View: 20369|Reply: 136
|
Sapa Ada Sebarang Penyakit Masuk Sini
[Copy link]
|
|
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
Disini saya tidak menjual produk atau ubat untuk merawat sebarang penyakit,tetapi saya ingin memberi bantuan untuk penyembuhan penyakit seperti migrain,kencing manis,kanser,busung dan sebagainya.Maksud penyembuhan adalah dengan keizinan Allah s.a.w.saya hanya orang perantaraan.Dengan kemahiran pengubatan yang dianugerahkan dari Allah s.a.w kepada saya.maka saya wajib membantu orang yang mempunyai masalah penyakit.Teknik perubatan yang saya lakukan hanya menyentuh tempat yang sakit,contoh penyakit migrain,saya hanya menyentuh dikepala pesakit dan saya akan menarik keluar penyakit tersebut melalui tangan kanan dan memindahkan penyakit tersebut kepada saya kemudian barulah saya keluarkan penyakit itu.Ini adalah perubatan batin,mungkin sukar untuk sesetengah orang ingin percaya tapi itulah anugerah yang saya dapat melalui mimpi dan di alam nyata.Kalau anda semua ingin berikhtiar,datanglah berjumpa dengan saya.saya hanya menyuruh anda membawa barang untuk kos perubatan yang nilainya tidak sampai rm10.00.Apabila anda datang untuk dirawat,saya tidak letakkan harga,tiada pembelian ubat,tiada cas tersembunyi dan tiada pengeras tapi seikhlas anda.Yang boleh saya katakan Ilmu Allah tiada boleh dijualbeli.Yang pasti setiap Penyakit ada ubatnya kecuali MATI.Rawatan ini sesuai untuk semua Bangsa Dan Agama.
Untuk pengetahuan umum,2 minggu lepas saya baru sahaja merawati seorang pesakit,di mana pesakit tersebut sakit pinggang dan kembung perut.pesakit tersebut telah pergi ke Hospital tapi tiada penyakit yang dikesan.2 orang ustaz telah dipanggil tapi masih tenat.Semasa beliau sihat,3 hari sebelum puasa baru2 ini,pesakit tersebut telah mengurut orang akhirnya sesuatu terkena pada beliau(Pesakit adalah seorang tukang urut).Tubuhnya yang gemuk menjadi kurus,hanya perutnya sahaja yang tidak kurus.beliau juga tidak boleh bangun,hanya baring sahaja,cukup kesihan,bila memandang wajahnya,dihati ini dapat merasakan penderitaan yang ditanggungnya.Mulutnya sentiasa merenggek kesakitan,pada pendapat saya sekiranya tidak dirawati perutnya akan menjadi busung akhirnya menjadikan habis nyawa,ini kerana beliau tidak lalu makan,hanya minum air sedikit sahaja.itu pun sedikit sahaja air yang diminumnya.Setelah saya dipanggil oleh keluarga pesakit,saya telah merawat pesakit tersebut.pada 23.08.2012 iaitu malam tadi (Hari Raya Pertama),saya telah pergi melawatnya,syukur alhamdullillah pada Allah s.a.w keadaannya bertambah baik dan wajahnya sudah berseri.penyakitnya akan beransur pulih sedikit demi sedikit..ini adalah kisah benar,boleh dibuktikan tapi kena datang jumpa sayalah.
Anda boleh bertanya pelbagai perkara berkenaan penyakit anda disini.Insyaallah saya akan jawab pertanyaan anda.Saya juga akan menceritakan Pengalaman saya membuat rawatan di dalam thread ni.Jadi rajin2lah masuk dalam thread saya ni.
Sebarang kemusykilan email saya : [email protected]
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sakit kaki cam lenguh2 dan lebam2 tanpa sebab boleh berubat tak?
Kalau lambat atau berat jodoh tu boleh berubat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Eliadaisy83 posted on 24-8-2012 11:57 AM
Kalau sakit kaki cam lenguh2 dan lebam2 tanpa sebab boleh berubat tak?
Kalau lambat atau berat jodo ...
Berapa lama dh sakit kaki dan lebam tu.Kalau dah lama dalam 2 minggu,sudah pasti saya boleh rawati.kalau awak biarkan tanpa dirawat dari 2 minggu jadi 2 bulan dan seterusnya....bahaya.tapi pastikan check kt doktor klinik dulu.berkenaan dengan jodoh,ni bukannya penyakit tapi berkaitan dengan aura awak.Sekiranya awak inginkan aura awak cukup kuat,disayangi dan disukai orang sekeliling sila email saya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya mohon dirawat, kat mana lokasinye ye ? |
|
|
|
|
|
|
|
madmualij posted on 24-8-2012 12:36 PM
salam
saya mohon dirawat, kat mana lokasinye ye ?
