“Hidup perlu diteruskan sebab kalau ikutkan saya bukanlah jenis orang yang ‘pegang’ atau tunggu seseorang... Kalau kata sudah bukan jodoh dan rezeki nak buat macam mana.
“Sedikit (kecewa) tapi apa-apa pun sekarang saya malas fikir sebab nak bangkit pada tahun 2025," ujarnya.
Mengakui masih belum bertemu pengganti, Naim kini mahu fokus kepada karier seninya.
Pun begitu dia tidak menolak sekiranya hatinya terbuka untuk menerima seseorang yang baharu dan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
"Siapa saja yang datang selepas ini insya-Allah saya okay saja. Sekarang saya single tapi tidak mencari kerana saya fokus dengan apa saya buat ketika ini.
"Sekarang ini baru saya rasa ‘seru’ nak kahwin dan perasaan itu tidak pernah muncul sebelum ini.
“Kita sendiri pun tak tahu bila panggilan itu sampai. Tapi kalau sudah sampai masa, saya akan jadi orang paling bahagia," luahnya.
Sumber: mStar