CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14205|Reply: 46

Anak Krok

[Copy link]
Post time 17-2-2013 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.
Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat Difahamkan, anak krok diperoleh dari Thailand. Menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit, seorang pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata anak krok hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiran itu dan dipercayai tiada individu dalam negara ini mampu menghasilkannya. Dia berkata, anak krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.“Setiap pemilik anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.“Bomoh juga menggunakannya sebagai alat pengimbas ala X-Ray bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dialami pesakitnya sebelum memulakan rawatan,” katanya.

Fadzil berkata, anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.Bagi menghasilkan anak krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi.Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dan kekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya. Katanya, pemilik anak krok perlu membuat perjanjian aneh sebelum bergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selain membenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tiga bulan.“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, anak krok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,” katanya. Menurutnya, setiap anak krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.
(dalam packaging)




(dibuka packaging)



Anda berhati-hati lah.. Inilah yang dikatakan Kumantong atau Gumantong. Di Singapura, anak krok ini juga dijual oleh wanita-wanita tua yang membawa beg plastic meronda-ronda di pasar-pasar seluruh Singapura untuk menjual anak krok ini dengan harga yang sangat murah. Ramai samseng-samseng kita yang membelinya dan melekatkan anak krok ini di tali pinggang mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2013 02:14 PM | Show all posts
kt rumah aq ada anak jin. aq dh simpan dia dalam teko lipton setiap kali ada hajat? aq gosok2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 03:17 PM | Show all posts
nice packaging....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 03:35 PM | Show all posts
mcm2 benda digunakan untuk buat benda jahat rupanya...hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 04:17 PM | Show all posts
tulang tu dia ukir ke?
rajinnya dia ukir bentuk kepala
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 06:08 PM | Show all posts
ni bukan tulang kot... nampak macam mayat bayi yang digugurkan dari kandungan/lahir tak cukup bulan.. kat thailand memang banyak... selain tu, diorang guna buat pelaris.....
hai manusia lalai ni... suka sangat la benda2 macam.. dengan syirik khurafat semuanya cukup....
Last edited by jefrilza on 17-2-2013 06:09 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2013 10:30 PM | Show all posts
jefrilza posted on 17-2-2013 06:08 PM
ni bukan tulang kot... nampak macam mayat bayi yang digugurkan dari kandungan/lahir tak cukup bulan. ...

yeker? sian gila budak tu tak disemadiakan betul2

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 10:46 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 17-2-2013 02:14 PM
kt rumah aq ada anak jin. aq dh simpan dia dalam teko lipton setiap kali ada hajat? aq gosok2 dia; ...

lepas ko gosok tu apa yg keluar? ada keluar duit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 01:20 AM | Show all posts
mamiayu posted on 17-2-2013 10:46 PM
lepas ko gosok tu apa yg keluar? ada keluar duit?

keluar teh susu panas.. buat sarapan utk waktu pagi. di waktu malam adam gosok keluar kopi 343 khas dari kedai muar teh lipton tu beracun.. kalau teh pure org minum tak sakit kepala adalah teh dari cameron? di rebus daunnye terus minum. teh lipton ni teh style america. nk tau teh ori dtglah turki. sana mmg penagih teh ramai. kt filipina pun sama. semua ketagih teh.. kita kt malaysia ramai dungu duk sedut teh lipton specis teh amerika. patut pun rakyat malaysia ramai dungu adam nak tanam pokok teh kalau dh banyak tanah. lepas tu nak tanam pokok mata kucing
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 01:24 AM | Show all posts


perasan x? mahluk pakai baju warna biru cair tu? dia ialah perempuan melayu islam? tgk gmbr dia mcm pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:12 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 17-2-2013 10:30 PM
yeker? sian gila budak tu tak disemadiakan betul2

orang yang tamak ni bukan ada rasa kesian dah yayah8989 kan... dia hanya tau untung je...
lagi satu saya rasa anak krok ni sama je kan ngan anak kerak...
kalau anak kerak, ada je bomoh siam kat malaysia ni yang reti buat....

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:15 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 18-2-2013 01:20 AM
keluar teh susu panas.. buat sarapan utk waktu pagi. di waktu malam adam gosok keluar kopi 343 kha ...

nasib saya bukan penggemar teh... hanya milo, kopi atau nescafe... kalau minum teh, tak kira jenama apa pun... leh kembung perut... rasa tak selesa 1 hari huhuhu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:17 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 18-2-2013 01:24 AM
perasan x? mahluk pakai baju warna biru cair tu? dia ialah perempuan melayu islam? tgk gmbr dia  ...

maybe depa tengah mengedisi siasatkan pakcik yang pegang anak krok tu....

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:21 AM | Show all posts
jefrilza posted on 18-2-2013 09:12 AM
orang yang tamak ni bukan ada rasa kesian dah yayah8989 kan... dia hanya tau untung je...
lagi sa ...

anak kerak tu cmne lak??
hihi xtau lah

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:21 AM | Show all posts
jefrilza posted on 18-2-2013 09:17 AM
maybe depa tengah mengedisi siasatkan pakcik yang pegang anak krok tu....

ohh.. mungkin juga.. wallahuallam..