Wasalam,
Saya berada di Jalan Gambang Kuantan.Pahang.Awak boleh email masalah awak pada saya,nanti saya akan berikan no telefon saya pada awak,apa yang awak perlu bawa semasa berjumpa saya untuk rawatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang pernah kena tak,sakit kepala yang amat sangat,muka sampai merah,nak berdiri pun tak larat.boleh dikatakan kerap diserang dengan penyakit ni.anda sentiasa bergantung dengan ubat penahan sakit.kalau tidak,anda akan menahan sakit kepala sampai tertidur.anda boleh kongsi pengalaman sakit anda disini.BERAPA KERAP ANDA DISERANG,BERAPA KALI ANDA BERJUMPA DOKTOR DENGAN HARAPAN UNTUK SEMBUH,BERAPA BANYAK KOS PEMBELIAN UBAT MODEN ATAU TRADISIONAL,PERNAHKAH ANDA BERPUTUS ASA UNTUK MERAWAT PENYAKIT ANDA.Tahukah anda ubat-ubatan moden atau tradisional belum dapat lagi penawarnya Dan tahukah anda kebiasaanya penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya untuk sesetengah orang tanpa bantuan ubat.Tahukah anda penyakit migrain ada dua kategori.Dalam ilmu kebatinan Islam,dua kategori itu dimaksud adalah 1.Makhluk halus(Jin) yang menumpang dalam kepala anda dan menganggu kehidupan anda.Ini kerana kurangnya Makanan Rohani pada diri anda dan 2.Makhluk Halus(Jin) yang datangnya dari keturunan anda lalu menganggu kehidupan anda,maksudnya adalah SAKA.Sekarang anda sudah faham,maka tepuk dada tanya selera.Oleh demikian cara perubatannya adalah dengan cara menarik mahkluk halus itu keluar dari tubuh anda.anda tidak akan merasa apa2 dalam rawatan tersebut.tapi keesokan paginya bila anda bangun tidur badan anda akan merasa lemah dan tidak bermaya.itu hanya kesan sementara sahaja hanya beberapa jam.Maaf ya,saya bukan pengamal Ilmu Hitam.jangan sangka saya begitu atas kelebihan yang Allah s.a.w anugerahkan pada saya.semua bacaan dalam perawatan menggunakan Ayat Alquran yang maha agung.Pernahkah anda terfikir kenapa penyakit kanser,migrain,kencing manis,aid dan seangkatan dengannya,tiada lagi penawarnya.walhal dunia sudah akhir zaman,teknologi perubatan berkembang dengan pesatnya tapi masih belum lagi jumpa penawar penyakit yang sudah ada berkurun lamanya.anda fikirkanlah sendiri Last edited by kijabung on 24-8-2012 01:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
madmualij posted on 24-8-2012 12:36 PM
salam
saya mohon dirawat, kat mana lokasinye ye ?
ngeh....ngeh...ngeh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Hari Raya Pertama secara kebetulan beraya dirumah sahabat isteri.Nak di jadikan cerita ada seorang kanak2 berumur 1 tahun 5 bulan.Melihat keadaan anak kecil itu macam luar biasa sikit,walau pun umurnya sudah setahun setengah tapi keadaannya macam bayi berumur 8 bulan.badannya kecil tapi kepalanya agak besar sedikit.Kemudian saya mendukung anak tersebut,alahai ringan sangat2,rasa2 adalah dalam 5 atau 6 kilo.Menurut penjaganya keadaan anak tersebut sihat setelah di periksa oleh pihak hospital kuantan.dan menurut penjaganya lagi,anak itu makannya kuat dan berselera tapi yang hairannya tubuhnya tidak membesar seperti kanak-kanak lain.Apa pun setelah saya mendukung anak tersebut saya sudah dapat merasakan sesuatu ada dalam diri anak tersebut.tapi nama dah pun beraya,bukan niat untuk merawat,namun atas sifat kemanusiaan dan keprihatinan saya telah merawat anak tersebut sambil lalu,saya hanya memegang kepala anak tersebut hasilnya saya dapat menarik makhluk halus yang bersarang dalam tubuh anak itu.Selepas benda itu di keluarkan,keluarnya peluh jantan yang agak banyak sehingga penjaganya sedikit terkejut dengan keadaan anak itu.Saya telah menyatakan bahawa keluarnya peluh itu tandanya keadaan anak itu akan beransur normal seperti kanak2 yang lain,insyaallah...mudah2an,Allah s.a.w itu maha penyayang lagi maha pengasih.Apapun saya beritahu kepada penjaganya supaya anak itu perlu dibuat pemagar supaya benda halus itu tidak masuk kembali kedalam tubuh anak kecil tersebut.Ini kerana saya tidak menakluk jin tersebut tapi hanya membawa keluar dan melepaskan begitu sahaja.harap penjaganya bertemu saya semula. |
|
|
|
|
|
|
|
noradaniez posted on 24-8-2012 03:22 PM
ngeh....ngeh...ngeh.....
