CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97361|Reply: 577

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 6-11-2012 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Akak sedang keboring-an jadi buat cerita ceriti
harap sudi lah baca wpun.....
( entah bila nak siap)

Last edited by sang_arjuna on 4-1-2014 12:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2012 04:25 PM | Show all posts
Bab 1

Elly menyimpul senyum bila  pelayan menghampiri meja. Pesanannya-  seafood chowder, spaghetti carbonara, cheesy nachos dan jus tembikai di letak dengan berhati hati.

“ Enjoy your lunch” kata pelayan muda itu.

“ Thank you” balas Elly.  Air liurnya kecur. Perut berkeriuk. Nasi lemak  Mak Zah yang di makan pagi tadi dah lama hadam. Tak boleh tahan nih! Tanpa menghiraukan mata mata yang memandang, dia menyuap nachos yang di selaputi cheese cair.  Kemudian di susuli dengan sesudu seafood chowder. Sodapppp!   Kalau aku paranoid mesti aku boleh dengar kata kata sinis “ Ini makan ke mentekedarah?” Tapi ada aku kisah? Sama sekali tidak.  Tekak aku, perut aku, badan aku, kolesterol aku, selulit aku….suka hati aku aaa!

Hampir sepuluh minit kemudian, bahunya di tepuk.

“Yuyu! Buat terkejut aku! Nasib baik aku tak tercekik.”

“ Sorry aku lambat! Susah betul nak dapat parking.”  Nurul terus menarik kerusi. Matanya di buntangkan bila melihat pinggan berisi nachos yang hampir licin. Elly sengih segaris. Tentu Nurul tengah kutuk aku dalam hati. Bukan aku tak tahu nachos makanan kegemaran dia di Café Gusto. Padan muka. Siapa suruh datang lambat.


“ Kau nak makan apa? Cepatlah order” Elly menggamit pelayan tadi. Gadis muda yang mungkin sedang menunggu keputusan SPM bergegas datang dengan menu.

“Kau kata nak diet? Ni yang makan macam orang baru terlepas dari kem pelarian ni apehal?”

“ Aku lapar lah. Lagi pun takkan aku nak duduk tercongok kat sini macam tunggul.  Kau punya pasal lah. Lambat!”

“ Eh.. banyak cantik! Salahkan aku pula.” omel Nurul sambil membelek menu. Dia memesan Caesar salad  dan mineral water.

“ That's all?” tanya pelayan tadi. Macam perli aku jer,dengus Elly dalam senyap.

“ Aku yang sepatutnya makan salad. Badan aku yang macam anak gajah. Kau tu badan macam ratu cantik. Kau buat aku rasa bersalah. Benci lah! Aku buat liposuction saja lah macam ni.” Rengek Elly tapi mulut tetap rancak mengunyah. Sebenarnya dia dah lama redho dengan saiz tubuhnya. Selera tak pernah terbantut sama ada masa  senang hati, susah hati, jatuh cinta, waima frust menonggeng sekalipun. Faktor genetik juga perlu di persalahkan sebab Mummy dan Daddy  dua dua debab. Jadi dari umur belasan tahun sampai sekarang, dia cuma boleh beli pakaian dari jenama Ms Read, Marks & Spencer, TotalWoman dan Flow.

Nurul cuma senyum sambil membalas mesej di telefon bimbit. Dia kenal sangat dengan kerenah sahabat karibnya, Elly Fennyza bt Tan Sri Effendi. Namanya hasil gabungan dari nama kedua orang tua, Lily Marliza dan Effendi sering menjadi bahan ejekan sebab bila di sebut dengan pantas ELLYFENNYZA bunyi pangkalnya jadi ELEPHANT aka GAJAH.  Zaman sekolah dulu, sudah tentu dia di ejek sakan. Elly jadi gadis yang sensitif dan cepat murung. Nasib baik ada Nurul yang comel lote tapi bersemangat serikandi. Dia lah yang jadi bodyguard, peguambela dan pendengar setia tempat Elly melampiaskan rasa hiba dan marah. Persahabatan mereka bermula dari sekolah menengah lagi. Walaupun berpisah selepas tingkatan lima bila Elly di hantar belajar di luar negara dan Nurul terpaksa bekerja sebab kekangan kewangan tapi mereka tetap akrab. Best Friends Forever. Persahabatan mereka merentasi benua dan masa. Elly terus mengimbau memori silam. Aku tentu mati akal kalau Nurul tak ada untuk mendengar segala masaalah dan memberi aku sokongan. I love her so much!

Nurul menyimpan telefon bimbitnya. “  Kau nak buat liposuction? Kau tau tak yang kau tu tak tahan sakit? Masa kau tindik telinga dulu pun kecoh macam nak beranak. Nanti kau meraung 7 hari 7 malam siapa nak tolong? Sudah, jangan nak merepek! You are a beautiful girl, inside and out. Berapa kali aku nak cakap, jangan rasa rendah diri. Ramai lelaki yang suka perempuan besar macam kau. Percayalah cakap aku. Saiz tak penting” Erkk… macam statement 18SX pula bunyinya.

“ Kenapa aku tak pernah jumpa lelaki lelaki  itu? Kat benua manalah mereka sembunyi agaknya? Aku dah desperate ni.” Bukan dia tak pernah bercinta tapi dua dua kali terputus di tengah jalan. Mungkin citarasa aku terlampau tinggi. Nak yang kacak sokmo. Tak sedar “ kelebihan” diri ini. Alahai!

