CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 36104|Reply: 22

[Tempatan] Peniaga bazar Ramadan naik harga sehingga RM2

[Copy link]
Post time 19-2-2026 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga bazar Ramadan naik harga sehingga RM2
Hazira Ahmad Zaidi - Februari 19, 2026 @ 4:48pm

Tinjauan di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV kembali meriah dengan kehadiran pengunjung pada hari pertama Ramadan. Foto Nik Abdullah Nik Omar/NSTP

KOTA BHARU: Peniaga bazar Ramadan dikesan menaikkan harga beberapa juadah antara RM0.50 hingga RM2 dengan alasan peningkatan kos bahan mentah yang membebankan.

Tinjauan di Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV, dekat sini mendapati sebungkus lauk gulai kawah yang dijual pada harga RM10 tahun lalu, kini dijual antara RM12 hingga RM15.

Peniaga lauk pauk, Norhasuzi Othman, 46, berkata, mengakui kenaikan harga santan yang mencecah sehingga RM15 sekilogram menyebabkan harga gulai kawah yang dijual terpaksa dinaikkan sebanyak RM2.

"Harga gulai kawah yang dijual pada tahun ini adalah di antara RM12 hingga RM15 satu bekas berbanding hanya RM10 pada tahun lalu.

"Walaupun berlaku kenaikan harga, kebanyakan pelanggan tetap, khususnya yang menggemari gulai kawah masih menjadikan gerai saya sebagai pilihan untuk mendapatkan juadah berkenaan," katanya.

Bagi peniaga kuih tradisional, Abdul Rahman Abdul Aziz, 37, kenaikan harga bahan mentah terutamanya telur memberi kesan kepadanya yang lebih 10 tahun mengusahakan perniagaan kuih muih tradisional.

"Di bazar ini saya menjual lebih 20 jenis kuih muih tradsional dan ada di antaranya yang terpaksa dinaikkan harga sekitar RM1 hingga RM2 berbanding tahun lalu, antaranya jala emas, nekbat, tahi itik dan buah tanjung yang kini dijual RM6 sebekas.

"Walaupun berdepan kenaikan kos bahan mentah, saya cuba bertahan dengan margin keuntungan minimum kerana bimbang pelanggan akan beralih ke gerai lain sekiranya harga kuih yang dijual dinaikkan terlalu tinggi," katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Ahmad Naime Muhammad, 42, berkata harga makanan yang dijual di bazar berkenaan pada tahun ini tidak menunjukkan kenaikan ketara berbanding tahun lalu.

"Kalau ikutkan, harga makanan di bazar pada tahun ini sama sahaja seperti tahun lalu, namun jika mahu dibandingkan dengan dua atau tiga tahun lalu, memang ada perbezaan kerana dahulu makanan dijual lebih murah.

"Setiap kali berlaku kenaikan harga jualan di bazar, ia pasti memberi kesan kepada pelanggan terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Naime mengakui bazar Ramadan tetap menjadi pilihan utama kerana menawarkan pelbagai pilihan juadah yang sesetengahnya yang muncul pada Ramadan sahaja.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf peniaga bazar, tahun ni saya tidak menyumbang kepada ekonomi tuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kenapa pergi beli kalau dah tau mahal?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pergi,tp x leh masuk. Jem sbb rmai org. G dkt umah je. Patah balik,mmg x leh jln besesak² bhmpit² x nak iols. X smpat nk survey harga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:14 PM | Show all posts
Edited by freesia71 at 19-2-2026 08:17 PM

Anak I cakap kuih akok 4 ketul Rm 5.50. Telur takle mahal skrg ni. Gula still harga kawalan. Mengarut betul. Every year sama je reason harga bahan mentah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:15 PM | Show all posts
Edited by freesia71 at 19-2-2026 08:16 PM

Deleted
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2026 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni iols berazam tak nk pegi bazar ramadan...nk bbuka dgn real food je...xnk mkn   mknn bertepung dan bergula...air pn nk minum air masak je
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 01:07 AM | Show all posts
white_musk replied at 19-2-2026 09:02 PM
Dah tu kenapa pergi beli kalau dah tau mahal?

Sebab nak viral dek...sebab bodoh dek
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:21 AM | Show all posts
jrg2 dh masuk bazar skrg..mahal 1 hal..kualiti mknan pun tak seberapa.
better terus ke kedai yg mmg meniaga lauk dan gerai2 kueh yg mmg hari biasa pun dia niaga kueh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:31 AM | Show all posts
esok2 org tak beli ko melalak pulak



tp klu korg perasan

time bulan posa selalunya org2 meniaga akn naikkan harga makanan

dan harga tu akn stay lepas habis puasa

until next yearnya puasa, naik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
freesia71 replied at 19-2-2026 08:14 PM
Anak I cakap kuih akok 4 ketul Rm 5.50. Telur takle mahal skrg ni. Gula still harga kawalan. Mengaru ...


Minyak masak dia bantai yg subsidi punya sama dgn tepung juga rega kawalan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:48 AM | Show all posts
tiap tahun memang masak ja bila bila pun...
tapikalau tak masak... beli briani ayam kapitan sudah...
dah tau sedap and harga pun tak mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:58 AM | Show all posts
bazar kemain pjg2..besar2..lg la persaingan tggi,yg customer makin berkurg
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 09:46 AM | Show all posts
jap gi ada la yg viral lauk basi la, lauk ayam berbau la...sakit perut lps makan makanan param la...same old same old...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2026 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-2-2026 11:17 AM

'hukum(berniaga) pasar 'ramdan'....'semakin bnyk naik harga..semakin ramai yg membeli'.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:18 AM | Show all posts
I berbuka kat masjid je tahun ni, baru nak merasa suasana berbuka di masjid

Seronok juga, makan apa yg ada lepas tu cepat2 solat maghrib - isyak - terawih

Biasa kat rumah makan sambil ngadap tv takde nak tengok time, sambil lewa je solat hujung2 nak isyak
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:20 AM | Show all posts
Tapi, bulan puasa i suka beli nasi arab/nasi beriani

Beli je kat bazar yg org tu mmg dah lama niaga, so masa puasa mmg cari kalau dia ada jual

Tengah2 puasa nnti lah cari
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo itu puncanya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.815064 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list