|
surah al fatihah beerti surah pembuka kata iaitu surah yang pertama didalam al quran mengandungi 7 ayat yang diulang ulang didalam ibadah solat kita,ia juga digelarkan sebagai ummul quran yakni ibu segala al quran kerana ia mengandungi secara ringkas dasar dasar keseluruhan isi kandungan al quran itu sendiri.
semenjak zaman rasulullah saw dan para ulama',kemudiannya telah mengamalkan membaca surah ini pada setiap majlis agama dan juga doa.memang isi kandungan surah al fatihah pun merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap orang yang bergama islam.diantaranya ialah untuk memohon pertolongan dan juga pertunjuk kepada jalan yang lurus dan bukan jalan yang menyesatkan.
terdapat banyak hadis hadis rasulullah saw mengenai fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah al fatihah ini,diantaranya
- membaca al fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga al quran
- al fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya,diantaranya seperti berikut
- amalkan membaca al fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama 7 hari.insyaallah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan,disamping itu dapat mengawal hati dan juga fikiran daripada perkara perkara yang merosakkan.
- amalkan membaca al fatihah semasa hendak tidur,diikuti membaca surah al ikhlas 3 kali , surah al falaq dan juga surah an nas,insyaallah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
- bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik,termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat,untuk mendapat rezeki yang baik dari keadaan fakir,untuk dapat menyelesaikan hutang,untuk menyembuhkan penyakit agar anak menjadi insan soleh dan berbagai hajat lagi maka hendaklah memohon kepada allah dengan membaca al fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.waktunya ialah diantara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh,amalkan amalan ini sehingga 40 hari,insyaallah hajat kita akan dikurnia oleh allah swt.
- amalkan memba al fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu,insyaallah akan memperolehi rezeki yang baik,juga pangkat/darjat yang baik disisi masyarakat,baik akhlak.mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan allah swt.
- untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan,amalkan membaca al fatihah sebanyak 41 kali semasa makan malam,insyaallah akan dimakbulkan oleh allah swt.
- sesetengah ulama menganjurkan membaca al fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada allah,insyaallah hajatnya akan termakbul.
- dianjurkan juga amalan membaca al fatihah sebanyak 41 kali,insyaallah allah dapat mengubati sakit matasakit gigi,sakit perut dan lain lainnya. demikianlah diantara banyak lagi fadhilat fadhilat membaca surah al fatihah ini
kalau kita melihat sesuatu perkara yang tidak baik,bukan perkara itu tidak bagus tetapi hati kita yang tidak rasa baik,maka periksalah dimana salahnya,ini sesuai sebagaimana firmannya didalam surah ar 'aad ayat 11
ertinya
bahawa sesungguhnya allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum,sehingga kaum itu sendiri yang merubah nya dengan usaha mereka
demikianlah firman allah yang menganjurkan kepada kita.supaya berusaha untuk merubah akan nasib dirinya.jangan sesekali mengantung kan nasib dirinya semata mata dengan takdir dan kekuasaan allah sahaja.
aku telah sediakan buat hamba hambaku yang soleh akan nilai nilai kebaikan yang tidak pernah terlihat oleh mata,tidak terdengar oleh teliga dan tidak pernah sedikit pun terlintas dalam hati manusia (hadis qudsi)
akhirnya marilah kita bersama sama menghayati petikan ini
ertinya
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat allah jika memang benar benar kamu beriman |
|
|
|
|
|
|
|
TT tulisan ssh nak baca selain color biru dan merah..harap TT blh tukar kpd wana lain..jangan ambik hati ye...
Good information... i love it.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT tulisan ssh nak baca selain color biru dan merah..harap TT blh tukar kpd wana lain..jangan ambik ...
ogata Post at 29-7-2011 14:14
Mudah je...select all text = invert~ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam & ingin kongsi...
Kunci bagi memahami kalam Allah ini dgn memahami bhw Allah menurunkan wahyu kpd nabi Muhammad s.a.w. bg melengkapkan kitab² sebelum nya (Taurat, Zabur & Injil) serta menyeru umat Nabi² sblm Nabi Muhammad s.a.w. utk mereka kembali kpd jln yg benar. Dua golongan umat yg paling byk difrmankn kpd rasulullah s.a.w. di dalam Al-Quran disebut dalam:
1- Maghdu (yg dimurkai)
Kaum Yahud yg byk melakukan kemungkaran spt:
- mengubah hukum Allah, kitab² Allah (halal jd haram & sebaliknya)
- menolak Nabi Isa a.s. sbg Nabi dan menghukum salib
- menolak Nabi Muhammad s.a.w. sbg Nabi
- etc.