“ Jangan risau lah. Kau akan jumpa juga satu hari nanti, insyaallah. Look on the bright side, kau berjaya dalam karier,, keluarga kau sayangkan kau dan paling penting kau ada BFF yang paling ngetop macam aku…. He he. So jangan nak sedih sedih, aku sekeh kang!. Bersyukur dengan apa yang kau ada.”

“ Ya lah…. yalah. Aku tahu aku patut bersyukur. Tapi kau tahu lah mulut orang. Selagi perempuan umur macam kita ni tak kahwin atau sekurang kurangnya ada special boyfriend, macam macam mereka mengata. Kau tu lain. Kalau kau nak, anytime pun ada lelaki yang sudi masuk meminang  Kalau kau dah berkahwin, habis tu apa jadi kat aku? Takkan kau boleh senang senang keluar rumah untuk lepak dengan aku bila aku tengah down.” Bibir Elly dah muncung.  Sejak di sekolah menengah lagi Nurul menjadi dambaan ramai lelaki namun dia tidak pandai menggunakan kelebihan yang ada.  Macam sekarang, sebagai pramugari dia ada peluang untuk menyauk lelaki kaya tapi Nurul seorang yang berprinsip. No married man, no rich playboys. Dia bekerja semata mata untuk mencari rezeki untuk menyara adik dan nenek di kampong. Ibubapanya meninggal dunia ketika dia masih di sekolah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 04:26 PM | Show all posts
“ Kau kata hari tu mak bapak kau nak kenalkan kau dengan anak kawan mereka. Kau dah jumpa? Mana tahu kot kot sama sama berkenan” Nurul menyuap daun salad Romaine dan mengunyah perlahan.

“ Itulah, sepatutnya aku jumpa dia minggu lepas tapi dia pergi overseas. Ada kerja penting katanya. Entah entah dia saja bagi alasan sebab tak nak jumpa aku. Hujung minggu ini Mummy lagi sekali ajak dia dan  keluarga datang ke rumah. Kalau dia cari alasan lagi kali ini, aku give up. Aku sedar siapa diri aku ni. Segan tau. Mummy pun satu hal, macam perigi cari timba.”

“ Janganlah fikir macam tu. Optimistik lah sikit. Husnuz zhon! Kalau dia bukan jodoh kau, sekurangnya kau dapat kawan baru. By the way, apa khabar Tan Sri dan Puan Sri?” Elly sedar Nurul cuma berbasa basi. Mummy dan Daddy kurang merestui persahabatan aku dengan Nurul. Bukan mereka tak suka Nurul tapi mereka lebih suka kalau aku berkawan dengan gadis golongan elit yang sekufu.  Cuma aku pula agak allergic dengan geng socialite yang rata rata  menghabiskan masa membeli belah dan ber_” afternoon tea”. Tak boleh masuk langsung!

“ Mummy dengan Daddy sihat saja. Mereka  pergi overseas. Kali ini Daddy ke Bangkok main golf dengan klien, Mummy ke Dubai untuk shopping festival. Aku lah yang kena jadi jaga kat rumah.”  Jawab Elly sambil mengelap mulut dengan napkin. Semua pinggan sudah licin.. Puas hati aku! Makanan di kafe kegemaran mereka tak pernah mengecewakan. Nasib baik Uncle Mohsin, tuanpunya Café Gusto sudah berkahwin dan bercucu. Kalau tak, aku pinang dia dengan Bismillah, di ikuti doa makan…eh,  melalut pula. Dia memanjangkan leher untuk melihat kek dan pencuci mulut dalam peti ais berpintu kaca. Crème brulee seolah memanggil namanya.

“ Apa pandang pandang? No desserts, Elle. Ini bukan sebab aku nak kau kurus tapi kau tu dah borderline diabetic. Kau juga cakap yang kencing manis penyakit keturunan keluarga kau. Jadi kau kena pantang dari sekarang. Jaga kesihatan kau.” Nurul bersuara tegas.

“ Okay makcik warden.” keluh Elly.

Nurul menghabiskan baki Caesar salad. Bil makan tengahari Elly langsaikan walaupun hari ini giliran Nurul untuk membayar.

“Mana aci, aku makan tiga kali ganda.” Elly menepis tangan Nurul dan meletakkan kad kredit Visa Platinum di kaunter. Selepas bayaran di buat, mereka berdua turun ke tempat parkir di basement.

“ Kau ada apa apa plan lepas ini? Aku ingat nak pergi Jalan TAR.  Aku nak beli buah tangan untuk Tok dengan Zahid. Tak lama lagi aku cuti panjang, boleh balik kampong.”

“ Teruk punya cucu!  Beli lah buah tangan dari Harrods untuk Tok kau. Kau selalu fly ke London. Ini nak cari buah tangan dari Jalan TAR. “ cemuh Elly

“ Tok nak tudung bawal . Zahid nak kemeja batik. Takkan aku nak cari kat Harrods kot.”

“  Sorry lah, babe. Aku tak larat pergi Jalan TAR dengan pakaian macam ni. Berpeluh sakan aku nanti” Suit berseluar yang di sarungkan sudah tentu tidak sesuai di pakai ke tempat orang bersesak.

