CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11208|Reply: 58

[Tempatan] Tiong serang 'ekstremis' selepas klip promosi TMM 2026 didakwa ketepikan identiti Islam

[Copy link]
Post time 9-1-2025 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Tiong serang 'ekstremis' selepas klip promosi TMM 2026 didakwa ketepikan identiti Islam

https://www.malaysianow.com/my/n ... ikan-identiti-islam

MalaysiaNow
Januari 8, 2025 9:20 malam

Bagaimanapun, menteri pelancongan itu berkata video lebih panjang memaparkan keindahan seni bina masjid akan dikeluarkan tidak lama lagi.


Tiong King Sing berkata Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang menekankan nilai inklusiviti, dan pelampau cuba mengganggu keharmonian.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing hari ini menyerang pengkritik yang mempersoalkan sebuah klip sempena pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, sambil menyifatkan mereka golongan "ekstremis" yang mahu mengganggu keamanan.

"Saya amat kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu ini sebagai sentimen agama dan perkauman, serta menjadikan isu ini sebagai bahan perpecahan. Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita.

"Saya juga amat menentang tindakan pihak yang menyokong usaha kami sebagai satu agenda yang bercanggah dengan semangat Malaysia Madani," kata Tiong dalam mempertahankan klip berdurasi 41 saat itu yang disambut dengan pelbagai komen negatif di media sosial.

Klip yang ditayangkan semasa pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Sepang pada Isnin lalu itu dimuat naik oleh Tourism Malaysia di Facebook.

Kritikan tertumpu kepada ketiadaan masjid dalam klip itu, walaupun rumah ibadat bukan Islam seperti sebuah gereja bersejarah di Melaka dan kuil Hindu di Batu Caves dipaparkan.

Ramai merasakan video tersebut mengenepikan identiti Islam di Malaysia, di samping mengingatkan bahawa Malaysia terkenal dengan seni bina masjid yang cantik.

Tiong bagaimanapun berkata klip itu bertujuan mempromosikan pelancongan dan tarikan negara dan bukannya agama atau kaum.

Beliau kemudian menjelaskan ia juga merupakan video pelancaran ringkas, sambil menambah elemen lain "termasuk seni bina masjid yang memukau" akan dimasukkan ke dalam video promosi yang lebih terperinci.

"Untuk itu, elemen-elemen tersebut telah dimasukkan ke dalam promosi video yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus, di mana video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat," kata Tiong.

Menurutnya, isu itu tidak harus dipolitikkan.

"Ingatlah bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang menekankan nilai inklusiviti dan perpaduan."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:36 AM | Show all posts
Elok tukarlah dia ni.. Byk sgt kontroversi........
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
"... klip itu bertujuan mempromosikan pelancongan dan tarikan negara dan bukannya agama atau kaum."

Silap. Sepatutnya klip itu kena tunjuk bagaimana hukuman sebat dijalankan di Malaysia baru lah ramai nak datang tengok. Rare kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:13 PM | Show all posts
sumber pun malysianow penjilat PN...nextttt!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:16 PM | Show all posts
Pembangkang mmg dah takde modal dah nak serang gomen...mcm biasa main isu2 bodoh kaum agama camni utk hiburan melayu bifoti
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-1-2025 12:16 PM
Pembangkang mmg dah takde modal dah nak serang gomen...mcm biasa main isu2 bodoh kaum agama camni ut ...

Pembangkang tak serang pun. PH sumbat gol sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-1-2025 12:16 PM
Pembangkang mmg dah takde modal dah nak serang gomen...mcm biasa main isu2 bodoh kaum agama camni ut ...

kenapa KAU pulok yang TERSAKITI......
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:33 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 9-1-2025 12:50 PM
Triple_8 replied at 9-1-2025 12:21 PM
Pembangkang tak serang pun. PH sumbat gol sendiri.

kalo jadi zaman BN/PN dulu benda ni takkan jadi isu pun kann..tapi sbb nak serang Dap (walau menteri pelancogn tu bukan Dap) so kena lah buat2 jadi isu utk memperbodohkan melayu low IQ cam ko..sama la mcm isu Hannah Yoh tu,baru skrg nak menggelupor padahal buku tu terbit dah lama zaman Dap comolot dgn Pas lagi






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sambungan??? Apsal tak buat bg habis semua baru tunjuk??? Camtu pun boleh ek ke nak sambungan tambahan tu lps kena complaint
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:55 PM | Show all posts
menteri paling cikai, cokia haprak dalam sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:59 PM | Show all posts
Ganti laa dgn yg lebih layak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 9-1-2025 12:41 PM
Ada sambungan??? Apsal tak buat bg habis semua baru tunjuk??? Camtu pun boleh ek ke nak sambungan ta ...

Kalau ikut group whatsapp mmg ada masjid dlm video penuh...

Ni teaser, mmg tumpu tempat2 femes sbg tarikan perlancongan lah dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:05 PM | Show all posts
kita putarrrrrrr lagi haliiiimmm

takde alasan NOKTAH
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kafirun memang sengaja emphasize the word - Extremist, Pelampau agama to make their agenda go on.

Derogatory term extreme as to portray the religion itself sebagai terrorist religion jikalau tak bersetuju dengan dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 9-1-2025 01:04 PM
Kalau ikut group whatsapp mmg ada masjid dlm video penuh...

Ni teaser, mmg tumpu tempat2 femes sb ...

Owh dah ada ye versi yg pjg tu? Ingatkn baru nak buat sbb katanya

elemen lain "termasuk seni bina masjid yang memukau" akan dimasukkan ke dalam video promosi yang lebih terperinci

Tp kot ye pun nak buat teaser pendek2 pun apa salahnya dulukan yg rasmi yg diiktiraf pastu baru yg lain2 ikut dr bilangan ramai ke yg paling sikit. Baru le takde yg bising2 hati pun senang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:18 PM | Show all posts
motac ni elok tukar jadik kotey jela
bodoh semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 9-1-2025 01:18 PM
Owh dah ada ye versi yg pjg tu? Ingatkn baru nak buat sbb katanya

elemen lain "termasuk seni bina ...

X tahulah baru nk buat ke x.... Sbb tgh viral skang ni ada sorg claim video tu anak dia yg buat, mmg ada masjid bagai....

Xtaulah kot2 dia hasanah jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 9-1-2025 04:08 PM
X tahulah baru nk buat ke x.... Sbb tgh viral skang ni ada sorg claim video tu anak dia yg buat, m ...

Tepek la video tu, setakat palatau watpe
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 9-1-2025 04:15 PM
Tepek la video tu, setakat palatau watpe

Mmg ramai dok minta minah tu tepek hasil video yg anak dia buat..... Tp xder plak dia share.... Ada yg kata jgn share sbb berkait undang2
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 9-1-2025 04:17 PM
Mmg ramai dok minta minah tu tepek hasil video yg anak dia buat..... Tp xder plak dia share.... Ad ...

Pulak dah.....dh mcm kes mahkamah ada subjudis plk......king Kong ni patut kena pecat je la, x nmpk apa sumbangan dia pd ngra
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.746806 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list