CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22723|Reply: 52

Bukit Cina, Melaka

[Copy link]
Post time 9-10-2011 11:13 PM | Show all posts |Read mode

Ini sedikit cerita berkaitan Bukit China Melaka. Besar juga kawasan bukit ini tapi sayangnya penuh dengan jirat cina.

Kalau ada yg tahu lagi cerita berkaitan bukit ini, mohonlah share sama-sama


Sejarah Bukit Cina





Bukit Cina yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka mewarisi peninggalan sejarah Negeri Melaka. Bukit Cina ialah sebuah bukit dalam kompleks Bukit Cina mengandungi 5 buah bukit, iaitu Bukit Tempurung, Bukit Cina, Bukit Tinggi, Bukit Tengah dan Bukit Gedong. Walaupun terdapat 5 buah bukit dalam kompleks Bukit Cina, namun hanya Bukit Cina yang disebut dalam sejarah.


Sejarah Melayu menceritakan bahawa Maharaja China ingin merapatkan hubungan dengan empayar Melaka, menghantar anaknya Puteri Hang Li Po dengan 500 orang dayang ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Shah (1457 - 1477). Baginda memilih salah sebuah bukit yang berhampiran dengan Bukit Melaka (kini, disebut Bukit St. Paul) bagi kediaman isterinya.





Di kaki bukit tersebut terdapat sebuah perigi untuk kegunaan isteri serta dayang-dayangnya yang dinamakan Perigi Raja atau Perigi Hang Li Po dan semenjak itu, bukit ini dikenali sebagai Bukit Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok di sekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai 'perigi permintaan' (wishing well).





Bukit Cina menjadi sasaran hampir semua penyerang Kota Melaka sebagai lokasi strategik untuk menakluki Kota Melaka daripada Portugis. Misalnya pada tahun 1528 - 1564, Sultan Alauddin Riayat Syah II dan para pengikutnya menggunakan Bukit Cina sebagai lokasi strategik untuk menyerang pertahanan Portugis di Bukit St. Paul. Johor, Acheh dan Belanda juga menggunakan bukit ini untuk melancarkan serangan ke atas Kota Melaka.




Replika Stadhuys di kaki Bukit China


Pada pertengahan kurun ke-17, Bukit Cina yang seluas 26 hektar dibeli oleh Li Kup @ Kapitan Li Wei King dan diserahkan kepada Tokong Hoon Teng untuk dijadikan tempat pengkebumian orang-orang Cina. Inilah permulaannya Bukit Cina menjadi tanah perkuburan orang-orang Cina di Kota Melaka. Semenjak itu hanya sekali sahaja Bukit Cina ini menjadi sasaran serangan, iaitu pada tahun 1784 apabila Raja Haji menyerang orang-orang Belanda. Raja Haji yang mendarat di Teluk Ketapang sendiri yang menawan Bukit Senjuang, Bukit Cina dan kemudiannya membedil Kota Melaka.




Sebagaimana namanya, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan Cina yang tiba di Melaka bersama Puteri Hang Li Poh. Beliau dihantar ke Melaka oelh Maharaja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan sebagai mengeratkan hubungan diplomatic sehinggalah penjajahan British pada tahun 1511. Hari ini Bukit China menempatkan tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri China iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan dinasti Ming.




Perigi Hang Li Po di kaki Bukit China





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2011 11:18 PM | Show all posts
Lagenda Bukit China




Pada suatu ketika dahulu, Melaka merupakan antara pusat perdagangan dan pelabuhan yang paling utama di rantau ini. Dan antara negara yang telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka ialah negara China. Walaupun Melaka hanyalah sebuah negeri kecil jika dibandingkan dengan China, namun itu bukanlah faktor yang menghalang hubungan yang baik antara Melaka dan China. Hubungan antara kedua-dua kuasa ini semakln erat apabila peminangan Sultan Mansur Syah untuk mengahwini Puteri Hang Li Po dipersetujui oleh Maharaja China.

Setelah segala persediaan diatur, maka tibalah Puteri Hang Li Po bersama dengan rombongan dari China. Rakyat Melaka terpegun dengan kecantikan Puteri Hang Li Po dan sambutan yang diberikan kepada rombongan dari China begitu meriah sekali. Tetapi oleh kerana rombongannya adalah terlalu ramai, maka timbul pula satu masalah untuk menempatkan rombongan dari China itu.

Masalah ini segera diatasi apabila Tun Perak yang terkenal dengan kecerdikannya telah mencadangkan sebuah bukit yang dikira begitu sesuai untuk rombongan dari China itu. Bukit itu terus diberi nama Bukit China dan sejak itu Bukit China tidak boleh dipisahkan daripada sejarah negeri Melaka.

Bukit China mempunyai kisah sejarah dan lagendanya. Di kaki bukitnya terdapat sebuah perigi yang dipanggil Perigi Sam Po. Perigi itu mendapat namanya daripada Laksamana China yang terkenal iaitu Laksamana Cheng Ho. Ada yang menyatakan apabila Laksamana Cheng Ho meminum air perigi itu, air tersebut terus menjadi bersih dan jernih. Dan ramai yang mempercayai jika sesiapa yang pernah meminum air perigi tersebut, pasti akan kembali semula ke Melaka, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tidak kurang juga yang membaling duit ke dalam perigi tersebut sambil meminta permintaan mereka dikabulkan.

