View: 85398|Reply: 343
|
MERGED : Cameron Highlands, Pahang
[Copy link]
|
|
Salam sorry MOD memandangkan thread lama tu berKUNCI lama sangat...nak TULUNG bukak laaa...buleh kaa..?
|
|
|
|
|
|
|
|
Up Sikit Info...
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 10c hingga 20c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar. Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik. Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
Ringlet
Lembah Bertam
Tanah Rata
Brinchang
Kea Farm
Tringkap
Kuala Terla
Kampung Raja
Blue Valley
Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
Kebun Buah Strawberry.
Taman rama-rama.
Tokong Sam Poh di Brinchang
Jungle Trekking
Pasar Sayur dan Pasar malam
The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Banyak hotel-hotel yang telah naik sejak beberapa kebelakangan ini antaranya :
Bala's Chalet
Heritage Hotel
Century Pines Resort
Equtorial Hill Resort
Rosa Pasadena
Casa De La Rosa
De La Ferns
The Smoke House
The Lake House
Iris House
Star Regency
Rainbow Hotel
Shahzan Inn
Strawbery Park Resort
Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
Hillsview Hotel
Kavy Hotel (Budget Hotel)
Sri Pahang House
Ye Olde Smokehouse
Shal's Apartment
Parit Falls
New Garden Inn,Tanah Rata
Father's Guest House
Heritage Hotel
The Cool Point Hotel
Lakehouse House
Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)
untuk lebih info
Cameron Highlands Info
Last edited by apis8ty4 on 26-12-2012 03:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
@apis8ty4
tempat makan best kat mana apis...
kalau nak beli eskrem strawberry kat mana...
pencerahan plis...tq |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ice cream strawberry banyak tempat ada..mana2 yang ada farm strawberry ada..tapi ikut selera tekak kita jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Mossy Forrest
wow, menarik tu....bpe KM tu ye? |
|
|
|
|
|
|
|
absorber posted on 20-12-2012 08:47 AM
Mossy Forrest
wow, menarik tu....bpe KM tu ye?
maksud berapa KM tu..??
kalau jarak nak naik ke atas tu kena amek dalam 2km melalui mossy forest tu..
tapi kena jaga2 sikit laa licin yaa amat...tapi tak risau macam dulu sebab kalau tak salah february lepas dorg daa naik taraf jalan kat sana...untuk kemudahan semua...yang bestnye ada menara tinjau...dalam 50 kaki jugak tingginye...buleh laa kalau nak tengok suku dari negeri perak ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
LelaRentaka7 posted on 20-12-2012 12:55 AM
@apis8ty4
tempat makan best kat mana apis...
kalau nak beli eskrem strawberry kat mana...
ice creme strawberry..sy suka samada di big red atau di glory 78 steamboat & snack corner (sebelah hotel de la fern)...
waffle icecreme dia pun best..
ni kt big red strawberry
|
|
|
|
|
|
|
|
salam..nak info..kalo stay kat strawberry park ok tak? dari sana nak ke tempat2 menarik ni jauh tak..or boleh suggest hotel yg ok untuk honeymooners?taknak yg biasa2 huhu |
|
|
|
|
|
|
|
freshoren posted on 20-12-2012 02:33 PM
salam..nak info..kalo stay kat strawberry park ok tak? dari sana nak ke tempat2 menarik ni jauh tak. ...
strawberry park yek..simpangnye mmg dekat dengan tanah rata or brinchang sbb dia duduk tengah2..tapi jalan nak masuk ke hotel strawberry park tuu..aduusss...silap2 malam tak keluar...y not tak try Casa De La Rosa atau nak lain dari yang lain lagi Smoke House..2 hotel ni suggested sangat laa..kalau duduk kat Cameron Highlands ni tertinggal semua masalah kat bawah dek kedinginan kat atas
|
|
|
|
|
|
|
|
riss_1688 posted on 20-12-2012 12:41 PM
ice creme strawberry..sy suka samada di big red atau di glory 78 steamboat & snack corner (sebelah ...
BigRed bestkan..!! waaa rindunyee...nak repeat lagi neyh!! tapi jalan nak turun GERUN!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
baru pi mnggu lepas... AIS KRIM GORENG kat BIG RED mabeles... sedap
naik sampai mossy forest... sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
absorber posted on 20-12-2012 08:47 AM
Mossy Forrest
wow, menarik tu....bpe KM tu ye?
mossy forest dekat je ngan boh sg palas... kena naik pepagi untuk elak selisih keta len.. |
|
|
|
|
|
|
|
cameron ni dah berkali2 pagi pn tak boring..tp yg boringnye musim cuti skolah...jammed |
|
|
|
|
|
|
|
salam
nak tnye kalo stay kat country lodge hotel ok x? td book. ingt nk stay situ b2 ngan husband 27 ni. huhu. 1st time nih. umor da 28 tp xpenah jejak pon. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Baru balik dari Cameron semalam..
Jalan jem ya amat kat area pasar sebelah Equatorial Hotel..sepanjang 1 KM lebih...
Banyak bukit dah kena gondol dek pembangunan...dah x rasa sejuk macam 3-4 taun lepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
rase2 kalo g 27 ni ade x hotel ye?
xbooking. nak main redah jek
ok x?
smlm nye booking terpakse cxl. |
|
|
|
|
|
|
| |
|