View: 24536|Reply: 66
|
[Dunia]
Gempar bumi:TikTok Tidak Lagi Beroperasi Di AS Bermula Esok, undang-undang arahkan Apple dan Google alih keluar aplikasi TikTok daripada gedung aplikasi mereka,muat turun baharu disekat.
[Copy link]
|
|
TikTok Tidak Lagi Beroperasi Di AS Bermula Esok
Aplikasi TikTok tidak lagi akan beroperasi di Amerika Syarikat (AS) bermula pada Ahad susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang mengekalkan undang-undang mengharamkan aplikasi media sosial tersebut, lapor AFP.
Pengharaman itu boleh ditarik semula jika kerajaan di bawah kepimpinan Joe Biden campur tangan iaitu dengan memberi jaminan undang-undang baharu yang menggesa larangannya tidak akan digunakan untuk menghukum penyedia perkhidmatan.
"Melainkan Pentadbiran Biden segera memberikan kenyataan muktamad untuk memuaskan hati penyedia perkhidmatan yang menjamin ketidakkuatkuasaan, namun malangnya TikTok akan dipaksa menghentikan operasi pada 19 Januari," kata TikTok dalam satu kenyataan.
Mahkamah Agung AS masih mengekalkan undang-undang yang disokong oleh Presiden Joe Biden dan Kongres pada Jumaat. Difahamkan, pemilik aplikasi tersebut, ByteDance, turut diberi pilihan sama ada menjual TikTok atau menghentikan operasi.
BACA: Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari
"Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih dan Jabatan Kehakiman gagal memberikan kejelasan dan jaminan yang diperlukan
"Ia penting bagi penyedia perkhidmatan untuk mengekalkan ketersediaan TikTok kepada lebih 170 juta rakyat AS," kata TikTok selepas menerima keputusan Mahkamah Agung.
AFP memaklumkan keputusan sebulat suara mendapati undang-undang berkenaan tidak melanggar hak kebebasan bersuara di negara itu.
Bagaimanapun, ia telah memberi tamparan hebat kepada pemilik syarikat terbabit dan menimbulkan ketidakpastian mengenai apa yang akan berlaku sekiranya larangan itu dikuatkuasakan.
Dalam pada itu, Mahkamah turut bersetuju dengan kebimbangan keselamatan negara tentang pemilikan aplikasi ByteDance iaitu syarikat dari China.
ByteDance dengan tegas menolak untuk menjual operasi di AS, seiring dengan pendirian yang turut disokong oleh Beijing, di mana mereka mengecam undang-undang terbabit sebagai tindakan 'kecurian'.
AFP berkata, para hakim mengakui bahawa TikTok menawarkan saluran yang berbeza dan luas untuk berekspresi, cara berinteraksi dan sumber komuniti kepada lebih 170 juta rakyat AS.
Mahkamah dan kongres menyimpulkan penjualan aset perlu dilakukan untuk menangani kebimbangan keselamatan negara, malah disokong dengan baik mengenai amalan pengumpulan data serta hubungan TikTok dengan musuh asing.
Walaupun larangan tersebut telah berlaku, Rumah Putih di bawah pentadbiran Biden memaklumkan ia tidak akan menguatkuasakannya, namun menyerahkan perkara terbabit kepada presiden akan datang iaitu Donald Trump.
Menurut AFP, Donald Trump yang menentang larangan itu melakukan perbincangan mengenai aplikasi TikTok dengan Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat lalu.
"Keputusan Mahkamah Agung sudah dijangka dan semua pihak mesti menghormatinya," ujar bakal presiden AS menerusi Truth Social sambil mengatakan beliau memerlukan masa untuk mencari alternatif kepada larangan itu.
Sementara itu, undang-undang terbabit juga mengarahkan syarikat Apple dan Google untuk mengalih keluar aplikasi TikTok daripada gedung aplikasi mereka, selain menyekat muat turun baharu.
