CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26438|Reply: 187

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
Post time 22-7-2011 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum Teman2 sekalian.

Sebagai memenuhi permintaan Kaypo untuk saya letakkan 'teaser' bagi buku baharu.

Saya akan kongsikan beberapa babak di sini. Untuk cerita lengkap, kena lah tunggu buku ini keluar. Insya Allah. Bila ? Jangan tanya dulu ye sbb saya sendiri pun tak tahu kerana ianya masih di edit lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2011 08:56 AM | Show all posts
Bab 1       

LILI membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih rasa sakit akibat terhantuk di dinding bilik air semalam. Mata di kerling ke jam di meja sisi. 5.13. Dia membuang selimut tebal dan dengan malas membawa dirinya untuk bangun dan duduk di tepi katil. Dia membuat regangan kecil sebelum melangkah ke bilik air. Berhenti seketika dan menyelak langsir, dia nampak bumbung kereta Harith dan segera mata mengalih semula ke katil, ternyata dia tidur sendirian lagi malam semalam. Lili menggaru kepala dan rambutnya yang lurus terpintal-pintal dan nampak kerusut.

Dia berhenti pula di hadapan cermin wardrobe. Merenung dirinya yang tampak serabut, ya lah baru bangun, tapi memang sejak kebelakangan ini diri itu tidak terurus. Bawah matanya ada tompok gelap, dahinya nampak berkedut, bibirnya kering dan merekah dan tubuhnya makin susut. T-shirt besar yang tertulis “SOUTH BEACH” di renung. Kakinya di pukul-pukul, kaki itu nampak keding dan tidak seksi langsung. Lili menarik nafas dan setiap pagi begitulah keadaan dia. Dia tidak berdaya hendak meneruskan hidup untuk satu hari lagi, namun dia gagahi juga. Dengan malas dia melangkah ke bilik air.

Tubuhnya di biarkan menikmati air suam yang mengalir di setiap inci kulitnya yang putih mulus itu. Dia tidak berbuat apa sekadar berdiri dan membiarkan dirinya di basahi air itu, selepas sekian masanya barulah dia menyapu gel mandian, dan ketika haruman lembut aromaterapi itu menusuk hidungnya, barulah Lili membuka matanya. Pergerakannya juga menjadi lebih laju. Dia keluar semula dan ketika itu terdengar azan subuh dari surau di hujung lorong. Solat subuh di kerjakan selepas itu dia membaca dua muka surat surah An-Nisa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 08:57 AM | Show all posts
DIA berlari anak dahulu, setelah badan berasa panas barulah dia melajukan rentaknya. Bukit kecil di daki dan di turuni, nafasnya tercungap-cungap. Langit kelabu dan Lili terus berlari dan berlari, melepasi satu demi satu rumah yang berderet sebelum sampai ke sebuah taman rekreasi. Dia mengelilingi jogging track yang sejauh 1.5 km, membuat pusingan sebanyak tiga kali sebelum kembali berlari pada lorong yang sama, melalui deret rumah yang sama dan akhirnya memasuki lorong rumahnya. Rumah-rumah teres masih diam kaku, cuma beberapa unit sahaja yang sudah kalut untuk memulakan satu lagi hari yang panjang. Kebanyakan penghuni mungkin masih sibuk menyiapkan diri di dalam. Langit ada segaris cahaya putih menandakan tabir siang tersingkap kembali. Lili memperlahankan lariannya, menstabilkan pernafasan dan menikmati kedatangan pagi. Satu suasana yang amat di sukainya.

Pintu pagar di buka, Lili mengelilingi taman kecil rumah lot tepi itu. Kalau empat puluh minit yang lalu, kawasan kejiranan sunyi, kini jiran-jiran sudah mula kalut, ada yang menghantar anak ke sekolah, ada yang bergegas ke arah KL, ada juga ke arah Shah Alam. Semua sibuk dengan urusan masing-masing dan Lili hanya memerhati kekalutan yang tercetus tiba-tiba itu sambil menyiram bunga-bunga yang sudah mekar cantik di satu sudut halamannya. Bunga ros kuning dan merah, memang menjadi kebanggaan dia. Manakan tidak bunga-bunga itu betul-betul menjadi.

