View: 88115|Reply: 2521
|
RUMAH BORAK GPR V121 - Salam Maal Hijrah 1434H
[Copy link]
|
|
Kelebihan Bulan Zulhijjah
*
Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban.
Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
*kreadit to : lenggangkangkung-my.blogspot
Last edited by kucingkarate on 16-10-2012 09:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (QS. Al-Hajj: 28).Menurut Ibnu Abbas berkata: Hari-hari yang ditentukan adalah “sepuluh hari pertama dari dzul hijjah”.(Sahih Bukhari halaman: 193).
- Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan dan Al-Turmudzi dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Tidaklah ada suatu hari di mana amal-amal sholeh padanya lebih dicintai oleh Allah selain dari hari-hari sepuluh pertama bulan Dzul Hijjah ini”. Para shahabat bertanya: Tidak juga berjihad di jalan Allah wahai Rasulullah?. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab: Tidak juga berjihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang berjuang di jalan Allah dengan diri dan hartanya lalu dia tidak membawa kembali sedikitpun dari harta dan jiwa yang telah dibawanya). (Sahih Bukhari: no: 969 dan Sunan Turmuzi no: 757 dan ini adalah lafaznya).
- Diriwyatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Ibnu Umar bahwa shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amal-amalan yang lebih dicintainya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan dzulhijjah, maka perbanyaklah padanya tahlil, takbir dan tahmid).(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadits ini berkata: Hadith Sahih).
- Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Turmudzi dari Abi Qotadah bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: (Berpuasa pada hari Arafah, sungguh aku mengharapkan bahawa Allah akan menghapuskan dosa-dosa selama satu tahun sesudahnya dan satu tahun sebelumnya). (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).
- Ibnu Hajar berkata: Yang jelas bahwa pada saat itu terkumpul ibadah-ibadah yang besar seperti shalat, puasa, shadaqah dan haji dan hal itu tidak terjadi pada masa-masa yang lainnya. (Fathul Bari: 2/460).
Amalan Yang Dianjurkan Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Solat
- Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
(Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud,maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu).(Riwayat Muslim).
Puasa
- Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:
(Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun).(Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153).
- Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda:
(Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan).
- Imam Nawawi berkata: Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan.
Takbir,Tahlil dan Tahmid Kepada Allah Ta’ala
- Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
(Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid).(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih).
- Imam Bukhari berkata: Suatu hari,Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua.
- Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid,lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.
Lafaz Takbir: الله أكبر (Allah Maha Besar)
Lafaz Tahlil:لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
Lafaz Tahmid:الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)
Contoh lafaz yang dianjurkan: الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Puasa Hari Arafah
Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda:
(Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).
Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.
Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu
Firman Allah Ta’ala:
وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alamsemesta).( QS. Ali Imron: 97).
Ini merupakan kemuncak ibadah pada bulan Zulhijjah.Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan haji,maka diwajibkan kepadanya untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima ini dan merupakan sebaik-baik amalan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala.
- Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa).(Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16).
*kreadit to: blog mohamadazhar.com
Last edited by kucingkarate on 16-10-2012 09:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sila pilih kinci bilik sendiri ye.....
Last edited by kucingkarate on 16-10-2012 10:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
AsSalam...chek in rumah baru kucen |
|
|
|
|
|
|
|
sharing quotes
Last edited by latahzan on 16-10-2012 10:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
latahzan posted on 16-10-2012 10:24 AM
sori lupa nk jawap salam
wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh
mekasih kucen tlg bukak ...
betul tu, kak G
umah ni dh x meriah tp setiap ari ada jugak yg singgah
kira hidup lagi la...hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
latahzan posted on 16-10-2012 10:27 AM
sharing quotes
kak G, yg ke-2 tu...
klu gaduh, mak aiii.....susahnye nak berbaik sbb ego
pernah dulu kucen ada besfren, muda setahun dr kucen tp kami mmg close giler! tp entah naper gaduh, susahnye nak berbaik tp bila dah masing2 runtuhkan ego, tambah rapat. hihihihi
tp skarang lost contact
last jumpa dia beberapa tahun lalu
rindunye...............
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingkarate posted on 16-10-2012 11:05 AM
kak G, yg ke-2 tu...
klu gaduh, mak aiii.....susahnye nak berbaik sbb ego
betul lah tu...kwn dtg & pergi...nk share yg ni pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
assalam dan selamat pagi aka ke tengahari jugak |
|
|
|
|
|
|
|
check in umah baru kucen jugak |
|
|
|
|
|
|
|
walau rumah nie sunyi dan kdg kala sepi tp masih ada yg dtg menjenguk
hrp2 rumah ini ttp akan ceria esp sbb adanya kotot yg suka suki mencemarkan bau2an |
|
|
|
|
|
|
|
hari nie rasa nantoks ya hamat
dr pagi tadi dok termenung depan PC
nak moyan tp x daya mata nie
cam ada gam yg melekat aje
bos cakap apa pun x masuk dalam pala |
|
|
|
|
|
|
|
tadi merayap kat bod lain sesambil cari bahan utk mencerlangkan biji mata
tp malangnya x ada yg menarik |
|
|
|
|
|
|
|
cuma terpasan kat bod FD ada perubahan
Parin Amat dah x jadi MOD lg so sekrg tinggal kemal dgn shahsa aje |
|
|
|
|
|
|
|
dahlah bod tue sama panas cam CI tinggal 2 aje MOd
camnerlah diaorg nak pantau aktibiti poremer2 yg suka wat onar dan ke laut tue |
|
|
|
|
|
|
|
really respectlah kat diaorg nie |
|
|
|
|
|
|
| |
|