Sehingga hari ini Bukit China terus dikunjungi dan akan terus menjadi salah satu tapak sejarah yang penting di Melaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 11:27 PM | Show all posts
aku pernah lalu sekali bukit cina ni ms balik dr mp.tgh malam lak tu.

ms lalu x tau pun tu bukit cina.alih2 bila smpi kat umah br member aku cerita tmpt yg kita lalu td bukit cina.

ntah aku rs ms lalu bukit tu biasa jerk.mcm lalu jalan2 yg lain.member aku ckp bukit tu angker gaks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 11:29 PM | Show all posts
aku pernah lalu sekali bukit cina ni ms balik dr mp.tgh malam lak tu.

ms lalu x tau pun tu bukit  ...
otai_g Post at 9-10-2011 23:27


betul lah tu
mmg bukit tu biasa aje

yg x biasanye bukit tu dah penuh dgn kubur cina
dan dah mcm terwarta sbg hak milik kaum cina sampaikan kerajaan tak boleh nak buat apa dah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply 4# koboi

member aku ada cerita kat aku.
ms dia and the gang nak balik rumah x tau la blk dr mana bila smpi rumah je member dia sorang dah kena rasuk.
tetiba kawan dia tu leh ckp melayu tp ikut slang cina.
rupa2nya hantu cina tu masuk kat badan dia masa lalu kat bukit cina ni la.
jin cina tu ckp dia dah beratus2 tahun ada kat bukit tu dan dia dtg sezaman puteri hang li po dulu.
huh macam2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply  koboi

member aku ada cerita kat aku.
ms dia and the gang nak balik rumah x tau la blk dr ...
otai_g Post at 9-10-2011 23:36


wah...
x pernah plak denga citer gitu otai
koboi nih beser gak lalu kaki bukit tu kdg2 jam 1 pg pun ada
tp tak lak jampa apa-apa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2011 12:05 AM | Show all posts
jalan dia mmg agak scary.. sebab gelap. kalau malam, x perasan apa yg ada kt keliling bukit tu.

selalu kalau lalu time awal2 je, cam kul 8-9 cam tu. lebih dari tu da x berani laa.. tp depan2 tu byk gak kampung2 melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 12:07 AM | Show all posts
jalan dia mmg agak scary.. sebab gelap. kalau malam, x perasan apa yg ada kt keliling bukit tu.

...
AnnaMarrytta Post at 10-10-2011 00:05

ye betul

bukit china dikelilingi kampung melayu dan kampung cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 10:14 AM | Show all posts
Teringat masa aku main bola dulu. Masa tue aku main untuk under 12. So, latihan pusat buat kat high school Mallaca laa. Masa tue kiterorg ada dlm 20 org.  Tiap2 pagi coach akan suruh kiterog lari (sebelum breakfast dlam jam 7 pagi) naik bukit China. Dah laaa lari keliling pastu sampai atas turun balik. Penat mmg tak payah cakap laaa. Mmg scary laaa sebab lari sebelah menyeblah kubur. Ekekkeke..... semua lari sama laju jer. KEKkekeke....takut tercicir. Bila ada yg speed mmg kena maki. Tapi bila sampai puncak ramai jer ....aunti2 and uncle yg sedang bertaichi. Diorg kul 6 dah start datang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 10:17 AM | Show all posts
Jap2 nak tambah.....

Keliling bukit cina nie sebenarnya byk tempat makan yg menarik and sedap. Ada satu ROJAK MAMAK kat area bus stop. Pastu depan PERIGI HANG LI PO port Asam Pedas PoWER. Petang2 makan goreng pisang, keledek Goreng area nak ke Sekolah Sri Kota. Ada 2-3 lagi laa kelliling Bukit China nie.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 04:41 PM | Show all posts
tempat aku jogging hujung minggu....mencabar dan tercabar rasanya..boleh gi satu round non stop sajork...tak larat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 09:10 PM | Show all posts
aku rindu myhometown..hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 09:47 PM | Show all posts
aku rindu myhometown..hehehe....
ncsha Post at 10-10-2011 21:10


jomlah balik kampong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 09:48 PM | Show all posts
tempat aku jogging hujung minggu....mencabar dan tercabar rasanya..boleh gi satu round non stop sajo ...
larikesurga Post at 10-10-2011 16:41

betul..
memang mencabar
buleh tahan luas jugak bukit ni
tp senang2 je apek2 ngn nyonya2 daki utk training taichi kat atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 09:50 PM | Show all posts
Jap2 nak tambah.....

Keliling bukit cina nie sebenarnya byk tempat makan yg menarik and sedap. Ad ...
mertzxx Post at 10-10-2011 10:17

sangatlah benar

keliling tu ada makanan buleh tahan la

ada rojak perigi, asam pedas lada itam, nasik lemak limaposen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 09:51 PM | Show all posts
Teringat masa aku main bola dulu. Masa tue aku main untuk under 12. So, latihan pusat buat kat high  ...
mertzxx Post at 10-10-2011 10:14

skola high school ke beb?
teman mmg ex-high school
merentas desa high school mmg acara tetap kena daki bukit ni tetiap tawon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 08:25 AM | Show all posts
aku orang bukit china....umah keluarga aku btol2 bawah bukit china..dpn sekolah..tak da apa pun..alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:28 AM | Show all posts
kat sini rupenye org2 mlk berkumpul yer


btw, aku selalu makan rojak mamak, mee rebus dan cendol mamak tu. sedap betulll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2011 11:04 AM | Show all posts
aku orang bukit china....umah keluarga aku btol2 bawah bukit china..dpn sekolah..tak da apa pun..alh ...
zazb46 Post at 11-10-2011 08:25


koboi asal bukit china jugak, belakang bangunan 9 tingkat
sekampung lah kita ni ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2011 11:06 AM | Show all posts
kat sini rupenye org2 mlk berkumpul yer  


btw, aku selalu makan rojak mamak, mee rebus dan ce ...
aurelia Post at 11-10-2011 09:28


hahaha betul betul....
memang sedap makan mamak tu
tehs arbat dia pon sedap...
betul2 kat kaki bukit china kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.692030 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list