Aina Abdul cukup terkenal dengan kekuatan vokal dimilikinya sehingga setiap persembahannya menjadi tumpuan peminat.
Maka tidak hairan kemunculan Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, menerusi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
IG
Bakal mempertaruhkan lagu Puas Sudah, penyanyi itu sudah pun 'berjaya' memenangi kategori Vokal Terbaik versi media sosial apabila meraih undian tertinggi.
Menerusi undian itu, Aina berjaya meraih hampir 30,000 undian secara individu sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai antara bintang berpengaruh dalam pertandingan AJL.
Penyanyi Nadeera yang tampil buat pertama kali di pentas AJL39 juga dijangka memberi persaingan sengit menerusi kategori Vokal Terbaik selain Hafiz Suip, Marsha dan Ernie Zakri.
Sesi undian versi media sosial AJL39 menerima jumlah keseluruhan sebanyak 40,000 undian yang dikumpulkan menerusi tiga pusingan.
Manakala pusingan akhir mencatatkan sebanyak 32,000 undian.
Undian versi media sosial ini berlangsung sejak 22 hingga 30 Januari lalu menerusi Instastory rasmi TV3.
Namun, penting untuk ditegaskan bahawa undian ini hanya bertujuan untuk keseronokan dan tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di AJL39.
Sebanyak 10 buah lagu bakal bersaing iaitu Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah, Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita), Amir Masdi (Sengaja), Akim and The Majistret (Saksama), Hafiz Suip (Bersinar) dan Masdo feat Aisyah Aziz (Pujaanku).
Marsha Milan (Hening Rindu), Ernie Zakri (Aura), Hael Husaini (Diam), Benzooloo, Ghidd Isabatos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique (Risiko).
Malam kemuncak AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann yang akan berlangsung pada 16 Februari depan bermula 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
tu la penyanyi lain pn menjerit jugak. cuma nya fav lagu aku tetap Sumpah. lagu Aina paling sedap dan yg paling layak menang AJL. lain2 lepas tu tak berapa dah sebab kurang melodi dan lirik serupa karangan.
Post time 4-2-2025 06:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagu AA ni betul2 cuma sumpah dgn semalam je okay. Smlm pun x berapa sgt, Yg lain semua sepesen je bunyiii nyeeerrrr. Jerit2. Senualebih kurang. Boringggg
Post time 4-2-2025 07:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
zeed replied at 4-2-2025 07:53 PM
EZ pun takde la cantik. tp lagu dan suara yg melekat di hati tu EZ menang lagi. AA ni takde lagu y ...
Payah dh nk jmpa penyanyi² yg cantik cm zmn 90an duluan.. skrg pun yg jadi penyanyi pun ramai berimej muslimah ngn baju yg menyendat.. kalau dh jd penyanyi patutnya free hair jela dulu sementara fofuler ni (abislah kna hencap kang)
Post time 4-2-2025 08:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by lightheaded67 at 4-2-2025 08:01 PM
Perawankota replied at 4-2-2025 05:28 PM
Knp ekkk aku rasa mcm bosan lak dgn dia ni
tu la kadg mmg kena buat perangai. love hate feeling tu yg ikat org. buat perangai japgi org cerca la tp hok tu yg org ingt ingt pon. perasaan nyampah lagi pekat dari perasaan suka. tgk la retis mana yg smpi skrg duk polower blmbak, mmg pernah buat perangai/jadi bahan soksek.
ish ish ish ( enna jgn ikot ye, cuol dh ade fanbase strong udahle tu,asyik2 buat perangai pun pening juga kalau haters lagi strong dri fanzzzz. done acik capub)