk menolak bidang kuasa mahkamah Sepanyol atau membayar balik bayaran yang dihentikan.
"Tidak ada bukti yang tindakan Najib dipersetujui Peguam Negara pada masa itu atau Kabinet. Najib bertindak tanpa mengikuti proses pentadbiran," katanya.
Berhubung soalan Apandi, mengapa kerajaan membuat penyelesaian secara persetujuan atas kes pemecatan yang tidak sah terhadap dirinya sebagai Peguam Negara, Dr Mahathir berkata, ia disebabkan Apandi memutuskan Najib tidak membuat apa-apa kesalahan berkenaan pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau mendakwa, seluruh dunia tahu mengenai kesalahan dalam kes itu dan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) turut menyatakan secara terbuka terdapat kecurian wang 1MDB oleh "MO1", iaitu Najib, selain keputusan yang dibuat mahkamah sehingga peringkat Mahkamah Rayuan.
"Semua ini menunjukkan Apandi cuai atau sengaja mendakwa tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan Najib supaya kesnya tidak dihadapkan ke mahkamah.
"Perbuatan Apandi menunjukkan ia tidak berpegang kepada peraturan perundangan. Beliau tidak sesuai menjadi Peguam Negara dan memang kerajaan berhak untuk menamatkan (perkhidmatan) pegawai yang membuat keputusan yang jelas salah," katanya.
Mengenai persoalan yang ditimbulkan mengenai anak Dr Mahathir yang menjadi jutawan, bekas Perdana Menteri itu meminta Apandi memberikan bukti yang anak beliau menjadi jutawan ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
"Sebenarnya, anak-anak saya tidak pun dibenar berniaga dengan kerajaan atau menyertai parti kerajaan. Jika ada anak yang jadi jutawan, sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberikan kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka.
"Jika tidak ada bukti, saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut undang-undang," katanya.
Disiarkan pada: Ogos 3, 2022 @ 1:30pm |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi utk dispute balik alasan Tua kutuk, harap kerajaan dpt tunjuk yg persetujuan yg Tua Kutuk dakwa ada, utk menerima keputusan akhir, itu sebenarnya tidak wujud......
Kalau betul mmg ada persetujuan sebegitu, kspishhhhj, tutup buku jer lah isu ni.... Let him go peacefully |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_almondpecan at 7-12-2024 12:28 PM
capiloton replied at 7-12-2024 11:25 AM
baca kat FB, ada org share surat rasmi,
soltan johor yang lepaskan hak kawasan pedra branca,
pada s ...
Ni mmg point utama Singapura menang kes. Tapi lepas keputusan kes keluar barulah Britain declassify telegram rahsia dari Royal Navy yg sdg kejar sebuah kapal lain menyatakan dia ada masalah nak kejar di sekitar Batu Putih ni sebab itu persiaran Johor/Malaya. Jadi ada bukti baru selepas keputusan kes menyebabkan ada asas untuk review semula keputusan. Of course tak jamin boleh menang walaupun dapat review tapi ia adalah satu peluang. Dan peluang tu kini dah takde sebab kita dah tarik permohonan review tu. Boleh jadi kalau ada review, tetap kalah sebab bukti surat Johor menyatakan dengan terang dia tidak claim Batu Puteh lebih kuat daripada telegram Royal Navy tu. But now we will never find out. |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 7-12-2024 11:25 AM
baca kat FB, ada org share surat rasmi,
soltan johor yang lepaskan hak kawasan pedra branca,
pada s ...
......dan kita bercerita pasai UMOBILE pulak la ni....mana la tau ada kisah menarik..... |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 7-12-2024 11:25 AM
baca kat FB, ada org share surat rasmi,
soltan johor yang lepaskan hak kawasan pedra branca,
pada s ...
Senang nye… setakat baca FB terus buat conclusion case closed baik x payah ade makamah…. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya teruskan aje lawan di mahkamah ICJ,
bukan dibatalkan....
Awal2 dah menyerah kalah sebelum berjuang di Mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalah tu kalah lah. Indon yang gila darah tu pun boleh terima kalah untuk rebut Sipadan dan Ligitan. Itu dah tentu kawasan berpotensi dengan reserve O&G yang besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah apa keputusan jika KERAjaan lahanat 22 bulan ni yang handle kes tuntutan sulu
Pasti sabah dah tergadai dah sebab dorang akan kata tak perlu lawan di mahkamah kerana najib dah buat salah henti bayaran wang perlindungan
Mujur la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 kerosakan selama 22 bulan KERAjaan lahanat ini memerintah
Belum kira lagi aset2 yang dijual, lepas tu perjanjian penyelesaian IPIC tetiba dikurangkan jumlahnya |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 7-12-2024 12:26 PM
Ni mmg point utama Singapura menang kes. Tapi lepas keputusan kes keluar barulah Britain declassif ...
Nape royal navy tu pakai telegram?
Nape tak hantar pakai whatsapp voice note je |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 7-12-2024 02:17 PM
Nape royal navy tu pakai telegram?
Nape tak hantar pakai whatsapp voice note je
Sebab kejadian tu tahun 1958 |
|
|
|
|
|
|
|
belum kalah lagi, masih diberi peluang utk review, jika dah lawan dimahkamah dan kalah barulah boleh menerima kekalahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 7-12-2024 02:19 PM
Sebab kejadian tu tahun 1958
Telegram dah wujud ke masa tu? Chatgpt?
Btw its just a joke |
|
|
|
|
|
|
| |
|