“ Oh ya, lupa pula aku. Kawan aku anak jutawan hartawan ni mana nak pergi tempat orang marhaen shopping. Silap hari kena kidnap… OUCH!” Pinggang Nurul di kutil Elly. Mulut Elly muncung

“ Tak baik lah kau cakap macam tu. Aku tak kisah nak shopping kat pasar malam, pasar tani , pasar borong. Cuma hari ni aku silap dress code”

“ Aku gurau saja lah Cik Elly oi. Aku pun kalau boleh tak nak bersesak di sana tapi sebab Tok punya pasal.”

“ Bestnya kalau dapat balik kampong kau. Dah lama aku tak makan ikan goreng belah belakang sumbat sambal kelapa, sotong bakar, gulai umbut kelapa” Elly mula terliur bila terbayang lauk lauk yang di masak Tok Nah. Air tangannya memang menyengat. Dia sendiri tidak punya kampung dan nenek pun dah tak ada. Mummy orang KL dan keluarga Daddy berasal dari Singapore.

“ Kalau kau nak ikut aku balik kampong, jom! Boleh kita memancing, mandi sungai, kait buah rambutan kat dusun. Macam zaman kita  sekolah dulu”

“ Tak boleh lah. Dua tiga minggu ni aku sibuk kat ofis. Mummy pula suruh aku luangkan masa untuk berjumpa dengan anak Auntie Midah”

“ Well, all the best. Aku doakan dia handsome, baik, dan romantik orangnya. Kau pula kena lah pandai ambil hati dia, pandai menggoda. Bila bercakap dengan dia, suara tu kena sexy sikit. Mata kau yang bulat tu kau kerdip kerdip. Mesti dia cair punya” kata Nurul sambil menjungkit jungkit kening.  

“ Nonsense! Entah apa apa lah kau ni.” Lengan Nurul di cubit.

“ Hoi, sakit lah! Dahlah, aku pergi dulu sebelum habis lebam badan aku! Jangan lupa update aku nanti” Nurul membuka pintu Alza. Elly melambai  sebelum berjalan ke arah BMW 318i pemberian Daddynya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 04:35 PM | Show all posts
Bab 2

“ Kenapa Mama beria  sangat nak saya kahwin dengan Elly? Give me 10 good reasons” Redza memandang ibunya, Datin Wan Hamidah. Kakak dan adik perempuannya juga turut menyertai sesi mesyuarat keluarga. Kecuali adik perempuannya yang sedang kusyuk membelek majalah Cleo, yang lainnya berwajah tegang.  

“ Pilihan orang tua selalunya membawa berkat, Ja. Tengok Kak Lia dan Abang Aidil. Kami bukan kenal rapat sebelum kahwin tapi perkahwinan kami bahagia.” Alia , kakak nya bersuara. Wan Hamidah terangguk angguk. Lima tahun dulu anak sulungnya Alia di jodohkan dengan anak jiran selang dua buah rumah. Kini Alia dan Dr Aidil sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Aidil suami dan menantu mithali, bukan saja dia layan Alia macam tuan puteri  tapi dia sangat menghormati orang tua.

“ Kak Lia bernasib baik. Tapi berapa pasangan kahwin paksa yang bahagia berbanding dengan yang bercerai? Ada statistik?” tanya Redza. Dia memeluk tubuh. Muka masam macam jeruk maman. Tolonglah! Kalau nak carikan aku jodoh pun, cari lah yang sepadan dengan aku. Bukan sekufu dari segi status dan harta saja.

“ Ja, Mama nak cari isteri yang terbaik untuk awak. Elly bukan calang calang orang. Harta Tan Sri Effendi itu cukup nak tanggung makan pakai dia sampai tujuh keturunan tapi Elly nak berdikari. Dia bekerja keras untuk mencapai cita citanya menjadi akauntan. Elly pandai masak, lembut dan sopan orangnya. Apa lagi yang tak cukup?” Wan Hamidah memandang tepat pada Redza.

“ Tak ada yang tak cukup. Terlebih ada.” Kata kata Redza di sambut dengan tawa si adik bungsu, Izreen. Izreen cepat mematikan tawa bila di jeling maut oleh dua pasang mata.

“ Redza! Elly tu berpuluh kali lebih elok dari model model sexy yang awak dok usung merata rata. Dengan pakaian tak cukup kain, mekap bertempek, rambut karat, merokok.... hiiiissyyyy! Mama tak terima perempuan murahan jadi menantu Mama. Mereka semua tu cuma nak kikis harta kita.”

“ Pembetulan. Kalau mereka kikis pun harta Ja, bukan harta Mama” Sekali sekala aku kena kurang ajar. Biar Mama sedar yang aku ada perniagaan sendiri dan tidak bergantung pada Mama atau Abah atau sesiapa pun.  Agensi pengiklanan aku makin terkenal dan klien aku bertambah tahun demi tahun. Bukan Cik Elly Fennyza saja yang pandai cari duit sendiri tau.

Wan Hamidah mendengus. “ Ya lah. Mama tahu. Tapi Mama kena lindung anak Mama dari perempuan pisau cukur. Kalau Ja kawin dengan Elly kan senang. Dah tentu dia kahwin Ja bukan sebab harta. Harta bapa dia pun tak luak.  Umur Ja pun bukan muda, dah 32. Nak tunggu apa lagi?”