Sepuluh minit Lili habiskan masa bercakap dengan bunga ros. Memberi kata-kata semangat untuk bunga itu terus kembang mekar menghisai tamannya. Kadang kalau tiba mood tak berapa betul si Lili, dia akan menyanyi dengan penuh semangat. Apa saja lagu yang terlintas di fikirannya. Lili perasan kalau dia menyanyikan lagu rentak perlahan bunga ros akan tampak lebih bermaya untuk hari itu, kalau dia nyanyikan lagu cinta patah hati, bunga itu juga turut nampak layu sedikit. Bila pemerhatiannya itu di kongsi dengan Harith, Harith hanya membulatkan mata dan menggeleng perlahan, tidak memberi apa-apa komen. Dan baru-baru ini dia ada membaca artikel, ayat Al-Quran yang di dengarkan pada tumbuhan hidup atau haiwan ternakan akan menjadi lebih sihat. Lantas dia sedang berkira-kira untuk memasang radio di tengah halaman itu dan membiarkan ayat-ayat suci berkumandang. Baik untuk bunga dan sudah tentu baik untuk dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 09:01 AM | Show all posts
DAPUR sudah kecoh dengan bunyi pengisar makanan. Hari itu jus tembikai menjadi pilihannya. Semalam pisang dan epal, kelmarin oren dan strawberi, kelmarin-kelmarin betik dan limau nipis. Itulah rutin pagi si Lili, pagi-pagi selepas subuh, dia berlari selama 45 minit, kemudian bercakap dengan bunga-bunga dan tumbuhan hijau 10-15 minit, akhir sekali minum jus buah-buah segar sebelum dia mengurung diri di bilik belakang – sebuah bilik yang di bina dua tahun lepas. Nampak mandom sahaja pada orang lain tapi begitulah dia menyambut sebuah hari baharu.

Harith berdiri di tepi dinding dapur dan memerhati Lili yang mengadap ke arah tingkap dan bercakap sendirian. Lili memang suka menghabiskan masa melihat unjuran  Genting Highlands yang tampak berbalam-balam dari kejauhan.

“Ili…”

Dia terus berhenti bercakap dan memaling tubuh.

“We need to talk.”

Harith masuk dan menarik salah sebuah kerusi tinggi yang terletak di kaunter – breakfast bar. Lili meneliti wajah Harith yang belum membasuh muka, memberus gigi dan tentulah tidak mandi lagi.

“Apa dia ?”
“Pasal kita..”
“Apa pasal dengan ‘kita’” tanya Lili sambil menarik kerusi lagi satu. Dia duduk dan merenung sisi muka Harith.
“I can’t pretend lagi Ili….” suara Harith perlahan. “It’s useless, this marriage tak membawa apa-apa erti. You tahu, I tahu, arranged marriage ni hanya kehendak mak ayah kita.... ”
“You tak pernah cuba…” kata Lili perlahan, dia terasa tekaknya mengetat.
“I tried, I tried very hard. Tapi tak boleh Ili. I love you Ili, but only as friend, tak lebih dari itu. I dah fikir masak-masak, dah fikir sehabisnya…”

Lili bangun dan terus membawa tumbler yang sudah kosong ke sinki. Dia menahan air mata dari gugur. Harith serba salah, dia juga menghampiri Lili dan berdiri sejarak. Bau peluh bercampur roll on deodorant menyengat hidungnya.

“Kita bagi 6 bulan lagi untuk kita ..” pinta Lili.
“Ili, no use, I dah bagi 3 tahun, cukup lah…”

Lili menghela nafas. Tiga tahun bernikah dan dia tidak pernah sekali pun di sentuh lelaki bernama Megat Harith bin Megat Nasir. Mereka tidur di bilik berasingan. Mereka tidak pernah makan semeja, kecuali bila berkunjung ke rumah ibu bapa masing-masing. Mereka tidak pernah menonton tv bersama, mereka tidak pernah ke mall atau ke pasar, atau ke mana-mana bersama, pendek kata mereka adalah dua insan yang di halalkan dengan lafaz ijab dan kabul tetapi hakikatnya mereka adalah dua insan yang tidak pernah mengenali sesama sendiri. Lili mencuba, tidak pernah berhenti mencuba, tetapi Harith tidak membuka ruang itu. Harith tidak membenarkan Lili melangkah ke dalam kawasannya.

