View: 21798|Reply: 136
|
Misteri Kampung@ kisah seterusnya
[Copy link]
|
|
Cerita yang aku tulis ni berdasarkan kisah-kisah misteri dari cerita orang orang tua dikampung. Inilah kisah benar dari pengalaman mereka yang meneroka hutan banar dan mewujudkan kampung.
KISAH JIRAN
:::::::::::::::::::::::
Kata arwah nenek ku sewaktu arwah ibunya berusia 5 tahun disebelah rumahnya tinggal seorang perempuan tua. Dia tinggal sendirian disebuah rumah buluh beratapkan nipah.Tidak diketahui dari mana asal wanita tua itu.
Suatu hari perempuan tua ni tiba-tiba nazak. Dia kelihatan tercungap-cungap kelemasan dikatil. Maka datang lah orang kampung cuba membantu. Ramai-ramai datang membaca yassin.
Makin ramai yang membaca yassin makin gelisah jadinya perempuan ini. Tiba-tiba saja dia mendapat kekuatan dan bangkit. Wajahnya sungguh menakutkan dengan mata terbeliak. Dia menarik-narik rambutnya yang panjang hingga kusut dan mengerebang macam cik ponti. Berguling-guling dan terjun dari katil ke bawah.
Mulutnya tercungap-cungap mengambil udara. Payah benar nampaknya perempuan ini nak putus nyawa. Penduduk kampung ketakutan dan tidak tahu apa yang hendak di buat. Dia berguling sambil menghempas badan dan dan adakalanya seakan melompat-lompat ketiap penjuru. Bunyi nafasnya sungguh menakutkan . Kuat dan kasar .
Akhirnya kata sepakat dibuat. Perempuan tua ni dipegang empat penjuru. Kemudian mereka membuka bumbung rumah. Akhirnya dengan satu hela nafas yang panjang, barulah dia meninggal.
Kata nenek kesan dari peristiwa itu arwah ibunya jadi takut bila mendengar ada orang mati.
GURU SILAT
::::::::::::::::::::::
Ada seorang guru silat termashyur dikampung. Rumahnya terletak di dalam hutan belukar. Tempat harimau dan jin bertandang. Jalan masuk melalui rumahnya hanyalah laluan pejalan kaki. dengan akar pokok bersar berselirat ditanah . Silap jalan boleh tersandung dibuatnya. Maklumlah masa tu baru merdeka lagi. Tiada orang memiliki kenderaan melainkan basikal dengan seat tempat barang yang besar tu.
Rata-rata penduduk waktu itu bekerja samada sebagai pesawah atau penoreh sambil mengusahakan dusun .
Guru silat ni ada ramai anak murid dan mengajar seni silat gayung. Sering juga orang terserempak guru silat ini berada didusun, sedang waktu itu dia sedang mengajar. Bila ditegur, diam sahaja. Ada yang kerumahnya waktu senja terlihat harimau di bawah rumahnya. Selain mengajar silat dia juga mengambil upah memagar rumah dengan ilmunya.
Biasanya memagar dilakukan pada selepas jam dua belas malam. Dengan membawa tungku kemeyan dia membaca serapah sambil berkeliling rumah. Setiap penjuru kawasan rumah ditanam wafak dengan jin sebagai penjaga. tuan rumah adalah dilarang mengintai upacara ini. Sebenarnya bimbang timbul rasa takut jika terlihat jin. Tak pasti samada amalan seperti ini masih diamalkan sekarang?
Tentang guru silat tadi. Ajalnya tiba suatu hari. Waktu mayatnya hendak dikebumikan hujan lebat turun mencurah-curah. Kerana hari sudahpun malam mayat itu akhirnya dikebumikan dalam lahad yang penuh air.
Selepas meninggal dia dilihat sering hadir dirumah isterinya. Harimau juga sering dilihat muncul dibawah rumah. Kerana tidak tahan ,Isterinya lari ketakutan meninggalkan rumah bersama anak-anak. Tiada siapa tahu kemana mereka lari kerana mereka tidak pernah lagi dilihat selepas itu.
seterusnya kisah datuk ku dan bintang...... Last edited by shanshero on 28-1-2013 01:35 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kampung area hulu selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
tak de sambung dah? |
|
|
|
|
|
|
|
cerita best....Trimas sbb sudi nak share...
bila nak sambung lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
TT tompang thread. hehe..
tetiba teringat ada kes jiran yang susah meninggal ni (masa tu aku sekolah rendah).
nenek ni macam dah tua sangat tapi tak meninggal lagi. kalau tengok badan memang nampak uzur, tapi nafsu makan adohai, mengalahkan orang sihat walafiat. pastu macam tengah sakit teruk ke camne tah, anak2 dia panggil ustaz tolong tengokkan.
lepas bukak atap pastu baca doa sume, nenek ni meninggal la.. tapi mayat dia dah reput & busuk sangat. orang cakap sebab dia memang dah meninggal lama dah. yang hidup dalam badan tu jin belaan. Wallahualam..