“ Mama, Kak Lia. Ini soal jodoh Ja, masa depan Ja. Its about who I want to spend my life with. Gemuk , kurus, cantik, hodoh, pandai, bodoh semua itu tak jadi hal kalau hati dah berkenan. Tapi hati Ja tak tercuit sedikit pun bila dengan Elly. Dah tiga kali kita jumpa tapi there is still no chemistry. Perbualan kami hambar saja. Kejap kejap Ja tengok jam sebab masa berjalan lambat sangat.  Ja tak nak mati kebosanan bila kawin nanti” Redza makin resah. Pelipisnya berdenyut. Kenapa susah sangat nak bagi mereka faham? Aku kena cakap Bahasa Swahili ke? Kalau aku dah kata  aku tak nak. Maknanya TAK NAK!

Belum sempat Wan Hamidah menyerang balas, kedengaran suara lelaki memberi salam. Redza bangun dan memeluk bapanya.  Ha! Baru lah adil. Takkan aku seorang lelaki lawan dua singa betina. Izreen kira pihak berkecuali.

Suasana di ruang keluarga rumah agam itu menjadi hening. Wan Hamidah menipiskan bibir dan memalingkan muka dari suaminya. Meluat!

“ Ja, Abah yang bersalah dalam hal ni.  Datuk kamu dan datuk Elly sahabat karib. Mereka lebih rapat dari adik beradik kandung. Kita dah setuju untuk menjodohkan kau dengan Elly sejak dari kecil lagi. Ini soal maruah Abah. Tapi kita kena akur, kita merancang,  jodoh di tangan Allah.” Dato Aminudin bersuara. Nadanya lembut, lebih berbaur rayuan. Redza anak kesayangannya dan dia rasa bersalah memaksa Redza berkahwin dengan gadis yang bukan pilihan hatinya. Kalau bagi kat aku pun aku tak nak,  suara nakalnya berkata. Tapi kekayaan yang dia perolehi sekarang bukan datang bergolek. Haji Nordin,  bapa Tan Sri Effendi merangkap datuk Elly mencagarkan tanah pusaka 10 ekar untuk mendapatkan modal masa dia mula berniaga 20 tahun dulu. Hutang budi harus di bayar dengan body. Kasihan anak aku!

Redza tersentuh. Kalau Abah punya permintaan, memang dia cair.  Dato Aminudin satu satu idola dan heronya. Like father, like son kata pepatah Inggeris. Mereka suka aktiviti yang sama – memancing, bermain tennis dan mengembara. Ada orang kata anak lelaki dan bapa selalu tak sebulu tapi Redza dan bapanya punya “ bond” yang kuat. Sejak kecil, Redza hanya boleh di pujuk oleh abah kalau dia menangis. Mama, pembantu rumah, kakak semua tak laku. Walaupun Abah memasang cawangan baru  3 tahun lalu, tapi perhatian dan kasih sayang Abah pada anak anaknya tak pernah berkurangan. Dari segi material pun, mereka tetap di mewahkan. Hubungan Redza dan bapanya masih akrab seperti dulu.

“ Abah, if it means that much to you, I will think about it. Bagi Ja masa untuk buat keputusan” Redza bangun dari sofa dan menepuk bahu bapanya sebelum naik ke bilik tidur. Macam mana ni? Aku dah tersepit. Kalau di fikirkan secara rasional, Elly bukannya tak ada rupa. Wajahnya manis, kulit putih gebu. Badan pun bukan tahap obese, cuma gempal. Berbadan sedap kata orang. Yang aku tak  berkenan perangainya yang manja dan membosankan. Lagipun hati ini tidak boleh di paksa. Aku tak nak Elly tersiksa di kemudian hari. Redza keluar ke balkoni. Rokok di nyalakan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 04:40 PM | Show all posts

***************************************************************** ( flashback)
Dia berdiri tegak di pintu pesawat. Senyuman manis tak lekang di bibir. Setiap kali penumpang masuk dia menyapa mesra “ Good afternoon sir/madam. Welcome on board”. Cuma enam orang penumpang Business Class kali ini. Langkah aku terhenti di pintu pesawat. Jantung ku berdegup laju. Mata ku   menjamah lekuk tubuh yang di baluti kebaya sekaligus menjeling tag nama. Aishah…sempoi jer nama. Tapi orangnya… va va voom!  

“ Good afternoon sir. Let me take your hand luggage. Your seat is 3A”

Beg bimbit aku di simpan di kompartmen atas tempat duduk. Minyak wanginya yang beraroma sitrus menerobos hidung. Segar dan membuat aku teruja. Macam si pemakainya.

“Would you like any newpapers, sir?”

“The Star, please” Secara spontan niat di pasang untuk menjerat. Anak jantan lah katakan.

Berita terkini di imbas. Tiada apa yang menarik. Balik balik isu hudud, durian runtuh untuk peneroka, kutuk mengutuk antara seteru politik. Aishah sudah hilang di sebalik tirai sebaik pesawat ke udara. Aku mula bosan.

“ Would you like coffee, tea or juice?” Suara serak Aishah menyapa telinga.  Cool and professional. Butir tuturannya tiada slanga Melayu.

“ Black coffee”

“ Anything else? Some snacks maybe?”

“ How about your number?” Mata kami bersabung beberapa saat sebelum dia melarikan pandangan.

