Edited by JoyahMengayah at 19-3-2025 06:11 PM
PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung rayuan terhadap sabitan dan hukuman dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) membabitkan Ahli Parlimen Muar itu di Mahkamah Rayuan hari ini.
Bella yang berbaju kurung tiba di pekarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 8.50 pagi tadi, kira-kira lima minit selepas ketibaan Syed Saddiq.
Ketika ini, kira-kira 30 penyokong Ahli Parlimen Muar itu berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti proses rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana ARMADA.
Sebelum ini, Syed Saddiq melalui satu kenyataannya memaklumkan akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
|