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:08 AM | Show all posts
seramnye pic tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 10:32 AM | Show all posts
aku ada pengalaman dgn anak kerak krok nihhh

Kejadian blangsung dlm setahun jg. Barang kemas dan duit kerap hilang kt rumah parents dikampung. Smpai hampir habis brg kemas mak aku dicurik.
Tapi parents pikir manusia la yg mencurinya… Cuma tak tau siapa..
Bila ada keramaian (adik beradik anak beranak cucu cicit semua balik) lg syok dia kacau. Hilang brg kemas duit segala. Sebabnya, mmg jahat anak krak krok nihhh! Nama pun setan kan.. Sajer nk laga2kan ahli keluarga. Dh jadi tuduh menuduh.

Ada satu ketika, adik aku pg check kt org yg kononnya blh ‘tgk’ sape yg ambik brg kemas dia.. sekali nmpak muka anak buah aku yg perempuan 2 org, dh jadi huru hara keluarga aku. Kakak dan abg aku dh kecik ati dgn adik aku sbb tuduh anak mrk. Paling tak boleh blah, boleh plak muka cucu jiran pun tmasuk sama.. which is rasa impossible sgt. Abg aku yg lain suruh jgn percaya ke org tu, coz mgkin dia pkai tipu daya syaitan yg lagi nk huruharakan kitorang. Ok. sejak itu, anak2 buah aku yg 2 org tu taknak balik kg dah sbb kecik ati kena tuduh… smpai nk raya pun penat pujuk soh balik.

Ohyer, kejadian curi ni kerap berlaku dlm sebuah bilik, bilik pakaian la kiranya. Kami adik beradik ramai cucu2 ramai. Biasanya bilik ni paling mndpt tumpuan coz jadi bilik letak semua beg2 pakaian, tmpt kami tukar baju, tmpt nk mekap2, tmpt lepak ipar2 perempuan sumer bkumpul bsembang dan bgosip. So apa yg terjadi mmg sgt pelik kpd kami, sbb bilik itu org sentiasa keluar masuk dan jadi tmpt lepak, masakan pencuri blh mencurik? Brg kemas kakak ipar yg hilang pun, disorok jauh kedalam bhgn bwh beg, hilang tapi beg tidak diselongkar!

Kemuncaknya semasa hari raya tahun lepas..
Wallet abg aku hilang(selit dlm poket suar).Dgn seluar dia pun hilang sekali. Dlm bilik yg sama.
Abg aku dh mcm org dungu.. sbbnya dlm wallet tu semua benda penting dia. Duit bkn masalah utama, tapi bisnes contact dan dokumen2 mcm tula yg dia resah sgt.
Kitorang satu family gigih cari selongkar almari, semua beg2, pakaian dlm bilik tu.
Kakak aku dh suspect ada ‘benda’ lain..
Bila smpai time abg n family aku nk blk kl, bila tgk muka suami mcm taik.. isteri dia mintak tlg adik bongsu aku cari org tlg ‘tgk’.
Dia pg kt kawan dia pelajar tahfiz.
Balik jer dr menengok, adik aku tu terus meluru ke bilik (ipar2 tgh borak dlm tu). Dia baca2, then ipar2 aku kt situ dh saspen, memasing dh meremang bulu roma. Pastu adik aku terus buka almari pakaian yg sblm ni kitorang dh tonggang terbalikkan sbb nk carik wallet tu. Kelepukk! Suar jean bsama dgn wallet abg aku jatuh! Adik aku masa tu mata merah dan berair, bulu roma kt muka dia jelas nmpak tegak dan meremang selama beberapa minit. Ipar2 aku semua jerit lari dr bilik tu (sbb dh tahu ada benda lain kt bilik tu)

Dah jadi kecoh satu rumah! Pasai ada hantu.
Kakak ipar aku peluk suar laki dia dgn wallet tu tak lepas smbil nangis2.
Adik aku bgtau (drpd kwn dia yg menengok), benda itu namanya anak krak! Asal usul kejadian dr janin (luar nikah) yg digugurkan dan dipuja mnjadi anak krak. Anak krak ni katanya lg jahat dr toyol. kawan dia dh tolong pagarkan rumah. Slps dr hari tersebut, selama bebrapa bulan, setiap hari setiap pagi mesti ada jumpa belalang pelesit mati kt luar rumah. Mgkin nk masuk, tp tak boleh…

So nama2 busuk dlm family aku pun dgn sndirinya terpulih, dan saling bermaafan. Ehh dh macam cerpen plakk

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:39 PM | Show all posts
aku pernah tgk anak kerak @ krok ni kat pameran hantu dlu.. mmg janin baby yg dh kering. diorg selimutkan ltk ats tilam cam baby.. siap ada boto susu agi
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:35 PM | Show all posts
lain versi yang aku dengar dulu. cara nak 'buat' anak kerak @ krok ni ambik mayat budak lelaki lepas tu letak kat puncak bukit dalam tempoh tertentu sambil memuja. ada yang kana janin. entahlah...macam2
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:39 PM | Show all posts
huh...tak pakai bende nie pon takpe..tak rugi pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.249133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list