Kopi panas di tuang ke dalam cawan bone China. Aishah melemparkan senyum sebelum beralih ke penumpang di tempat duduk belakang. Aku pasrah. Bini orang kot. Zaman sekarang ibu beranak tiga pun body masih mantap.  Aishah rancak melayan pasangan Inggeris pertengahan umur yang sedang dalam percutian ke negara Asia. Bicaranya petah. Ada potensi jadi pengacara TV.

“ Would you like a blanket, sir?”  Aishah menyapa selepas makan tengahari selesai. Tinggal se jam saja lagi sebelum pesawat mendarat di KLIA. Masa untuk bertindak semakin suntuk. Aku mengangguk walaupun suhu dalam pesawat tidak begitu sejuk. Selimut biru bertukar tangan  Bila lengan bersentuhan ada  kejutan eletrik. Tindakan kimia yang ketara!  She is THE ONE!


**********************************************************************
“ Senyum sorang sorang ni kenapa? Macam orang angau. Teringat siapa?” Dato Aminudin menegur

Redza tergamam sejenak. Melamun sakan sampai tak sedar abah sudah berdiri di sisi. “ Tak adalah...teringat satu joke yang kawan Ja cerita.”

Dato Aminudin melabuh duduk di kerusi rotan bertentangan dengan Redza. Sebatang rokok di ambil dari kotak Dunhill kepunyaan anaknya atas meja. Dia sudah berhenti merokok atas nasihat doktor tapi sekali sekala imannya tergugat.

“ So, kenapa tak berkenan dengan Elly? Tak cukup cantik?  Ja tak cuba kenal dia lebih rapat?”

Redza menggosok dagu “ Looks are not everything. Dah jumpa tiga kali dalam masa dua minggu. Enough for me to know that she is not the one.”

“ Standard Ja tinggi sangat. Umur kamu dah 32. Takkan tak pernah rasa sunyi? Tak cemburu ke bila tengok kawan kawan dah kawin?”

“ Entahlah. Tak ada pula rasa sunyi. I’m always busy. Kalau Ja kawin, isteri Ja kena faham kerja Ja.  Di Trapezium Communications, kita selalu dikelilingi model model cantik, kerja tak tentu masa dan tempat. Elly tu tak boleh masuk dalam dunia Ja. Dia manja dan sensitif. Susah lah nak layan.“

“ Kamu kena faham,  Elly tu anak tunggal. Uncle Effendi dan Auntie Lily terlampau manja kan dia. Tapi dia budak baik. Dia tak pernah melawan. Bila Auntie Lily suruh dia jumpa Ja, dia ikut saja. Itulah ciri ciri isteri yang baik. Mendengar kata, hormat suami.”

“ Abah bercakap melalui pengalaman dengan Mama eh? “ perli Redza. Mama degil dan egoistik orangnya. Kasihan Abah, selalu kena jadi Pak Turut sebab malas nak bertekak. Bila Abah menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Makcik Fazilah,  kawan satu sekolah dengannya dulu, mereka tiga beradik tidak menentang.  Abah berhak mengecap kebahagiaan dalam usia tua nya. Makcik Fazilah jauh beza dari Mama. Orangnya sederhana dan merendah diri. Balu yang tidak mempunyai anak itu tidak pernah mempertikaikan hak Mama sebagai isteri pertama.

“ Mungkin dia akan jadi isteri yang baik, tapi untuk lelaki lain. Bukan Ja.  Lagipun ...”

“ Ja dah ada girlfriend?” tebak Dato Aminudin. “Kenapa tak  bagi tahu Abah dan Mama sebelum ini? Kalau Abah tahu, awal awal lagi Abah berterus terang dengan Uncle Effendi. We both want  our children to be happy.”

“ Mama tak suka pilihan Ja. Tak sekufu. Bukan abah tak tahu, Mama pentingkan class”

Dato Aminudin menggeleng. Dia sudah arif benar dengan sifat Wan Hamidah.  3 perkara wajib yang mesti ada pada calon menantu Wan Hamidah ialah  harta, keturunan dan status. Kalau bukan keturunan bangsawan, sekurang kurangnya mesti anak Datuk.  Kalau anak Tan Sri lagi lah bagus. Paling penting mesti berharta. Hai Cik Midah, dah lupakah yang awak tu di besarkan di kawasan setinggan yang tak ada letrik. Jamban pun jamban cangkung.

“ Mama dah jumpa? Ja tak pernah kenalkan kat Abah pun?”

“ Mama tak pernah jumpa tapi dah boleh agak apa komen dia.  Orang kampung, tak berpelajaran tinggi, nak kikis harta.  Anyway,  Ja  kenal dia pun sekejap saja. Then we lost contact. Entah entah dia dah kahwin pun” Pandangan Redza di buang jauh ke arah lereng bukit.

“ Cari lah dia. Malaysia ni bukan besar mana pun. Kalau dia dah kawin,  boleh tutup buku. You have closure then you can move on. Kalau dia belum kahwin,  Ja kena buat pilihan yang tepat. Dan jangan lupa, Allah membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu. Tapi niat kena betul dan mesti berlaku adil” Bahu Redza di tepuk

Redza ketawa besar. Ke situ pula bapa aku ni. Satu pun susah, nak suruh aku pasang dua! Tapi aku ni kan anak bapak. Like father, like son.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 04:44 PM | Show all posts
Bab 3

Nurul mematikan enjin kereta Alza di laman rumah tepat pukul 10 pagi. Rumah kampung  separa batu, separa kayu itu sepi pada waktu begini. Selalunya Tok Nah  ke masjid untuk kuliah Dhuha.