tapi kalau fikir logik memang tak terfikir. camne plak dah meninggal tapi jin boleh hidup dalam badan and nampak macam hidup lagi? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perghh
mistik nye !
siap ada rimau
teringat cerita org berguru dngn saka rimau |
|
|
|
|
|
|
|
puak apa yg tinggal di kampung tu? |
|
|
|
|
|
|
|
SambalBelimbing posted on 9-1-2013 10:13 AM
TT tompang thread. hehe..
tetiba teringat ada kes jiran yang susah meninggal ni (masa tu aku sekola ...
ok je kalau siapa nak tambah cerita. silakan.
agaknya jin tu menggunakan ilmunya menahan jisim dari pecah.
tu sebab bila jin tu keluar mayat jadi hancur |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH MALAM
:::::::::::::::::::::::::
Datuk ku membesar sewaktu jepun menakluk Malaya.
Kata arwah, hidup dalam zaman jepun amat susah. Sukar untuk mendapat makanan kerana kerja menanam padi terpaksa di hentikan. Secara sembunyi-sembunyi penduduk masuk ke hutan mencari ubi gadung.
Kata arwah, ubi gadung adalah sejenis pokok menjalar dan berduri. Biarpun pahit, ubi gadung adalah penyelamat.
Suatu ketika ,kerana terlalu asyik mencari ubi. Datuk telah terpisah dari bapanya. Hari sudahpun senja. Suasana rimba yang padat segera menjadi gelap. Suara malam mula berlagu dari bunyi cengkerik ke bunyi jeritan dan ketawa yang sukar untuk dijelaskan. Rasa takut meresap hingga ke tulang hitam.
Datuk cuma mampu duduk melihat kegelapan menelan seluruh hutan. Tiba-tiba muka datuk disinar cahaya dari langit. Datuk mendongak ke langit malam. Puncak pokok kelihatan disinari langit malam dan bintang yang bertaburan.
Salah satu dari bintang itu sangat besar. Cahayanya menyuluh hingga ke dasar hutan. Puncak pokok kelihatan seperti payung dengan laluan ditengah.
Dengan diterangi cahaya bintang gergasi itu, datuk menyusur jalan mengikut canopi hutan. Berjalan mengikut cahaya itu. Seolahnya bintang itu menunjukan jalan keluar.
Tanpa datuk sedari dia sudahpun sampai ke laman rumah. Kepulangan datuk disambut penuh kesyukuran oleh ibunya tapi dia dipukul dengan teruk oleh bapanya. Kalau zaman sekarang boleh dianggap kes dera anak. Tapi pada zaman itu ia dianggap sebagai mengajar dan peringatan atas kelalaian datuk.
Kata datuk bintang gergasi itu bersinar selama 3 malam hingga cahayanya dapat dilihat menembusi celah dinding buluh rumah.
Seterusnya kisah tetamu misteri.......
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bbalik posted on 9-1-2013 01:00 PM
puak apa yg tinggal di kampung tu?
puak manusia. zaman ni puak dinosaur dah pun pupus |
|
|
|
|
|
|
|
salam TT sy nk mintak tumpang kongsi cerita kat sini.......
cerita nih terjadi pada diri saya sendiri tp berlaku di kg orang rumah saya.....
saya kawin tahun 2008 ...masa kawin tuh nenek wife dah nyayuk dan xkenal sesapa lagi......saya adalah menantu terakhir coz wige saya anak bongsu.....so senang citer nenek wife xpenah kenal saya...kekadang dia panggil saya nih anak dia kekadang saya nih suami dia....so sy xberapa nk ambil port sgt coz paham sebab dia nih nyayuk.......
masa tuh aku nih kerja kat kilang di area kulim dan ulang alik dari alor setar.aku nih keja shif 7pg-7mlm @7mlm -7pg.....so klu keja pagi pukul 4pg aku dh bgn mandi\bersiap dan keluar rumah sebelum pukul 5pg coz perjalanan ke tempat kerja aku nih makan masa hampir 1jam 30 minit.....sorry korang semua coz aku kena terangkan semua nih sebab ada kaitan dgn citer sebenar nanti......so citer dia bermula begini.....