sambung ngan
hi...hi...hi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kucing boleh ubatkan tak (sedih kucing saya ada penyakit yang teruk).
dah beratus habis nak ubatkan anak kucing jalanan yang saya sayang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
madmualij posted on 24-8-2012 12:36 PM
salam
saya mohon dirawat, kat mana lokasinye ye ?
Nakal eh Mad
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak naikkan aura, ape yang perlu dibawak semasa berjumpa dengan encik/puan/cik untuk berubat? |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 24-8-2012 09:14 PM
Kalau kucing boleh ubatkan tak (sedih kucing saya ada penyakit yang teruk).
dah beratus habis ...
Pergi ker klinik kucing,settle masalah hahaha....... |
|
|
|
|
|
|
|
PostBanhammer posted on 25-8-2012 01:44 AM
Kalau nak naikkan aura, ape yang perlu dibawak semasa berjumpa dengan encik/puan/cik untuk berubat?
Kalau yang tang aura tu,tak perlu bawa apa2,call aje saya,akan saya terangkan.check PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kijabung posted on 25-8-2012 08:51 AM
Pergi ker klinik kucing,settle masalah hahaha.......
sudah pergi, tapi tidak sembuh. bukahkah saya dah katakan sudah ratusan habis. sebab itu saya bertanya pula pada kamu. kalau tidak boleh tak mengapa, saya hanya bertanya.
Last edited by Santeira on 25-8-2012 10:40 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 25-8-2012 10:39 AM
sudah pergi, tapi tidak sembuh. bukahkah saya dah katakan sudah ratusan habis. sebab itu saya bert ...
Maaf saya tidak merawat kucing....
|
|
|
|
|
|
|
|
salam en. kijabung...sy ada satu permasalahan disini, adik ipar sy seringkali mengamuk-ngamuk seperti hilang akal dengan cara memukul dirinya sendiri, perkara ini telah lama berlaku, bila dibawa pergi hospital, dr kata dia ada sawan, dan hanya diberi ubat penenang, tp dari pemerhatian sy ,adik ipar sy tu bukannya kena sawan, sebab memang pelik cara amukanya, bila ditanya kenapa dia mengamuk, dia cakap ada suara-suara yg membisik kepadanya utk melakukan sesuatu, tp dia menentang sebab tu dia akan pukul dirinya sendiri, pernah jugak dibawa jumpa ustaz dan bomoh, pernah seorang ustaz tu pernah buang seekor jin dlm badanya, jin itu memang sudah tua kerana terlalu lama dlm badanya...tp baru2 ini keadaannya kembalinya spt dulu, mengamuk-ngamuk..so sy harap sekiranya en kijabung dapat membantu sy dlm hal ini. bagaimana sy dpt hubungi en kijabung?? |
|
|
|
|
|
|
|
salam, sy ingin d rawat tp jauhnya...sy duk sabah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Komrade posted on 25-8-2012 11:16 AM
salam en. kijabung...sy ada satu permasalahan disini, adik ipar sy seringkali mengamuk-ngamuk sepert ...
Wasalam,
Pada hemah saya,perkara yang sebegini banyak sebabnya.Saya harus berjumpa dengan pesakit dahulu.Tapi walau apa pun sebabnya saya akan tarik jin itu keluar dari tubuhnya dan saya takluk jin tersebut.kemudian saya buat pemagar diri pada pesakit supaya kuncu-kuncu jin yang diluar sana tidak dapat masuk kedalam didalam tubuh pesakit.Insyaallah jika di izinkan Allah s.a.w.kalau mahu hubungi saya check pm
|
|
|
|
|
|
|
|
m3andm3 posted on 25-8-2012 11:19 AM
salam, sy ingin d rawat tp jauhnya...sy duk sabah...
Wasalam,
sekiranya awak berkesempatan datang ke Semenanjung,boleh hubungi saya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|