“I am not happy, and I can’t make myself happy, unlike you, you can pretend you are happy but I know deep inside, you suffered, as much as I suffered.”
“You suggest kita separate ?” tanya Lili jujur.
“Ya. Kita pun tak pernah bersama Ili, so separation is something unusual in our relationship.” Tenang saja kata-kata Harith, dia tidak tahu betapa terlukanya hati Lili.
“1 month. Give us 1 month.” Suara Lili amat perlahan. “Then, kalau tak boleh juga kita go with our own ways…” mata merah itu merenung Harith. Mengharap untuk 1 bulan lagi.

Harith menggeleng.

“Tak boleh. Sorry Ili, I am marrying Suraya ..…”

Kaki Lili terus rasa lembik. Dadanya terasa sesak dan dia rasa semua peralatan di dapur itu menari-nari. Dia memaut pada birai sinki dan melihat saja Harith yang berdiri tenang di hadapannya.

“Tengahari kita ke pejabat agama. Kita selesaikan apa yang patut.”

Harith terus beredar dari dapur dan berlari naik ke atas. Dia tidak sampai hati melihat air mata yang mengalir di pipi yang makin cengkung itu, dia tidak sampai hati melihat bibir yang kering dan merekah itu terketar-ketar menahan rasa sedih. Setiap hari dia terpaksa melihat kesedihan di wajah wanita itu. Setiap hari jugalah Harith tidak berbuat apa-apa untuk mendekatkan lagi dirinya. Setiap hari juga dia merasa lemas dan tertekan. Hari ini dia akan hentikan semuanya, demi untuk kebaikan dia, juga Lili. Cukup lama dia menyeksa Lili, cukup lama juga dia menyeksa dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 09:05 AM | Show all posts
yeehaa....
akak kiter ader buku baru yer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 09:06 AM | Show all posts
Assalamualaikum Teman2 sekalian.

Sebagai memenuhi permintaan Kaypo untuk saya letakkan 'teaser' b ...
detox Post at 22-7-2011 08:53


detox...sharing is caring maaaa....

yeayyyyy..dalam sesenyap roopanya dia mengeramkan baby baru....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2011 09:11 AM | Show all posts
adoi...1st bab..dah
kalah si nazurah...yg berjaya buat aku perlukan tisu untuk setiap buku dia....tapi tak le dari 1st bab...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 6# kaypo

pandai akak taruk racun errkk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 09:41 AM | Show all posts
Reply  kaypo

pandai akak taruk racun errkk?
midar Post at 22-7-2011 09:16


racun eeehh...tak ler...akak kasi baja je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 9# kaypo

akak...
mabeles la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:27 AM | Show all posts
Alahai, mula-mula dah sedih ni.

But I salute, cerita menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:28 AM | Show all posts
novel kak detox yg dh publish ape tajuk dier ek?;)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:44 AM | Show all posts
Lum apa2 Uda baca dah sakit dada.
xsabo tul nak baca keseluruhan crite detox
selalu terangkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 10:44 AM | Show all posts
Reply 7# kaypo


    kay, biar menangis dahulu dari menangis kemudian....hahahaha

    tu baru skit jek...ada part yang sedih lagi muahahahahhaha.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply 11# zeeghaz


    tq... *hugs*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply 5# midar


    Insya Allah, sekira ada rezeki....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2011 10:46 AM | Show all posts
Reply 13# uda08_za


    alamak janganlah sakit2 dada yang...... take a deep breath..inhaleeeeeeeee ...exhaleeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 12# el-ain


    novel akak yang seketui tu namanya 3 Jantung Hati
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply  kaypo


    kay, biar menangis dahulu dari menangis kemudian....hahahaha

    tu bar ...
detox Post at 22-7-2011 10:44


adoi..awai awai dah kena warning...kena sediakan tisu sblm hujan ya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 12:53 PM | Show all posts
yesssss... detox ada buku baru
gua mesti beli
detox veri versatile lorrr... cerita kelakar, romantik, sedih, semua boleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.256553 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list