“ Assalamualaikum” Nurul memberi salam sambil mengetuk pintu depan. Tak sampai beberapa saat, pintu terpelahang.

“ Kakak! Kenapa tak cakap nak balik?” Zahid tersengih sambil menenyeh mata. Sah sahlah tengah membuta. Nasib baik dengar bunyi aku ketuk pintu. Kalau tak niaya aku kena panjat tingkap.

“ Saja nak buat surprise. Nah, angkat beg kakak masuk bilik.” Kepala adiknya di sekeh manja. Zahid muda 6 tahun dari nya tapi tinggi lebih sekepala. Lama juga dia tak jumpa Zahid yang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia. Kali terakhir dia balik kampung, Zahid sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dua.

“ Kakak dah breakfast?” tanya Zahid sebaik meletak tote bag Nurul dalam bilik. Nurul sudah melingkar di sofa. Penat memandu selama tiga jam tanpa henti mula terasa. Mengada ngada sebenarnya. Kalau bertugas dalam pesawat selama berbelas jam tak pula  rasa penat.

“ Belum. Tadi kakak sempat minum kopi saja sebab nak cepat.  Yed buatlah cekodok ikan bilis. Bukan selalu pun kau jumpa akak tersayang, terglamour, tercantik kau ni. “ Aura pembulinya sudah keluar. Dia tahu Zahid terror masak berkat didikan Tok Nah. Kalau masuk Masterchef pun ada peluang baik masuk top 10.

“ Okay lah. Akak beli tak baju batik yang Yed pesan? Colour apa? ”

“ Adalah, jangan risau. Akak beli blue karer, mesti kau paling hensem nanti. Sekarang pergi buat cekodok. Cepat!”

Nurul membersihkan diri sementara Zahid sibuk menggoreng di dapur. Beberapa minit kemudian sepinggan cucur ikan bilis siap dengan sos buatan sendiri sudah terhidang. Sambil menjamu selera, Nurul mendengar celoteh Zahid tentang perkembangan terbaru di Kampung Permata. Anak siapa nak kawin, anak siapa dapat masuk IPTA, lembu siapa kena curi dan berita tak sensasi yang sewaktu dengannya.

“ Kak nak tahu tak, dua hari lepas ada orang datang jumpa Tok. Dia orang nak shooting iklan hari raya kat rumah kita”  

“ Biar betul? Apa yang istimewa sangat dengan rumah kita? Banyak lagi rumah di kampung ini yang lagi cantik”

“ Entah. Tapi Yed dengar  orang tu beria ria minta kebenaran Tok. Dia nak rumah kita juga”

“Tok bagi ke?”

Panjang umur Tok Nah. Terus kedengaran derap tapak kakinya. Nurul bergegas menyambut neneknya di pintu. Tok Nah atau Cikgu Maznah masih cergas dan sihat dalam usia awal 70an. Alhamdulillah. Bekas guru sekolah rendah itu bukan boleh duduk diam. Dia masih rajin berkebun dan aktiviti masyarakat kampung.

“ Bila Yuyu sampai? Berapa lama Yuyu cuti?” Nama timangan Nurul adalah hasil pertuturan  Zahid yang pelat masa kecil. Elok elok orang panggil aku Nurul, budak kecik ni pandai pandai bagi aku nama baru. Dah bunyi macam nama binatang peliharaan.

“ Sampai pukul 10 tadi. Yuyu cuti panjang sikit kali ni, 5 hari. Tok dari masjid ke?” Sudah gaharu cendana pula.

“ A’ah. Dengar ceramah Ustaz Yusuf. Bagus cara dia ajar. Malam ni pun ada kuliah lepas Isya. Topiknya Mengamalkan Sunnah Rasulullah Dalam Rumahtangga. Yuyu nak ikut?” Tok Nah menanggalkan selendang dan mengambil tempat duduk di meja makan. Dia meneguk air suam yang di tuang oleh Zahid ke dalam mug.

“ Boleh juga” Walaupun aku belum ada ura ura nak berumahtangga tapi apa salahnya kalau aku belajar teori.

“ Kakak dah ada calon ke?” Cepat saja Zahid mencelah

“ Tak adalah. Saja nak cari ilmu. Tak boleh?” Nurul menjegil pada adiknya.

“ Elok lah tu, Yuyu. Tok rasa orang sekarang ni kawin macam main pondok saja. Senang senang saja minta cerai. Macam anak Cik Safiah itu, tak sampai setahun kawin dah minta cerai dari suami dia pasal jumpa lelaki lain. Ini semua pasal apakenama.... Facebook, Twitter semua tu.”

Amboi, terror juga Tok aku ni. Entah entah dia pun poking poking, tagging tagging , liking liking. Nurul tersenyum simpul.

“ Tok tak fahamlah. Macam mana boleh berkenan dengan orang yang dia jumpa dalam komputer sampai sanggup tinggal suami sendiri. ” Tok Nah menggeleng.

“ Tok, hari tu ada orang datang minta nak buat shooting iklan kat rumah kita kan? Bila dia orang nak datang? ” Zahid menukar topik. Tok Nah menampar dahi.

