GEORGE TOWN – Hukum orang Islam bergambar atau berswafoto dengan dekorasi pokok Krismas atau hiasan Hari Natal bergantung kepada niat dan konteks situasi, namun ianya haram sekiranya mempunyai niat menyokong atau merayakan agama tersebut.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, seorang Muslim penting untuk menjaga akidah dan tidak menyertai apa-apa yang dianggap sebagai perayaan agama bukan Islam.
Menurutnya, pokok Krismas dan hiasan Hari Natal umumnya berkait dengan sambutan agama Kristian.
“Jika bergambar dengan hiasan tersebut dianggap sebagai menyokong atau merayakan agama lain, maka ia boleh menjadi haram kerana menyerupai atau mendukung perkara yang bertentangan dengan akidah Islam.
“Tetapi, jika niat bergambar hanyalah untuk tujuan neutral seperti estetika, kenangan atau budaya, tanpa niat menyokong perayaan agama tersebut, ia boleh menjadi harus.
Asalkan tidak menimbulkan salah faham terhadap identiti Muslim individu tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Dalam pada itu, katanya lagi, orang Muslim disarankan menjaga imej dan menjauhi perkara yang boleh menimbulkan fitnah atau salah tanggapan.
“Bergambar dengan hiasan Hari Natal boleh disalah tafsir sebagai sokongan terhadap perayaan tersebut, terutama jika gambar itu dikongsi di media sosial.
“Majoriti ulama menekankan agar Muslim menghindari tindakan yang menyerupai atau mendukung amalan agama lain. Dalam konteks ini, bergambar dengan dekorasi perayaan agama lain boleh menjadi perkara syubhah (meragukan), yang lebih baik dielakkan.
“Namun, sebahagian ulama membenarkan tindakan ini jika tiada niat untuk merayakan atau mempromosikan perayaan tersebut, dan jika ia difahami sebagai sebahagian daripada interaksi budaya yang neutral,” jelasnya.
Tambah beliau, kesimpulannya, untuk mengelak timbulnya perbuatan fitnah atau salah faham, orang Islam seharusnya menghindari tindakan merakam gambar dengan hiasan Krismas sekiranya ia boleh menimbulkan persepsi sebaliknya.
“Fokuskan niat dan berhati-hati dengan tindakan yang boleh mencetuskan salah tafsir terhadap prinsip Islam. Sikap berhati-hati lebih utama dalam perkara yang berkaitan dengan akidah,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial orang Islam mengambil peluang berswafoto dan merakamkan video kenangan bersama pokok Krismas dan dekorasi perayaan itu sehingga menimbulkan persoalan ramai pihak mengenai hukum syarak. -KOSMO! ONLINE
kismes semua orang gembira... hiasan cantik...
raya kena sedih,,, kalau tak sedih tu tak raya kekdahnya
akak takde pulak nak sembah jesus pabila lihat kismes tree itu
Post time 27-12-2024 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku slalu bergambar dgn hisan hari perayaan, xkira raya Aidilfitri, raya cina, raya Krismas sbb aku suka lipliplap...kira ok ke???xtermasuk terpesong akidah kan??
Post time 27-12-2024 03:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku rasa nk selfie tu ok lg.. bkn nya aku nk melanggar fatwa.. in sha Allah x terpesong akidah dan iman... jgn sampai ko betul2 celebrate ada pokok dlm rumah,ajak org dtg mkn2 ,minum2 liquor,berparty sana sini tu mmg melampau lahh!iols tgk MF,E kemain lg celebrate
"Tetapi, jika niat bergambar hanyalah untuk tujuan neutral seperti estetika, kenangan atau budaya, tanpa niat menyokong perayaan agama tersebut, ia boleh menjadi harus."
mmg orang2 islam bergambar ngan hiasan2 krismas kat shopping mall, hotel dan tempat2 awam yang lain tu untuk estetika, kenangan dan budaya pown.. saper la pulak bergambar dengan niat mengakui agama kristen tu benar.. so untuk tujuan kenang-kenangan dan estetika sebab hiasan tu nampak cantik, hukumnya adalah HARUS.. kalo ada2 mana extremist yg dtg dok kritik kita tgah bergambo tu jawab jer camtu.. harus hukumnnya