2- Dollin (yg sesat)
Kaum Nasara yg menyimpang spt:
- Mengiktiraf Nabi Isa a.s. sbg anak tuhan
- Juga mengubah kalam Allah dan kitab mereka
- etc.
Wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih TT kerana kesudian untuk nak share ilmu...
Zad nak tambah lagi dalam buku Hajat untuk Rawatan, Pelindung dan Doa oleh Ustaz Muhd. Abd. Ghani muka surat 12..
Barang siapa yang mengamalkan bacaan Al-Fathihah (125x) selesai sembahyang subuh maka dia akan perolehi maksudnya dan berjumpa dengan apa yang dicari-carinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak tahu niat aku, tetapi setelah aku cukup baca 70 kali, Wanita seksi suka bergaul dengan aku, Aku tak suka sebabnya, rimas bukanya boleh buat apa kat wanita itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak tahu niat aku, tetapi setelah aku cukup baca 70 kali, Wanita seksi suka bergaul dengan a ...
Senyum86 Post at 3-8-2011 15:48
Jangan merepek di bulan Ramadhan. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa benda yang paling penting tentang surah al Fatehah ini ialah membacanya dengan betul terutama ketika solat selain faham makna setiap baris ayatnya. jangan kita sekadar amalkan untuk dapat fadilatnya tapi bacaan pun tak betul sehingga boleh membatalkan solat apalagi ditambah tidak memahami langsung maknanya.
semoga kita termasuk dalam golongan yang bertambah ilmunya. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, very good info . .
kalau ade, tmbah2 la lgi article ni, semoga kita sama2 mndapt menafaat daripadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak buat dlm warna warni lagi cepat info didigest - satu kerja lah pulak nak invert segala
anyway kesian orang perempuan time period tak leh lah bacakan ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# DARSITA
Ctrl+A. Tq. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya jika kita takut akan bersemuka ngan sesapa saja lantaran akibat kekurangan diri kita ( not confident ) tetapi kita perlu juga untuk menyatakan niat kita kepada seseorang itu maka bacalah al Fatiha untuknya InsyaAllah dengan setelah itu apa yang di sampaikan oleh kita maka diterimanya dengan senang hati.Sesungguhnya al Fatiha itu adalah doa yang amat ampuh.
"Illa hadratiin syai'un wala ( nama orang itu atau panggilan biasa orang itu ) ~ al Fatiha... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ada anak yang menduduki peperiksaan, telah ia belajar dengan sesungguhnya tetapi apabila di tanya maka dia tidak pasti akan kebolehannya untuk menjawab soalan peperiksaan maka bolehlah disedekahkan al Fatiha ke atasnya semasa dia berpergian untuk menduduki peperiksaan.InsyaAllah akan berjaya dia di dalam peperiksaannnya.
(Info: aku dah buat dan berhasil ) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika barangan yang di cari amat perlu dan diketahui bahawa barang tersebut ada di rumah dan setelah jenuh mencari setiap sentimeter lapangan dalam rumah namun tidak diketemukan maka hendaklah tenang ajer.
Bacalah al Fatiha 3 kali dan Qul huwallah 21 kali kemudian bertawakkal.
Setelah itu cari di tempat yang bertutup seperti laci atau almari contohnya.
Maka akan ada barang tersebut di situ seolah olah ada yang meletakkannya untuk kita.
( Info: aku selalu buat dan selalu berhasil walaupun 3 hari aku cari tak jumpa ,...las las depan mata apabila laci ku buka sedangkan sudah berkali kali laci tu aku geledah ) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ada kepayahan untuk menyeberang sungai atau paya yang tidak diketahui dalamnya tetapi harus juga ke seberang tetapi tiada jalan lain hanya itu saja, maka bacalah al Fatiha sambil mendongak ke langit, kemudian seberanglah, kedalaman paya atau sungai tersebut cuma setakat dada ajer kerana ada dasar yang kita pijak.
( Info : aku dah buat dan keesokkannya orang menjaring tempat tu mengatakan ianya amat dalam ) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika terdapat anggota tubuh yang patah atau tergeliat maka bacalah al Fatiha sebanyak ayatnya dan usapkan di tempat kecederaan tersebut.InsyaAllah sembuh...( Tapi iman kenalah kukuh )
(Info : aku dah buat tapi masa kecemasan ajer ) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika terdapat anggota tubuh yang patah atau tergeliat maka bacalah al Fatiha sebanyak ayatnya dan usapkan di tempat kecederaan tersebut.InsyaAllah sembuh...( Tapi iman kenalah kukuh )
(Info : aku dah buat tapi masa kecemasan ajer ) |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih yg berkongsi ilmu....
Alhamdulillah...sama2 kita amalkan dan dalami erti & maksudnye... |
|
|
|
|
|
|
| |
|