View: 9233|Reply: 43
|
Ingin memagar rumah dan keluarga.... siapa sudi bantu ku?
[Copy link]
|
|
As salam warga MPS.
Ada tak sesiapa yang boleh tunjukkan tempat guru yang ahli dalam ilmu pendinding, saya merayu dan mintak tolong sangat-sangat. Keluarga (suami dan anak tiri) saya mungkin akan di sihir lagi, dan pernah di sihir sebelum ini.
Kenapa saya buat pemintaan macam ni, kisahnya kerana adik bongsu suami sering mengalami masalah dengan suaminya. Sebab itu adik ipar suami mengunakan ilmu hitam untuk melemahkan suami saya supaya suami saya tidak dapat membantu adiknya. Kami pernah pergi berubat dan kini suami saya mula sakit-sakit lagi.
Baru petang tadi adik ipar suami datang ke rumah saya dan membuat kacau sehingga saya sekeluarga terpakasa ke balai. Saya bimbang sebab saya ada anak kecil dan adik ipar suami nampaknya sangat berdendam dengan kami sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# pumpkin_penyek
Assalamualaikum, akak pumpkin_penyek..
Cuba try contact dan PM list2 nama kat bawah neyh :
SENARAI PERAWAT-PERAWAT ISLAM DI CARI FORUM....
1) Saudara HK
Lokasi- Johor Bahru. No tel - 019-7516287
http://hantukiller.blogspot.com
2) Saudara TB (TunggulBatu)
Lokasi- Puchong No tel- 019-2145265
http://rawataninsaniah.blogspot.com
3) Saudara Madmualij
Rawatan Islam Al-Insyirah
http://muhammad-muallij.blogspot.com
** Atas permintaan tuan punya diri, no telefon tak dapat di paparkan di screen ni. Kepada sesiapa yang berhajat, sila lawati blog beliau
4) Cik Lah cute
Lokasi : Kota Bahru
5) Saudara Rdzacess.
Lokasi - Selangor no Tel - private No
[email protected] atau PM
6) Saudara Kairouseki
Lokasi - Selangor no Tel - 013-8251393
Jadual Merawat - Hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja...
Selain dari hari tersebut, perawat perlukan masa untuk ke kelas agama & dating aktiviti yang sewaktu dgnnya
Harap2 membantu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam.. saya pun nak tanya soalan yang lebih kurang.. cam na nak memagar? Dulu masa asrama, adalah malam2 tu baca 3 Qul, Ayat Kursi ngan azan kat penjuru and pintu pastu tiup, tapi tu kami buat tiap2 malam.. Camne kalau saya nak pagar/dindingkan cubicle office?
ps. Ada kisah angker jugak di sebalik nak pagar-memagar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# 7teen
Terima kasih kerana sudi membantu, saya sangat hargai. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# pumpkin_penyek
Sama-sama..Saya doakan kakak pumpkin_penyek akan dapat selesaikan masalah akak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga solat 5 waktu, sentiasa bersedekah kepada mereka yang perlu, dan bnykkan membaca al Qur'an di dalam rumah. Ini adalah secara umum. InsyaAllah Allah akan membuka laluan kepada kita utk menghadapinya.
Setiap sesuatu datang dari Allah s.w.t semata2. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
mak selalu pesan.. utk pagar diri & rumah.. tiap2 mlm sblm tido baca al-fatihah,
3 Qul, ayat Qursi.. pastu niat & hembus keliling kita & bayangkan seolah2 kita pagar diri & rumah dgn ayat2 td.. tawakkal tu A'lallah ..
p/s kalo mslh serius mgkin perawat blh bantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# rosa_canina
Terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru baru ni aku ada pergi menziarah seseorang yang sakit ( macam sakit kenan gitu tapi asalnya dia sihat ). Kemudian ahli keluarga dia tanya , samada aku nak pagar ker tidak.
Kemudian aku tersenyum sambil berkat kepada mereka ' Buat apa nak pagar lagi ' Kat luar tu dah memacam makhluk duk standby.'
Mereka termangu mangu.Aku sambung lagi...
" Lain kali kalau nak pagar , tengok dulu siapa yang buat. Ini bomoh yang menggunakan makhluk halus, dan makluk halus ni dia tugaskan untuk menjaga kawasan rumah. jadi kalau orang yang beriman atau yang merawat menggunakan ilmu Allah ni, mereka akan di ganggu atau di bisikkan agar tidak sampai ke rumah pesakit. Jadi tak dapat merawatlah."
Lepas tu aku cakap lain kali lah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Itulah dia.
Jadi seeloknya habis sesatu dulu. Nanti bertimpa timpa pulak. Kalau perawat yang kaedahnya berpuasa semasa menjalankan perawatan tak per lah , habis kuat tambang pergi balik ( itu pun kalau nak beri ) . Jadinya , nak beli itu nak beli ini sebab nak rasuah makhluk halus yang bertenggek kat pintu, yang bersenam kat dapur, yang termenung kat tangga, yang releks kat kolong rumah, yang bergayut kat ampaian, yang dok skodeng atas bumbung. Ini perawat yang guna makhluk halus juga supaya dia punya boleh masuk korum. Tak ker mencecah ratusan ringgit?.
Nak zast satu satu pun , kalau kena. Kalau missed, macam mana?.