“ Laa... Tok lupa. Mereka nak datang besok. Nak buat  iklan Raya. Boss dia dah bagi wang pendahuluan RM500. Lepas habis nanti dia bagi lagi RM500.”

“ Isshh... kenapa Tok bagi? Rosak rumah dengan laman kita nanti. Dia bayar RM1000 pun tak berbaloi kalau benda dalam rumah ni pecah. Banyak sentimental value tau. Kalau pecah, mana nak cari ganti.” Lantang Nurul membangkang. Dia tahu sangat cara krew pengambaran iklan buat kerja. Semua pakai redah saja.

“ Mana Yuyu tahu?  Boss dia yang jumpa Tok hari tu baik orangnya. Takkan dia berani buat macam tu di rumah orang? “ Tok Nah mula rasa cuak. Silap  tak tanya Nurul sebelum aku buat keputusan. Tawakkal sajalah.

“ Mestilah kakak tau. Kakak jadi  model iklan MAS dulu” Zahid tiba tiba mengajuk cara Nurul beraksi dalam iklan yang di siarkan beberapa tahun dulu. Dia jadi popular di sekolah sebab ada kakak yang cun. Sampai cikgu pun ada yang nak berkenalan dengan kakak. Tapi kakak jual mahal, sebab tu masih solo sampai sekarang. Ooopss...

“ Besok Tok jangan bagi muka. Kalau dia orang buat sepah, jerkah saja. Kalau ada barang pecah, minta ganti rugi. Jangan bagi chan.” Saran Nurul. Pinggan berisi cekodok yang sudah licin dan mangkuk sos di angkat ke sinki dapur. Hailaa... aku  balik kampung supaya dapat bercuti dalam suasana tenang. Tengok tengok besok rumah Tok jadi  sarkis. Orang kampung mesti datang berduyun duyun nak tengok. Mana tahu kot kot ada pelakun popular. Kalau aku buka gerai jual air sirap dan pisang goreng mesti laku...
................................................................................................................................................

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2012 04:45 PM | Show all posts
Selesai ceramah Ustaz Yusuf, para pengunjung masjid mula bersurai. Memandangkan Tok Nah sedang rancak berbual dengan kawan kawannya, Nurul memberi isyarat yang dia ingin pulang dulu. Jam dinding menunjukkan pukul 9.45. Walaupun masih awal tapi matanya sudah mengantuk. Mungkin saki baki jetlag dari penerbangannya ke New Zealand.  Telekung di tanggalkan dan di lipat kemas sebelum di masukkan dalam beg. Dia bersalaman dengan beberapa orang makcik yang duduk dekat pintu. Malam ini gelap, bulan sabit bersembunyi di balik awan. Jarak dari masjid ke rumah Tok Nah tak jauh. Kira kalau kena kejar pun sempat aku lari. Apa pula yang nak kejar aku? Anjing? Hantu?Hissyyyy... mengarut!

Tak sampai separuh jalan, dia  rasa macam ada orang mengikutinya dari belakang. Ah, jangan perasan lah. Ini jalan utama yang di guna ramai penduduk kampung. Nurul mempercepatkan langkah bila derap tapak kaki makin dekat.

“ Aishah!”

Alamak! Gangster kampung mana pula ni? Bumbung rumah Tok sudah kelihatan.

“ Ecah!” Suara lelaki betul betul di belakangnya


Lari!!!!! Nurul mengangkat kain baju kurung dan terus memecut. Alhamdulillah! Zahid dan beberapa orang kawannya sedang bersidai di beranda rumah. Selamat aku! Dia memberanikan diri untuk menoleh. Tiada siapa pun. Mukanya pucat. Itulah, tadi berani sangat.

“ Kenapa kakak lari macam tak cukup tanah ni?” tanya Zahid

“ Kak Yuyu kena kejar ke?” Kawan Zahid yang bernama Hasnul pula bertanya

“ Ha.. Entah siapa tadi. Orang gila kot. Semput akak!” Nafasnya kencang. Orang tu panggil aku Ecah. Tak ada pun orang kampung ini yang panggil aku dengan nama itu. Siapa gerangan orang yang mengejar aku tadi? Apa betul  itu orang atau sesuatu makhluk lain? Tapi mana ada hantu pergi masjid?

Nurul melangkah masuk ke bilik tidur dan merebahkan tubuh ke katil. Rasa mengantuk di masjid tadi terus hilang. Dia mengambil novel Licik dari begnya. Kisah sepasang kaki penipu itu agak menarik, berbeza dengan novel cinta biasa. Kekusyukannya melayan kisah Fira dan Sadiq  terganggu  bila telefon nya berdering.

“ Opocot!!” Dada nya di urut. Telefon bimbit di tarik dari alat pengecas. Nama Elly tertera di skrin. Mesti nak update aku ni.

“ Yuyu , kau dah tidur? Susah betul aku nak contact kau”

“ Biasalah. Aku kat kampung, signal tak berapa bagus. What’s up? Dah tetapkan tarikh perkahwinan?” tanya Nurul di sulam ketawa kecil

“ Hissy... belum lah. Tapi aku..  aku suka kat dia. Dah tiga kali kita jumpa. Dia handsome, charismatic, bijak, gentleman. Perfect!.”

“ Wah, bestnya. I’m happy for you. Bukan ke aku dah cakap dulu, mesti ada lelaki yang suka dengan kau. Habis tu, apa tunggu lagi? Terima sajalah.”