nenek wife aku nih dah byk kali nazak....tp selalunya lepas 2-3 minggu dia akan sihat semula....aku masih igt masa tu dia nazak dan xboleh bagun dari katil just baring je..ada 1 hari tuh dia mintak nak makan nasi kandar so pakcik wife aku pun pegi la beli nasi kandar ngan ayam goreng....cuba korang pikir nenek wife aku tuh dh 98 tahun aku rasa masa tuh dan memang sebelum nih xmakan byk pun....kira klu nasi sebungkus tuh dikira banyak utk orang tua habiskan....tp tidak pada nenek wife aku dia habiskan semua sekali ...aku sendiri saksikan dia just buka mulut setiap kali disuap tp dgn mata tertutup.....bila kami suruh nenek buka mata dia ckp tak nak sambil tersenyum sinis.....lepas tuh mak mertua aku punya turn kna jaga nenek....1 mlm tuh hujan turun lebat.....so semua orang masuk tidur dlm kul 12 cmtuh....tiba2 mak mertua aku nih dgr aku suara dok ketawa kat luar bilik siap tepuk-tepuk tangan lagi....so mak mertua ku nih pun keluar g tgk .....nenek wife aku tuh duduk di tangga sambil rambut mengerbang (rambut dia semua dah beruban) dan tengah ketawa sorang2 dalam gelap mcm tgh bermain dgn budak kecil.....so mak mertua aku nih pun buka lampu dan tanya nenek...'mak buat apa kat sini ,main dan gelak ngan sapa malam2 buta nih?"kata mak mertua aku...."mak tgh main dgn budak kecil nih kesian dia sorang2 xdak orang nk main dgn dia"jawab nenek aku dalam keadaan masih bertepuk tangan sorang2.....mak mertua aku dah naik bulu roma.....ini bukan kali pertama nenek buat mcm nih.....
Sebelum nih, kami semua nk makan malam....baru je semua nk menjamah nenek segera bertanya...."kesian dia....korang semua nih kenapa xajak budak tuh mkn sekali?tanya nenek.....aku sebagai menantu yang paling bongsu agak tertanya2 kenapa ngan nenenk nih.....biras2 aku yg lain cam dh biasa ja tersenyum dan mereka jawab pertanyaan nenek dengan selamba....'biarla nenek budak tu dah makan td 'jwab biras aku....barulah nenek tersenyum....tp lepas tuh dgn xsemena2 nenek menjawab lagi...."korang jgn nk tipu aku ...aku tahu korang xajak dia sebab korang xsuka dia kan? ....pastu semua org berhenti makan ...aku dh rasa semacam mlm tuh......tp mlm tu berlalu tanpa ada apa yg berlaku.....
sampai lah 1 hari nih nenek kembali nazak....dan berlarutan sampai 3 minggu klu aku xsilap....1 malam tuh family wife aku ada jemput sorang pengamal perubatan islam nih....aku yg pegi ambil pakcik mat nih....sampai ja di rumah pakcik aku kita orang rehat sekejap sambil minum kopi.....sambil tu dia citer la teantang apa yg dia nk buat mlm tuh.....dia cakap semua orang xdibenarkan duduk diluar masa dia tgh berubat....pintu semua kna tutup dan sesiapa yg datang selepas dia start berubat xdibenarkan masuk ataupun tgu di luar rumah (senang citer sapa yg datang kna balik atau kluar dari kawasan rumah pakcik aku dan xdibenarkan masuk.....so sampai masa kitaorang pun masuk dalam rumah pakcik aku....semua dalam 15 orang (semua family wife aku)....nenek masa tuh dah nazak dan xboleh bangun ....pakcik mat nih duduk kat hujung kaki nenek.....masa dia berubat tuh.....memanggil nenek aku katanya lebih kurang mcm nih....."mari keluar datang sini sambil tangan dia memanggil2 nenek aku" sedangkan nenek aku nih dah dalam keadaan xsedarkan diri lebih seminggu......tiba2 nenek aku nih angkat tangan sambil mengatakan "aku xnak keluar sambil tersenyum........kami semua senyap...dalam 30 minit keadaan yang sama berulang.....pakcik mat semakin berkeras dan nenek aku akhirnya menangis dan berkata ya aku keluar sekarang......tiba2 dalam 5 minit kemudian ada ketukan di pintu rumah dan suara budak perempuan menangis.....cukup jelas tapi sekep saja ...semua orang yang ada dalam rumah mendengar suara tuh......keadaan malm tuh cukup sunyi dan menyeramkan......tiba2 lagi...bunyi barng jatuh dari dapur kemudian dibilik dan akhir sekali di ruang tamu rumah...(kami diruang tengah)....padahal semua org berkumpul di ruang tengah...semua orang berpandangan sesama sendiri....tp xder sapa pun yang menegur......
sambung kejap lagi yer ....bos sy panggil plak....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adoi iklan plak baru nak stim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-1-2013 03:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kagiru posted on 9-1-2013 02:27 PM
salam TT sy nk mintak tumpang kongsi cerita kat sini.......
cerita nih terjadi pada diri saya sen ...
suspen nye. sila sambung. |
|
|
|
|
|
|
|
potong stim betul la... br nk seram2 |
|
|
|
|
|
|
|
kagiru posted on 9-1-2013 02:27 PM
salam TT sy nk mintak tumpang kongsi cerita kat sini.......
cerita nih terjadi pada diri saya sen ...
blum kuar bilik bos lg kerrrr???
|
|
|
|
|
|
|
|
Phew...nenek asben skang pun umur 98... mcm tu jugak..selalu menjemput2 suruh kami hidangkan air..konon mcm ada tetamu.. padahal dh tgh malam..and dia dok tido kat bilik sorang2..waaa..serems... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh...baru jer nk feel....
bila nak sambung lagi nih???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|