Jadi seeloknya keluarga pesakit bertanya kepada perawat apa tujuan sesuatu langkah yang dibuat oleh bomoh yang macam ni . |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf kalau soalan saya ni macam bodoh, tapi boleh tau tak macam mana teknik memagar rumah ni? Adakah dengan menabur garam yang telah dibacakan ayat al quran atau pagar dengan membaca surah-surah tertentu. Sebabnya ayah saya kata tak perlu nak pagar-pagar rumah. Kita mintak aje pada Allah suruh lindungi diri kita & keluarga. Allah tu maha mendengar. Harap ada yang sudi menerangkan. Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
/^ Post Last Edit by .*? at .*?
/spenah dengar untuk rumah pagar istana. Katanya guna paku 4 batang. Dapat menghindar pencuri dan tuju2.
Untuk perjalanan langkah panglima. Baca ayat sket. Hentak kaki ke tanah. Katanya diamal oleh panglima perang zzaman dulu. Terhindar semua bahaya dan gangguan jahat. Dia dah 20 tahun bawa keta takde lesen. Tak penah kena saman.
Dari sorang bomoh orang asli
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun ada soalan juga..sory TT tumpang rumah u untuk bertanya..
saya pernah terdengar ibu kepada kwn kepada kwn saya kata bahawa memagar rumah dengan garam atau dengan paku adalah syirik.. dan kita hanya boleh minta perlindungan dr Allah s.w.t sahaja... saya hanya berdiam diri dengan kata2 tersebut.
apa2 pun segala jawapan dari pihak forumer lain amat saya hargai. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun ada soalan juga..sory TT tumpang rumah u untuk bertanya..
saya pernah terdengar ibu ke ...
ogata Post at 28-2-2012 11:38
Sebenarnya mengikut pengalaman saya, lada hitam adalah objek tangkal yang amat disukai oleh jin dibacakan ataupun tidak dengan ayat suci al-quran. Lada hitam itu pada asalnya tak punya apa-apa pun ketika kita beli tetapi apabila dibacakn rukyah pada lada hitam itu dengan niat membuat pagar, maka automatiknya dia akan dihuni oleh jin-jin islam yang berkeliaran dikawasan tersebut.
jika ditabur dikeliling rumah oleh perawat islam, maka berbondong-bondong lah datang jin-jin islam bertugas mengawal kawasan tersebut. Pagar untuk menghalang dan halau jin sebenarnya berfungsi sebagai rumah jin-jin islam bertugas mengawal keselamatan rumah.
Lada hitam itu kegunaannya dan khasiat yang diberikan Allah ialah pada rasanya yang pedas untuk untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibacakan rukyah pada lada hitam itu kebarangkalian dan risiko lada hitam untuk menjadi tangkal meningkat bergantung kepada niat masing-masing. Maybe sipembuat pagar itu berasakan itu adalah ikhtiar dan usaha yang tidak melanggar syarak dan berdasarkan kitab-kitab perubatan yang ada.
Bagi saya ikhitiar itu memang perlu tetapi ikhtiar tu perlulah mengelak dari shubhah dan keraguan. Si pembaca niat usaha kerana Allah, Allah punya kuasa, tetapi untuk disakit belum tentu lagi. Berdasarkan pengalaman saya dan pengamatan saya usaha membuat pagar halus nie sebenarnya adalah kerja sia-sia dan tak berkesan. sebabnya:-
a) jin tak takut pun pada lada hitam yang dibacakan rukyah malah mereka menjadikan lada hitam tu sebagai rumah.
b) Hakikat penggunaan jin untuk menjadi pak guard untuk menghalang jin lain.
c) Garam, lada hitam dan objek makanan ini akan menjadi tangkal dan wafak yang berisiko untuk membuatkan anda mensyirikkan Allah.
maaf, saya malas nak taip...ambil aje dari blog saya..
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/12/lada-hitam-garam-dan-kacang-hijau.html#more |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Doa Abu Darda’
Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, bahwa seseorang pernah menemui dan memberitahu Abu Ad-Darda’ dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar.” Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Karena kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga sore. Dan barangsiapa membacanya di sore hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi”. Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda’ selamat. Doa itu adalah :
Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.
“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.
Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Mengikut apa yang abangwan tahu kaifiat membaca doa ini ada setiap kali iaitu selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.
Doa ini sangat bermanafat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita.
http://milkyway25.wordpress.com/2009/02/07/doa-abu-darda/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# 800wg
Awak boleh nampak jin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Doa Abu Darda’
Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, bahwa seseorang pernah menemui dan memberitah ...
kertasputih Post at 28-2-2012 15:40
Maha suci Allah...ayat2 pujian dan zikir di dalam doa tersebut memang mengusik kalbu. Terasa sangat kerdil dan hina jika memikirkan kebesaran dan keagungan sifat2 Allah s.w.t.. Subhanallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 800wg
Awak boleh nampak jin ke?
evilcooler Post at 28-2-2012 16:30
kadang-kadang ikut mata batin..kadang-kadang mata kasar. kadang2 dah terlambat...dah menyelinap masuk badan saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# 800wg
Hebat betul awak ni, sampai mata zahir pun boleh nampak.
Teringat kat ucapan Imam as Syafie "Sesiapa yang mengatakan mereka boleh nampak jin dalam bentuk zahir adalah penipu" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 800wg
Hebat betul awak ni, sampai mata zahir pun boleh nampak.
Teringat kat ucapan Imam ...
evilcooler Post at 28-2-2012 18:42
salam,saya dah biasa dipanggil penipu. saya tak mintak anda percaya pun. Orang tanya saya jawab secara ikhlas dan betul.
maybe next time saya tipu ajelah...saya tak boleh tengok jin dgn mata kasar... Thanks anyway for the reminder from iman syafie...alhamdullilah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|