“ Masaalahnya dia tak pula cakap pasal kawin. Setiap kali jumpa, kami cuma berbual kosong saja. Cerita pasal kerja, pasal hobi, benda benda yang tak serius. Takkan aku nak buka topik kawin.”

“ Cik Elly sayang, itu namanya fasa  mengenali hati budi masing masing. Relax lah. Get to know each other better. Baru lah boleh buat keputusan yang tepat.”

“ Tapi aku dah buat keputusan. Aku suka dia. He is the one. Macam mana aku nak tahu kalau dia pun suka aku juga? Entah entah dia tak suka kot sebab itu dia tak serius.. eh.. macam mana kalau dia tak suka aku?” Suara Elly dah sebak.

Nurul menarik nafas. Sensitif betul. Susah juga jadi penasihat tak bertauliah. “ Aku tak tahu apa dalam kepala dia sebab aku tak kenal dia. Tapi kalau dia  jumpa kau sampai tiga kali maknanya dia nak kenal kau lebih dekat lagi. He is interested”

“ Betul ni? Kau rasa dia suka aku tak? Aku tak nak dia rasa terpaksa sebab parents kita orang. Aku nak dia betul betul suka aku. Aku tak expect dia jatuh cinta pandang pertama tapi aku nak dia suka aku dengan ikhlas. Kau faham tak?”

Mata Nurul mula mengantuk tapi di gagahi juga diri untuk memahami apa yang cuba Elly sampaikan. “ Aku faham. Bila dia keluar dengan kau ada tak dia cakap telefon atau text orang lain ? Ada tak dia ushar perempuan lain?”

“ Tak ada pun. Macam aku kata lah, dia lelaki yang sangat gentleman. Dia buka pintu untuk aku, tarik kerusi untuk aku. Dia tak perli saiz aku. Tak pernah lah aku jumpa lelaki yang macam dia. ”

“  Okay.. pada firasat aku, dia suka kau tapi dia  belum nak buat komitmen lagi. Lagipun korang baru kenal. Biar slow and steady. Janganlah gelojoh sangat. Kau pun kena mengenali dia lebih dekat. Mana tahu kot dia ada skandal ke? Pernah masuk penjara? Ada bini lain? Nanti kau juga frust menonggeng” nasihat Nurul sambil menutup kuap

“ Tapi aku takut melepas. Macam mana kalau ada perempuan lain potong jalan?” rengek Elly

“ Itu semua terpulang pada jodoh. Kau berdoa banyak banyak. Buat solat hajat supaya kau bertemu jodoh dengan dia. Elle, aku nak tidur lah. Dah tak larat buka mata, jet lag”

“ Kau pun tolong lah doa untuk aku ya. Good night laling!” Butang END di tekan.

Selesai membaca Al Fatihah, Ayat Qursi dan 3 Qul, Nurul berdoa “Ya Allah, kau permudahkan lah jodoh Elly Fennyza Effendy dengan...er.. aiseyman, nama mamat tu pun dia tak bagi tahu...zzzzz.. zzz”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 04:48 PM | Show all posts
Sila sila baca
sila sila komen

semua komen dan kritikan amat di hargai

tp kalau akak kurang aktif dan jarang masuk sini ...jgn marah ekk


@@@@@@ Tuan rumah yg agak pemalas @@@@@@@

Last edited by sang_arjuna on 6-11-2012 04:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2012 05:02 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 6-11-2012 04:48 PM
Sila sila baca
sila sila komen

Salam... lady nak komen post yg ni...
kalau kurang aktif dan jarang masuk

Tu yg x best! Awal2 lagi dah war warkan yg -ve!




Utk penyelesaian, sila tepek sikit2 jgn selambak 3ke 4  bab lepas tu missing in action sebulan!


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 05:08 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-11-2012 05:02 PM
Salam... lady nak komen post yg ni...
kalau kurang aktif dan jarang masuk



......

Kannn....sekali tunggu mereput tak hapdet dah....

Nak kena babap TT ni...

lagi2.... <errr..yg ni pun blm habes baca..gigih nak entepreme...>



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 05:30 PM | Show all posts

Wah...best..best...

Cinta 3 segi..? atau bersegi2..

elly -----> Redza ----> nurul aishah

elly -----> nurul aishah : BFF

Redza yang shooting kat rumah nenek si ecah ni yek?

??  gitu






Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 06:01 PM | Show all posts
yeyyyyyy ... arjuna ada cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 06:05 PM | Show all posts
rasa cam bleh agak jek conflict citer neh..
nak teka bole? hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 07:44 PM | Show all posts
cerita baru...

best nyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 10:11 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-11-2012 05:02 PM
Salam... lady nak komen post yg ni...
kalau kurang aktif dan jarang masuk



jgn bimbang jgn ragu
citer kaka wpun merapu
selalu lambat tapi tetap TAMAT



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 05:46 AM | Show all posts
akhirnya juna muncul dgn cite baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 09:06 AM | Show all posts
aik! mcm kes cinta tiga segi je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 09:31 AM | Show all posts
cinta 3 segi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 09:33 AM | Show all posts
speku sama macam usufie..

sian elly..sape gaknya yang akn beralah nnti..elly ke yuyu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 10:01 AM | Show all posts


Yuhuu......

Arjuna...takda hapdet kah...

usu kalo dah addict ni yg maleh..asik menunggu gitu...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.075442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list