Kedua-dua syarikat ini boleh berdepan penalti sehingga AS$5,000 (kira-kira RM22,520) bagi setiap pengguna yang boleh mengakses aplikasi berkenaan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia extend lg 3 bulan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Beramai2 american ni pindah g rednote apps china mari. Siap ade yg da pandai ckp mandarin. |
|
|
|
|
|
|
|
American baru tau yg diorg sebenarnya 3rd world country... |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa kat malaysia pun patut diharamkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Malaysia patut kasi haram |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 18-1-2025 02:29 PM
Menggelupur tiktok kena banned... Puji communist....china banned american socmed and entertainment platform sudah lama... China tiada netflix.. Etc... Even search
engine seperti google....
Problem apabila over billion run they mouth |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg best tiktok nih semua bukak mulut je tiktok ke hulu tiktok ke hilir...i first time dgr dulu mcm pprt app je mmg tak pernah dan tak akan install
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju..dan ikut langkah Australia haramkan underage guna social media
|
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 19-1-2025 07:39 AM
Malaysia bila lagi?
Tutup tiktok di Malaysia bermakna tutup periuk nasi peniaga kecil yang berniaga dalam platform tu. Ini akan backfire kepada kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 19-1-2025 06:23 AM
Apa yg best tiktok nih semua bukak mulut je tiktok ke hulu tiktok ke hilir...i first time dgr dulu m ...
Iols baru je install itupun sbb nk dgr ustaz2 bg penerangan psl hukum2..other than that mmg content pprt... |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 19-1-2025 01:45 AM
American baru tau yg diorg sebenarnya 3rd world country...
At least kita kt sini kalo ada 2 jobs bukan sbb nak hidup,survive .itu namanya rajin |
|
|
|
|
|
|
|
meols ada terbaca komen2 pasal diorg question, Harvard tu betul ke susah nak masuk and their exam betul ke susah...meols baru tau American ada property tax. Di China dan kita kat sini, kalu kita dah abis byr loan rumah, rumah jadi hak kita...tapi kat sana tak, kena byr property tax...kalu tak mampu, kena let go the house and merempat...
terkejut American tgk China's city lebih modern, cost of living rendah compare dgn diorg...technology lebih canggih...etc
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 18-1-2025 05:08 PM
Acik acik bila mahu support economy china..Manpower.... |
|
|
|
|
|
|
|
TT depend on the algorithm.....bacaan ayat2 suci Al Quran pun byk kat TT, kdg2 ada siap ada terjemahan skali...suara Qari/Qariah yg merdu...fav meols surah Al Ahzab ayat 35 dari imam dari Uzbekistan, surah Maryam ayat 30-34 by African children, byk lg lah...mcm2 hal berkaitan agama ada kat TT kalu cuols carik...bukan ceramah jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 19-1-2025 09:08 AM
TT depend on the algorithm.....bacaan ayat2 suci Al Quran pun byk kat TT, kdg2 ada siap ada terjem ...
Good info..nnt iols riki2..thanks chuols... |
|
|
|
|
|
|
|
'ripley's believe it or not'....kita tadak a/k tik tok.... |
|
|
|
|
|
|
|
harvard tu semua aspek dia agak susah dgn mahalnya.ivy league la katakan.setiap 100 applicants.. tapis punya tapis hanya lebih kurang 4-5 je yg dapat.pasal property tax ni la kann masa LA terbakar tu deyols baran psl mismanagement.sbb tax kat california mahal.tapi reservoire pun boleh kering kontang.jap nak tanya.. kalo cukai tanah kat sini bukan kira property tax gak ke?at some point..diorg lagi teruk dari kita.terpaling demokratik ,terpaling liberty...ujung2 ban media sosial.sapa yg komunis skrg.ingat tak dulu zaman kalo bn menang.. org bising je.. macai dok carut..tak suka sila keluar malaysia.american pun guna hujah tu tauww.ini salah satu clip diorg baran psl tt kena ban
|
|
|
|
|
|
|
| |
|